Sunday 12 April 2020

NOTA KBSM - T5P12 - PERKAHWINAN DALAM ISLAM

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P12 – PERKAHWINAN DALAM ISLAM



Konsep Perkahwinan Dalam Islam
1 Menepati fitrah manusia yang memerlukan pasangan.
2 Untuk mendapatkan zuriat yang soleh.
3 Bagi memupuk sikap bertanggungjawab.


Pengertian Perkahwinan
1 Bahasa : Cantum atau himpun.
2 Istilah : Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.


Hukum Perkahwinan
1 Para ulama telah menetapkan hukum perkahwinan berubah-ubah mengikut keadaan individu, iaitu:
Hukum
Keterangan
Harus
Orang yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tidak ada perkara yang mengharamkannya berkahwin.
Wajib
Orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta dikhuatiri terjerumus kepada zina kerana tidak dapat mengawal nafsu.
Sunat
Orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak dikhuatiri terjerumus kepada zina atau melakukan kezaliman terhadap pasangannya.
Makruh
Orang yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri.
Haram
Orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyakini akan melakukan kezaliman terhadap pasangannya.


Galakan Berkahwin Dalam Islam
1 Islam menggalakkan penganutnya berumahtangga kerana Allah memberi jaminan bahawa orang yang mendirikan rumahtangga akan dikurniakan rezeki.
2 Perkahwinan juga dapat menjauhkan seseorang itu daripada maksiat.


Hikmah Perkahwinan
1 Pensyariatan perkahwinan mempunyai beberapa hikmah, antaranya:
a) Menjamin kesihatan.
b) Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani.
c) Memupuk kasih sayang.
d) Menjalinkan silaturrahim.
e) Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.


Implikasi Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam
1 Terdapat sistem perkahwinan yang digubal secara teratur di bawah undang-undang khusus dan wajib dipatuhi oleh setiap orang Islam di Malaysia yang dinamakan undang-undang keluarga Islam.
2 Perkahwinan yang tidak mengikut peruntukan undang-undang tersebut akan memberi implikasi buruk, iaitu:
a) Diri
-        Dikenakan tindakan undang-undang.
-        Dipandang serong oleh masyarakat.

b) Keluarga
-        Nama baik kedua belah pihak tercemar.
-        Kedua-dua belah keluarga akan bermusuhan kerana saling menyalahkan.

c) Masyarakat
-        Masyarakat menjadi kucar-kacir kerana ada anggota masyarakat yang tidak patuh kepada undang-undang.


Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang
1 Perhatian ibu bapa dan masyarakat – pastikan perkahwinan sah mengikut syarak dan undang-undang.
2 Program ilmu – seminar dan kursus berkaitan untuk memberi penjelasan kepada masyarakat.
3 Tindakan undang-undang – bagi yang melanggar syariat dan undang-undang yang ditetapkan.



Muat turun di sini :

>>> Nota PDF

>>> Nota MS Word




0 komen:

Post a Comment