Wednesday 25 November 2020

NOTA KBSM - T5P19U2 - ANAK AMANAH ALLAH (HADHANAH - HAK DAN TANGGUNGJAWAB UNTUK ANAK)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P19 - ANAK AMANAH ALLAH
UNIT : UNIT 2 - HADHANAH - HAK DAN TANGGUNGJAWAB UNTUK ANAK



Pengertian Hadhanah

1 Hadhanah: Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

2 Merangkumi penjagaan jasmani, rohani dan akal mereka agar mampu menghadapi hidup dan memikul tanggungjawab apabila dewasa.

3 Hukum hadhanah bagi anak yang belum mampu berdikari adalah wajib.

4 Orang yang mengabaikan tanggungjawab ini adalah berdosa.

 


Hak Hadhanah

1 Ia wajib dilaksanakan walaupun berlaku perceraian antara suami dan isteri.

2 Ibu adalah orang yang paling berhak memelihara anaknya.

3 Jika ibu hilang kelayakan hak hadhanah, hak itu berpindah kepada individu berikut mengikut susunan keutamaan:

a) Nenek sebelah ibu hingga ke atas.

b) Bapa.

c) Nenek sebelah bapa hingga ke atas.

d) Datuk.

e) Saudara perempuan seibu sebapa.

f) Saudara perempuan seibu.

g) Saudara perempuan sebapa.

h) Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa.

i) Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu.

j) Anak perempuan kepada saudara perempuan sebapa.

k) Emak saudara sebelah ibu.

l) Emak saudara sebelah bapa.

m) Waris lelaki yang boleh menerima usbah.

4 Orang lelaki yang berhak dalam penjagaan kanak-kanak perempuan hanyalah mahram kepada kanak-kanak tersebut.

5 Sekiranya terdapat beberapa orang daripada peringkat yang sama mempunyai kelayakan untuk memelihara kanak-kanak tersebut, keutamaan diberikan kepada orang yang mempunyai sifat paling mulia dan pengasih.

 

Syarat Orang Yang Mendapat Hak Hadhanah

1 Orang yang diberi hak menjaga anak hendaklah mempunyai syarat berikut:

            a) Islam - Tidak sah hadhanah bagi orang kafir.

b) Sempurna akal - Tidak sah hadhanah bagi orang gila.


c) Dewasa - Berusia matang hingga melayakkan memberi jagaan dan kasih sayang yang diperlukan kanak-kanak.


d) Berakhlak mulia dan memelihara kehormatan diri.

 


Sebab-Sebab Gugur Hak Hadhanah

1 Seseorang yang layak mendapat hak hadhanah akan hilang kelayakannya dalam keadaan berikut:

a) Berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasab dengan kanak-kanak tersebut. Hak hadhanah akan kembali kepadanya apabila perkahwinannya dengan lelaki tersebut dibubarkan.

b) Berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terang-terangan.

c) Berpindah tempat kediaman untuk menghalang bapa kanak-kanak menziarahinya.

d) Cuai atau menganiaya kanak-kanak tersebut.

e) Murtad. Gugur hak hadhanah apabila keluar daripada Islam.

 

Tempoh Hadhanah

1 Ia berakhir apabila kanak-kanak tidak lagi memerlukan pemeliharaan disebabkan telah dewasa dan dapat berdikari serta mampu menguruskan segala keperluan asas seperti makanan, pakaian dan sebagainya.

2 Jika kanak-kanak tersebut mencapai umur mumaiyiz, dia berhak memilih untuk tinggal sama ada dengan ibunya atau bapanya.

 

 


Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :


>>> T5P19 - Anak Amanah Allah












>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam




 


NOTA KBSM - T5P19U1 - ANAK AMANAH ALLAH (ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P19 - ANAK AMANAH ALLAH
UNIT : UNIT 1 - ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM



Pengertian Anak Angkat

1 Anak angkat: Anak yang dipelihara oleh bukan ibubapa kandungnya.

2 Biasanya pasangan suami isteri megambil anak angkat kerana sebab tertentu seperti tidak mendapat zuriat.

 

Hukum Mengambil Anak Angkat

1 Diharuskan dalam Islam.

2 Rasulullah sendiri mengambil Zaid bin Harisah sebagai anak angkat baginda sebelum diutus sebagai rasul.

 

Peraturan Pengambilan Anak Angkat

1 Haram menasabkan anak angkat kepada bapa angkat. Ia bertujuan memelihara nasab keluarga daripada tercemar dan bercampur aduk.

2 Batas pergaulan anak angkat walaupun dipelihara sejak kecil tetap dikira sebagai ajnabi. Oleh itu ia perlu dijaga supaya tidak menimbulkan fitnah.

3 Anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya dan begitulah juga sebaliknya. Dia hanya boleh mendapat harta melalui hibah, hadiah dan wasiat dengan syarat tidak melebihi satu pertiga daripada harta keluarga angkat.

 

Hikmah Larangan Membin Dan Membintikan Anak Angkat Kepada Bapa Angkat

1 Mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian nasab antara mereka.

2 Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya.

3 Menjaga batas pergaulan supaya aurat antara anak angkat dan keluarga angkatnya terpelihara.

4 Memelihara harta pusaka bapa kandung dan salasilah keluarga supaya tidak bercampur dengn anak angkat yang tiada hubungan nasab dengan mereka.

5 Memelihara hak wali nikah oleh bapa kandungnya dan mereka yang berhak menjadi wali.

 

 


Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :












>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam




NOTA KBSM - T5P18 - UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P18 - UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM



Maksud Undang-Undang Keluarga Islam

1 Undang-undang keluarga Islam di Malaysia bermaksud undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keduanya di kalangan orang Islam.

2 Setiap negeri di Malaysia mempunyai undang-undang keluarga Islam yang tersendiri yang terpakai di negeri berkenaan sahaja.

3 Undang-undang tersebut ditadbir oleh enakmen pentadbiran hukum syarak atau undang-undang Islam di negeri masing-masing.

 

Sejarah Ringkas Penubuhan Mahkamah Syariah

1 Undang-undang Islam telah lama diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris. Buktinya kewujudan Hukum Kanun Melaka yang meliputi bidang jenayah, muamalat, keluarga, acara keterangan serta undang-undang pentadbiran dan pemerintahan.

2 Apabila Inggeris menjajah Tanah Melayu, mereka memisahkan aspek kenegaraan dengan keagamaan. Undang-undang Islam hanya terpakai dalam aspek kekeluargaan dan tertakluk dalam bidang kuasa pemerintah Inggeris.

3 Tahun 1980 – Inggeris mewujudkan Ordinan Perkahwinan Muhammad yang membolehkan penubuhan mahkamah syariah.

4 Sekitar tahun 40an – Kuasa pentadbiran hal ehwal orang Islam diletakkan di bawah majlis agama Islam negeri-negeri.

5 Tahun 1989 – Pentadbiran mahkamah syariah dipisahkan daripada majlis agama Islam negeri.

6 1 Mac 1998 – Bagi penyusunan semula mahkamah syariah, maka Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ditubuhkan dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

 

Undang-Undang Keluarga Islam Yang Terdapat Di Malaysia

1 Enakmen keluarga Islam negeri-negeri yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut:

a) Enakmen undang-undang keluarga Islam Johor, No. 5/1990.

b) Enakmen keluarga Islam Kedah, Bil. 1/1984.

c) Enakmen keluarga Islam Kelantan, No. 1/1983.

d) Enakmen keluarga Islam Melaka, No. 8/1983.

e) Enakmen undang-undang keluarga Islam Negeri Sembilan, No. 7/1983.

f) Enakmen undang-undang keluarga Islam Pahang, No.3 /1991.

g) Enakmen undang-undang keluarga Islam Perak, Bil. 13/1991.

h) Enakmen pentadbiran undang-undang keluarga Islam Perlis, Bil. 2/1992.

i) Enakmen undang-undang keluarga Islam negeri Pulau Pinang, Bil. 2/1985.

j) Undang-undang keluarga Islam Sabah, No. 15/1992.

k) Ordinan undang-undang keluarga Islam Sarawak, No. 5/1991.

l) Enakmen undang-undang keluarga Islam Selangor, No. 4/1984.

m) Enakmen undang-undang pentadbiran keluarga Islam Terengganu, Bil. 12/1985.

n) Akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan, (A303) 1984 pindaan (A828).

 

Bidang Kuasa Mahkamah Syariah

1 Bidang kuasa mal.

a) Mendengar dan memutuskan prosiding di kalangan orang Islam yang berkaitan dengan perkara-perkara berikut:

i.       Pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan (fasakh) atau perpisahan.

ii.      Sebarang pelupusan atau tuntutan kepada harta yang wujud daripada perkara-perkara tersebut (perkara i)

iii.     Nafkah, kesahtarafan atau penjagaan kanak-kanak.

iv.     Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian.

v.      Wasiat atau pemberian ketika hampir mati seseorang Islam.

vi.     Pemberian semasa hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan dengan wang atau nilai wang oleh seseorang Islam.

vii.   Wakaf dan nazar.

viii.  Menentu atau membahagikan harta berwasiat dan tidak berwasiat orang Islam.

ix.     Perkara lain yang berkaitan dengan bidang kuasa yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

2 Bidang kuasa jenayah.

a) Berdasarkan akta mahkamah syariah (bidang kuasa jenayah) 1984, mahkamah syariah diberi kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5000 atau sebat enam rotan atau kedua-duanya sekali.

 

 

Struktur Organisasi Mahkamah Syariah

1 Berikut adalah tiga peringkat mahkamah syariah di Malaysia, iaitu:

a) Mahkamah rendah syariah.

b) Mahkamah tinggi syariah.

c) Mahkamah rayuan syariah.

 

Peranan Mahkamah Syariah

1 Khidmat nasihat.

a) Mahkamah syariah menyediakan khidmat runding cara, perdamaian dan pertemuan antara suami isteri yang bertelingkah. Sebahagian kes dapat diselesaikan melalui cara ini.

2 Menyelesaikan kes.

a) Kes-kes yang berada di bawah bidang kuasa mahkamah syariah akan diselesaikan secara adil dan saksama.

3 Memberi maklumat perundangan kepada orang ramai.

a) Berusaha memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat tentang maklumat perundangan dari semasa ke semasa.



Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :











>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam




NOTA KBSM - T5P17 - KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P17 - KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN



Konsep Kemahiran Keibubapaan

1 Ibubapa wajib menjaga, mendidik dan menunaikan segala hak anak-anak sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

2 Ibubapa berkemahiran akan dapat membentuk anak-anak menjadi soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

3 Hasil usaha dan pengorbanan yang dilakukan untuk mencapai matlamat ini akan dibalas oleh Allah melalui doa anak-anak mereka yang soleh.

 

Hukum Melaksanakan Tanggungjawab

1 Ibubapa wajib melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak.

2 Tanggungjawab ini akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak.

 

Cara Melaksanakan Tanggungjawab

1 Semasa mengandung.

a) Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan menjauhi maksiat.

b) Menunaikan kewajipan agama dan bersabar serta melazimi membaca al-Quran.

c) Bapa hendaklah sentiasa menjaga akhlak dan berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.

d) Bapa bertanggungjawab memastikan keselamatan isteri dan kandungannya.

e) Ibu dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa sebagaimana dinasihatkan oleh ahli perubatan.

f) Makan makanan seimbang dan dari sumber yang halal.

g) Ibu hendaklah banyak berehat untuk mengelakkan tekanan perasaan di samping memelihara kesihatan janin serta menjauhinya daripada pengaruh negatif.

 

2 Selepas memperoleh anak.

                a) Tanggungjawab terhadap bayi yang baru lahir.

-        Azan dan iqamah di telinga bayi.

-        Mentahnik.

-        Menamakannya dengan nama yang baik.

-        Mencukur rambutnya serta memberi sedekah sekadar nilai emas atau perak yang sama berat dengan timbangan seluruh rambutnya.

-        Melakukan akikah.


b) Pendidikan Islam.

-        Mengajar anak-anak sejak kecil dengan asas keimanan seperti rukun-rukun iman, Islam dan prinsip syariat serta membiasakan mereka mentaati perintah Allah.


c) Pendidikan moral.

-        Menanamkan prinsip-prinsip akhlak dan budi luhur ke dalam diri anak-anak semenjak usia mumaiyiz hingga baligh dan hingga dewasa.

-        Mengasuh anak-anak dengan adab-adab seperti bercakap benar, amanah, suka membantu orang yang memerlukan bantuan, menghormati orang tua, menghormati tetamu, berbuat baik kepada jiran dan saling menyayangi sesama manusia.

-        Menjauhkan anak-anak daripada sifat-sifat tercela seperti memaki hamun, berdusta, mencuri dan sebagainya.


d) Pendidikan jasmani.

-        Ia meliputi penjagaan kesihatan tubuh badan seperti menjaga makan dan minum, tidur, kebersihan dan bersukan.


e) Pendidikan intelektual.

-        Ia bermaksud pendidikan yang berkaitan akal dan pemikiran yang bertujuan membentuk pemikiran anak-anak dengan pelbagai ilmu seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.


f) Pendidikan rohani.

-        Mendidik anak-anak dengan sifat berani, sabar, cekal dan tekun.

-        Menjauhkan anak-anak daripada sifat negatif seperti malu yang tidak bertempat, takut, rendah diri, dengki dan pemarah.

-        Matlamat pendidikan rohani ialah membentuk keperibadian anak agar mereka dapat menjalankan tugas dan kewajipan dengan sempurna, berfikiran matang, bercita-cita tinggi dan berani.


g) Pendidikan sosial.

-        Anak-anak hendaklah diajar tentang konsep persaudaraan sesama Islam, adab berziarah, menghormati hak orang lain dan sebagainya.

-        Antara perkara yang mesti ditekankan ialah batas-batas aurat dan peraturan pergaulan antara lelaki dan wanita sebagaimana yang digariskan oleh Islam.




Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :










>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam




NOTA KBSM - T5P16 - POLIGAMI

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P16 - POLIGAMI



Pengertian Poligami Dan Hukumnya

1 Poligami: Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih empat orang isteri pada satu masa.

2 Hukum poligami ialah harus.

 


Syarat Berpoligami

1 Orang yang ingin berpoligami wajib memenuhi syarat-syarat berikut, iaitu:

                a) Tidak melebihi empat isteri.

-        Amalan berpoligami dalam Islam dibataskan kepada empat orang isteri.

-        Perkahwinan yang melebihi bilangan ini adalah terbatal.


b) Boleh berlaku adil.

-        Keadilan yang dimaksudkan ialah dari aspek lahiriah seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan giliran bermalam.

-        Kasih sayang tidak termasuk dalam pengertian keadilan kerana berada di luar kawalan manusia.

-        Suami tidak boleh menzahirkannya dalam bentuk tindakan agar tidak mengecilkan hati mana-mana pihak.


c) Mampu dari segi jasmani dan kewangan.

-        Orang yang hendak berpoligami mestilah mempunyai kemampuan dari segi jasmani dan kewangan.

-        Kekurangan dua aspek ini akan menyebabkan suami tidak dapat memenuhi keperluan keluarganya yang semakin bertambah.

 


Kesan Berpoligami Yang Tidak Mengikut Syarat

1 Mengundang kemurkaan Allah.

2 Timbul perasaan tidak puas hati antara isteri-isteri menyebabkan berlakunya pergaduhan.

3 Anak-anak tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada keluarga.

 


Hikmah Poligami

1 Antara hikmah poligami ialah:

                a) Menyambung keturunan.

-        Poligami merupakan jalan penyelesaian untuk mendapatkan zuriat dalam situasi isteri yang sakit, mandul atau sebab-sebab tertentu.


b) Membela anak yatim dan wanita.

-        Anak memerlukan pembelaan dan kasih sayang daripada seorang bapa. Wanita yang tidak bersuami sama ada janda atau gadis memerlukan perlindungan.

-        Pengabaian dua golongan ini akan menyebabkan timbul pelbagai masalah dalam masyarakat.


c) Mengelakkan diri daripada maksiat.

-        Maksiat dapat dielakkan oleh lelaki yang tidak memadai dengan seorang isteri.


d) Mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

-        Lelaki yang berpoligami dan melaksanakan tanggungjawab dengan adil akan mendapat ganjaran daripada Allah.

-        Keadilan yang diamalkan pula akan menjamin keadaan aman dan harmoni dalam rumahtangga.



Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :









>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam