Sunday 18 August 2019

BUKU - FIRASAT SPM 2019


Dapatkan naskhah anda di kedai-kedai buku yang berdekatan.

Thursday 4 July 2019

DSKP Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5



Muat turun di sini : >>> DSKP Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5

Saturday 22 June 2019

Analisis Item - PPT 2019


Alkisahnya, ada yang bertanya kepada saya tentang analisis item. Atau mungkin lebih tepatnya, bertanya dan minta contoh yang boleh dirujuk.

Sebenarnya saya pun kurang pasti tentang analisis item yang diminta tersebut. Namun begitu, bagi memenuhi permintaan tersebut, saya akan kongsikan contoh borang analisis item yang saya gunakan di sekolah. Cumanya, borang yang saya gunakan ni memang saya edit dan sesuaikan dengan soalan-soalan semasa yang diuji terhadap pelajar.

Anda boleh muat turun bahan tersebut di sini :
>>> Analisis Item PPT 2019

Tuesday 18 June 2019

Alhamdulillah... Jumpa Akhirnya...



Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya, dapatlah juga akhirnya saya mencari solusi kepada masalah sebelum ini iaitu untuk meng'upload' Modul Interaktif Pendidikan Islam SPM tanpa perlu pengguna membuat muat turun terlebih dahulu. Maklumlah, menggunakan ruang percuma ni, ada cabarannya yang tersendiri.

Namun begitu, mungkin ada beberapa pelayar web @ web browser tertentu sahaja yang boleh memaparkan modul ini dengan paparan yang terbaik berdasarkan percubaan yang telah dibuat beberapa kali.

Bagi sesiapa yang berhajat untuk membuat latihtubi menggunakan modul tersebut, bolehlah mengaksesnya melalui pautan berikut:
>>> Modul Interaktif Pendidikan Islam SPM

Saturday 15 June 2019

DSKP Pendidikan Islam Tingkatan 3



Muat turun di sini : >>> DSKP Pendidikan Islam Tingkatan 3

DSKP Pendidikan Islam Tingkatan 2



Muat turun di sini : >>> DSKP Pendidikan Islam Tingkatan 2

DSKP Pendidikan Islam Tingkatan 1



Muat turun di sini : >>> DSKP Pendidikan Islam Tingkatan 1

Friday 24 May 2019

Cuti Pertengahan Tahun

Hmm...

Dah nak cuti rupanya. Koleksi beberapa soalan percubaan tahun 2017 dan 2018 masih belum berjaya dimuatnaik untuk perkongsian di  sini. Adakah ini bermakna bahan-bahan tersebut hanya akan dapat diakses selepas cuti? Satu persoalan yang masih belum ada jawapan yang pasti. Satu saja yang pastinya untuk cuti kali ini iaitu perlu menanda kertas-kertas jawapan murid yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan pertengahan tahun.

Apapun, doakan ada ruang masa yang dapat dicari untuk mengisi blog ini dengan bahan-bahan lainnya lagi sementara cuti sekolah ini agar dapat dimanfaatkan oleh banyak pihak.

Selamat bercuti semua. Serta jangan lupa untuk memanfaatkan cuti ini sebaiknya, lebih-lebih lagi kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadan dan tidak lama lagi akan masuk ke fasa 10 hari terakhir.😇

Sunday 19 May 2019

MUNAJAT 3 - Modul Tajwid

 munajat_3


Muat turun di sini : >>> Munajat 3

Thursday 16 May 2019

MUNAJAT 2 - Modul Jawi

 munajat_2


Muat turun di sini : >>> Munajat 2

Friday 10 May 2019

MUNAJAT 1 - Modul Al-Quran

 munajat_1


Muat turun di sini : >>> Munajat 1

Tuesday 7 May 2019

Ramadhan 1440H

Alhamdulillah, syukur lillah.

Masih dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi yang Ramadhan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Aamiin.

Ramadhan maknanya puasa di siang hari dan berterawih pada waktu malam. Bangun awal pagi untuk bersahur dan menunggu dengan sabar di hadapan hidangan sambil berdoa menunggu masa berbuka. Semua ni hanya ada dalam bulan Ramadhan. Seronoknya.

Jom sama-sama berazam untuk perbaiki amalan kita, sama ada yang fardhu mahupun yang sunat. InsyaAllah.

Saturday 4 May 2019

MUNAJAT - Modul Unggul Al-Quran Jawi dan Tajwid

InsyaAllah dalam bulan Ramadan nanti, saya merancang untuk memuatnaik modul MUNAJAT. Buat masa ini, saya sedang dalam proses mengubah format modul ini ke dalam bentuk pdf supaya settingnya tak lari apabila dimuatnaik ke blog ini untuk perkongsian.

Cumanya bahan-bahan tu mungkin akan dipecahkan jadi tiga bahagian supaya saiznya lebih kecil dan mudah untuk dimuat turun oleh sesiapa yang berkenan untuk menggunakannya. Tapi pecahan tu pun ikut pembahagian modul juga la, bukan main pecah ikut suka hati ye.

Rumusan mudahnya, pecahan tu akan jadi begini la lebih kurangnya:
a) MUNAJAT 1 - Modul Al-Quran
b) MUNAJAT 2 - Modul Jawi
c) MUNAJAT 3 - Modul Tajwid



Mudah-mudahan bahan-bahan ini akan digunakan dengan sebaiknya oleh guru ataupun murid agar objektif pembinaan modul ini iaitu untuk meningkatkan kemahiran menjawab kertas 1223/2 dapat dicapai sepenuhnya. InsyaAllah, aamiin.

Sunday 28 April 2019

Modul FIT



Modul ni dah dibangunkan agak lama. Cetusan daripada semangat muda ketika itu yang dibina hasil kerjasama dengan salah seorang rakan satu sekolah iaitu Ustaz Mohd Fathil bin Ismail. Ada 5 set soalan objektif dan ada 5 set soalan subjektif yang terdapat dalam modul ini, merangkumi tajuk-tajuk Pendidikan Islam tingkatan 4.

Apapun, saya agak beruntung kerana jumpa semula bahan ni dalam pendrive lama sejurus sebelum pendrive tersebut diformat semula. Jika tidak, hilanglah bahan ini buat selamanya tanpa sebarang jejak.

Bagi yang berminat untuk menggunakan bahan ini, bolehlah muat turun di sini:
>>> Modul FIT

Tuesday 16 April 2019

Siri Modul Interaktif Pendidikan Islam SPM


Antara kelebihan modul :
- Mengandungi 10 set soalan dengan setiap set ada 20 soalan objektif aneka pilihan
- Soalan berbentuk interaktif, iaitu respons segera bagi setiap soalan yang dijawab sama ada betul atau salah
- Masa untuk menyelesaikan setiap set soalan telah ditetapkan bagi melatih kecekapan menjawab soalan, iaitu 20 minit sahaja untuk 20 soalan
- Kedudukan soalan dan pilihan jawapan bagi soalan 1 hingga 20 akan berubah setiap kali latihan dibuat bagi memberikan pengalaman berbeza biarpun menjawab set soalan yang sama
- Markah keseluruhan akan ditunjukkan selepas semua soalan dijawab untuk menunjukkan prestasi dan pencapaian bagi set soalan tersebut


Sila isi borang berikut untuk mendapatkan contoh modul interaktif ini.
>>> Contoh Modul Interaktif Pendidikan Islam SPM


Saturday 23 March 2019

Teknik Menjawab - KBAT




Dalam banyak-banyak soalan di tempat yang saya dijemput untuk memberikan ceramah dan perkongsian pada tahun lalu, cara menjawab KBAT masih lagi menjadi antara persoalan yang lazim walaupun sebenarnya perkara ini sudah agak lama. Tentu ada sahaja murid-murid yang bertanya teknik yang mudah untuk menjawab soalan berbentuk KBAT ini.

Teknik mudah? Mungkin teknik yang saya gunakan di sekolah saya boleh membantu anda yang mempunyai persoalan yang sama. Jadi, saya dah letakkan pautannya di sini untuk panduan dan kegunaan semua.

Muat turun di sini : >>> Cadangan Skrip KBAT

Friday 8 March 2019

Modul PRATA - Program Rakan Tasmik

Modul Ayat-Ayat Hafazan SPM

 Modul PRATA
Muat turun di sini : >>> Modul PRATA

Sunday 10 February 2019

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Terengganu

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Terengganu

Soalan Kertas 1

Soalan Kertas 2

Skema Kertas 1

Skema Kertas 2

P/S - Terima kasih kepada yang telah sudi berkongsi soalan percubaan ini untuk manfaat bersama.

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Selangor

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Selangor

SET 1

Soalan Kertas 1

Soalan Kertas 2

Skema Kertas 1

Skema Kertas 2



SET 2

Soalan Kertas 1

Soalan Kertas 2

Skema Kertas 1

Skema Kertas 2

P/S - Terima kasih kepada yang telah sudi berkongsi soalan percubaan ini untuk manfaat bersama.

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Perak

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Perak

Soalan Kertas 1

Soalan Kertas 2

Skema Kertas 1

Skema Kertas 2

P/S - Terima kasih kepada yang telah sudi berkongsi soalan percubaan ini untuk manfaat bersama.

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Pulau Pinang

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Pulau Pinang

Soalan Kertas 1

Soalan Kertas 2

Skema Kertas 1

Skema Kertas 2

P/S - Terima kasih kepada yang telah sudi berkongsi soalan percubaan ini untuk manfaat bersama.

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Kedah

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Kedah

Soalan Kertas 1

Soalan Kertas 2

Skema Kertas 1

Skema Kertas 2

P/S - Terima kasih kepada yang telah sudi berkongsi soalan percubaan ini untuk manfaat bersama.

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Pahang

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Pahang

Soalan Kertas 1

Soalan Kertas 2

Skema Kertas 1

Skema Kertas 2

P/S - Terima kasih kepada yang telah sudi berkongsi soalan percubaan ini untuk manfaat bersama.

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Kelantan



Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM - Kelantan


Soalan Kertas 1


Soalan Kertas 2


Skema Kertas 1 + Kertas 2


P/S - Terima kasih kepada yang telah sudi berkongsi soalan percubaan ini untuk manfaat bersama.

( Kredit : http://cikgusazali.blogspot.my )

Friday 8 February 2019

RPH Untuk eRPH - Tingkatan 4 & 5

RPH Untuk eRPH?

Sama je benda ni. Cuma sekarang kebanyakan sekolah dah tak cetak RPH tu. Semua hantar secara atas talian. Jadi, macam-macam alternatiflah yang dicipta dan diguna untuk merealisasikan idea penghantaran dokumen tersebut secara atas talian.

Tak perlu cerita panjang-panjang. Kat bawah ni ada pautan untuk muat turun bahan RPH yang boleh digunakan untuk eRPH tu. Bahan ni dah sedia ada sejak 2015 dan pernah dikongsikan sebelum ni tapi domain laman web yang digunakan sebelum ni dah expired. Jadi dah tak dapat akses lagi seperti dulu. Sekarang dah tahun 2019 dan tinggal lagi dua tahun SPM akan menggunakan silibus KBSM. Selepas ni, dah tukar silibus KSSM, maknanya bahan ni tak boleh guna sudah la. Jadi, mana yang sesuai tu, guna saja la terus. Mana yang tidak sesuai atau kurang sesuai tu, ubahlah apa yang patut. Bahan ni sekadar cadangan saja.

Muat turun di sini : >>> Bahan RPH Pendidikan Islam Tingkatan 4


Muat turun di sini : >>> Bahan RPH Pendidikan Islam Tingkatan 5

Sunday 3 February 2019

Februari 2019

Sedar tak sedar dah masuk bulan Februari rupanya. Hajat di hati nak pindah dan kumpulkan koleksi bahan SPM yang ada berterabur dalam laptop ni ke blog supaya mudah nak akses dari mana-mana. Nak kongsi dengan yang lain pun senang.

Jadi, insyaAllah nak bermula dengan soalan percubaan negeri-negeri dulu rasanya. Moga dapat memberi manfaat untuk semua. 😇

Tuesday 8 January 2019

Koleksi Soalan ITK

Hari ni saya nak kongsikan bahan lama yang disediakan secara berjemaah oleh murid-murid tingkatan 5 tahun 2015 sekolah saya. Bahan ini asalnya adalah tugasan yang diberikan kepada mereka sebagai satu cara untuk menguji tahap kefahaman mereka tentang bentuk soalan yang terdapat dalam bahagian A, kertas 1 Pendidikan Islam SPM.

Oleh itu, ada di antara bentuk soalan yang dihasilkan sebenarnya agak lari daripada bentuk soalan yang sepatutnya. Apapun, satu gambaran yang agak jelas telah dapat disimpulkan tentang tahap kefahaman mereka terhadap perkara yang sedang diuji melalui tugasan yang diberikan ini.


Muat turun di sini : >>> Koleksi Soalan ITK Ting 5 v1.0

Coretan Seminggu

Sudah tujuh hari berlalu...

Perancangan masih diatur rapi agar dapat memberi manfaat sebanyak mungkin untuk diri, keluarga dan orang lain. Itu tujuan kita hidup. Bukan untuk diri sendiri semata-mata.

Mari kita berdoa agar segalanya dipermudahkan. Fikir yang baik-baik, bercakap perkara yang baik-baik dan buat perkara yang baik-baik sahaja. InsyaAllah.

Tuesday 1 January 2019

Permulaan Baharu

Alhamdulillah, tahun 2019 menjelma. Memberi peluang kepada kita semua untuk memulakan satu perjalanan baharu walaupun segalanya bersifat belum pasti. Namun kita sebagai manusia tentunya perlu merancang dan mengatur kehidupan kita sebaiknya agar dapat berjalan dengan lancar.

Bagaimana? Sudah tentulah dengan menggunakan segala sumber yang ada pada kita. Masa, kewangan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, perancangan tersebut perlu dan wajib ada rasa tawakal dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja dan dipermudahkan. Aamiin.