Carian Web




Monday, 13 April 2020

NOTA KBSM - T5P13U1 - KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM (PEMILIHAN CALON SUAMI DAN ISTERI)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P13 - KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM
UNIT : UNIT 1 - PEMILIHAN CALON SUAMI DAN ISTERI



Ciri-Ciri Bakal Suami Dan Isteri
1 Islam telah menggariskan beberapa ciri utama sebagai panduan memilih calon untuk mendirikan rumahtangga. Antaranya ialah bertaqwa, beriman, berilmu, bertanggungjawab dan bertimbang rasa.
2 Berikut adalah ciri-ciri lain seperti yang dinyatakan dalam hadis nabi iaitu berdasarkan:
a) Harta.
b) Keturunan.
c) Kecantikan.
d) Agama.


Wanita Yang Haram Dikahwini
1 Perempuan haram dikahwini disebabkan beberapa faktor iaitu:
a) Faktor keturunan.
-        Ibu, nenek dan ke atas.

-        Anak perempuan, cucu dan ke bawah.
-        Adik-beradik perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu sahaja.
-        Emak saudara sebelah bapa dan sebelah ibu ke atas.
-        Anak-anak saudara daripada adik-beradik seibu sebapa, seibu dan ke bawah.


b) Faktor penyusuan.
-        Ibu susuan dan ke atas.

-        Anak susuan dan ke bawah.
-        Adik-beradik susuan.
-        Emak saudara susuan dan ke atas (adik-beradik ibu susuan dan adik-beradik suamninya).
-        Anak saudara susuan dan ke bawah (anak kepada adik-beradik susuan).


c) Faktor persemendaan (musaharah).
-        Ibu tiri dan ke atas sama ada disetubuhi atau tidak.
-        Isteri anak (menantu perempuan) dan isteri cucu lelaki dan ke bawah sama ada disetubuhi atau tidak.
-        Ibu mertua dan ke atas.
-        Anak tiri dan ke bawah apabila disetubuhi ibunya.


2 Perempuan yang haram dikahwini secara sementara pula ialah:
a) Perempuan yang ditalak tiga.
b) Perempuan yang bersuami.
c) Perempuan yang masih dalam idah.
d) Perempuan yang sedang hamil hasil perzinaan.
e) Perempuan yang tidak beragama samawi.
f) Mengumpul isteri dengan mahramnya dalam satu masa seperti saudara perempuan atau anak saudara perempuan.
g) Perempuan kelima untuk lelaki yang mempunyai empat orang isteri.



Related Posts:

  • T4P20 – KERAJAAN ABBASIAH : LatihanT4P20 – KERAJAAN ABBASIAH : LatihanBerikut merupakan koleksi latihan bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 4.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan dapat membe… Read More
  • T2P13 – PANDUAN DARIPADA ALLAH SWT : NotaT2P13 – PANDUAN DARIPADA ALLAH SWT : NotaBerikut merupakan koleksi nota bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 2.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan dapat me… Read More
  • T4P17U1 – SOLAT SUNAT DHUHA : Cadangan eRPHT4P17U1 – SOLAT SUNAT DHUHA : Cadangan eRPHBerikut merupakan cadangan eRPH bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 4 yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang berhajat. Bahan ini boleh dimuat turun dan diedit men… Read More
  • T2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAWT2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAWJom muat turun bahan yang boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing dan jadikan bilik darjah lebih mengujakan dengan kepelbagaian bahan… Read More
  • T4P22 – BERSIKAP BENAR MENJAUHKAN KEMUNAFIKANT4P22 – BERSIKAP BENAR MENJAUHKAN KEMUNAFIKANJom muat turun bahan yang boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing dan jadikan bilik darjah lebih mengujakan dengan kepelbagaian … Read More

0 komen:

Post a Comment