Carian Web




Tuesday, 7 April 2020

NOTA KBSM - T5P9 - IMAN MUTIARA HIDUP

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : AKIDAH
TAJUK : T5P9 - IMAN MUTIARA HIDUP




PENGERTIAN IMAN
Menurut bahasa, iman ialah mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya. Dari sudut istilah pula, iman bermaksud membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.


IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG
Iman berkait rapat dengan amalan seseorang. Dakwaan bahawa iman tidak berkait dengan tingkah laku seseorang adalah salah.
Iman bertambah apabila melakukan ibadah dan ketaatan serta meningkatkan ilmu.
Iman berkurang apabila melakukan maksiat.


CIRI-CIRI ORANG BERTAMBAH IMAN
Antara ciri orang yang bertambah iman ialah:
a) Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan rasul.
b) Banyak melakukan ibadah sunat.
c) Melazimi zikrullah dan berfkir tentang kebesaran Allah.


KEMANISAN IMAN
Kemanisan iman ialah berasa gembira apabila melakukan ibadah, sanggup menanggung kepayahan demimendapat keredhaan Allah dan rasulNya serta mengutamakan Allah dan rasulNya lebih daripada harta benda dunia.


CARA MENCAPAI KEMANISAN IMAN
Orang beriman akan dapat merasakan kemanisan iman apabila ada dalam diri mereka 3 perkara berikut:
a) Cinta kepada Allah dan rasulNya lebih daripada segalanya.
b) Mengasihi sesama manusia kerana Allah.
c) Benci kepada kekufuran sebagaimana benci jika dicampakkan ke dalam api neraka.


KESAN KEMANISAN IMAN
Kesan daripada kemanisan iman, maka seseorang itu akan:
a) Mendapat kelazatan melakukan ibadah.
b) Menjadi seorang yang berakhlak mulia.
c) Mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang menyusahkan orang lain.



Muat turun di sini :





Related Posts:

  • T5P15 – JENAYAH DALAM ISLAM : LatihanT5P15 – JENAYAH DALAM ISLAM : LatihanBerikut merupakan koleksi latihan bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 5.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan dapat mem… Read More
  • T5P12U2 - KEMAHIRAN KEIBUBAPAANT5P12U2 - KEMAHIRAN KEIBUBAPAANJom muat turun bahan yang boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing dan jadikan bilik darjah lebih mengujakan dengan kepelbagaian bahan yang dap… Read More
  • MUNAJAT 1 - Modul Al-Quran Muat turun di sini : >>> Munajat 1 … Read More
  • T2P17U1 – MENYAPU BALUTANT2P17U1 – MENYAPU BALUTANJom muat turun bahan yang boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing dan jadikan bilik darjah lebih mengujakan dengan kepelbagaian bahan yang dapat mem… Read More
  • SIRI ULANGKAJI SPM KBSM - BAHAGIAN TAMADUN TINGKATAN 4 (SET 1)SIRI ULANGKAJI SPM KBSM - BAHAGIAN TAMADUN TINGKATAN 4 (SET 1) InsyaAllah, siri ulangkaji SPM KBSM ini akan diisi dengan beberapa set latihan secara atas talian bagi kegunaan guru, murid, ibu bapa atau sesiapa sahaja. Sila … Read More

0 komen:

Post a Comment