Carian Web




Friday, 13 November 2020

NOTA KBSM - T5P15U6 - MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA (NUSYUZ PEMUSNAH KEBAHAGIAAN)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P15 - MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA
UNIT : UNIT 6 - NUSYUZ PEMUSNAH KEBAHAGIAAN


Pengertian Nusyuz Dan Hukum Nusyuz

1 Bahasa : Derhaka atau ingkar.

2 Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

3 Nusyuz adalah perbuatan yang diharamkan oleh syarak. Para malaikat melaknat isteri yang nusyuz.

4 Salah satu bentuk nusyuz ialah keengganan isteri melayani suami di tempat tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah mengikut syarak.

5 Bentuk yang lain ialah isteri melakukan kekasaran kepada suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan dan isteri melakukan kecurangan terhadap suami.

 

Perkara Yang Boleh Membawa Kepada Nusyuz

1 Isteri enggan melayan suami ke tempat tidur.

2 Keluar rumah tanpa izin suami tanpa sebab-sebab yang munasabah.

3 Melakukan kekasaran sama ada dengan perkataan atau perbuatan terhadap suami.

4 Ingkar perintah suami yang tidak bercanggah dengan syarak.

5 Membenarkan lelaki yang tidak disukai oleh suami memasuki rumah semasa ketiadaan suami.

 

Kesan Nusyuz

1 Isteri yang nusyuz akan hilang hak nafkah daripada suaminya.

2 Jika isteri tersebut bermadu dia akan kehilangan giliran bermalam bersama suaminya.

3 Hak-hak ini hilang sementara waktu sahaja. Apabila isteri kembali mentaati suaminya, isteri itu akan mendapat semula haknya.

4 Nusyuz akan meninggalkan kesan kepada suami, keluarga dan masyarakat iaitu:

                a) Kesan terhadap suami.

-        Suami yang tidak dihormati dalam rumahtangga akan merasa tercabar dan hilang pertimbangan. Dia akan bertindak kasar terhadap isterinya dan menggunakan kekasaran untuk melepaskan kemarahannya.


b) Kesan terhadap keluarga.

-        Anak-anak akan hilang rasa hormat kepada ibu bapa. Jiwa dan minda mereka tertekan dengan tindak-tanduk ibu bapa mereka.


c) Kesan terhadap masyarakat.

-        Kehancuran rumahtangga akan memberi kesan yang buruk dalam masyarakat. Hubungan yang akrab antara keluarga suami dan isteri akan terjejas.

 

Adab Mendidik Isteri Yang Nusyuz

1 Langkah-langkah yang mesti diambil oleh suami terhadap isteri yang nusyuz ialah:

                a) Memberi nasihat dengan penuh hikmah.

-        Suami wajib menasihati isterinya yang nusyuz dengan cara yang bijaksana dan mengingatkannya tentang kewajipan kepada Allah, suami dan rumahtangga.

-        Suami hendaklah memaafkan isterinya dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepadanya.


b) Memisahkan tempat tidur.

-        Jika langkah pertama tidak berjaya, suami hendaklah mengasingkan isteri dari tempat tidurnya.

-        Langkah ini mudah-mudahan dapat memberi kesan psikologi yang mendalam terhadap isteri.


c) Memukulnya dengan tujuan mendidik.

-        Islam mengharuskan suami memukul isteri yang nusyuz untuk menginsafkannya tetapi pukulan tersebut mestilah tidak memudaratkannya.



Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :






>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam





Related Posts:

  • T4P19 – KERAJAAN UMAIYAH : NotaT4P19 – KERAJAAN UMAIYAH : NotaBerikut merupakan koleksi nota bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 4.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan dapat memberi manf… Read More
  • T4P07 – DAKWAH PEMACU KEMAJUAN – SURAH FUSSILAT AYAT 33T4P07 – DAKWAH PEMACU KEMAJUAN – SURAH FUSSILAT AYAT 33Jom muat turun bahan yang boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing dan jadikan bilik darjah lebih mengujakan dengan kep… Read More
  • T4P21 – KEUNGGULAN TOKOH EMPAT MAZHABT4P21 – KEUNGGULAN TOKOH EMPAT MAZHABJom muat turun bahan yang boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing dan jadikan bilik darjah lebih mengujakan dengan kepelbagaian bahan ya… Read More
  • T5P10 – AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH : LatihanT5P10 – AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH : LatihanBerikut merupakan koleksi latihan bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 5.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan… Read More
  • T5P09U1 - AR-RAQIBT5P09U1 - AR-RAQIBJom muat turun bahan yang boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing dan jadikan bilik darjah lebih mengujakan dengan kepelbagaian bahan yang dapat membantu u… Read More

0 komen:

Post a Comment