Friday 21 August 2020

TEKNIK MENJAWAB : Teknik KABUS SUKA

 Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi peluang untuk berkongsi bahan. Kali ni lebih kepada teknik menjawab soalan. InsyaAllah sesuai digunakan untuk calon SPM dalam menjawab beberapa jenis soalan.

Teknik ini ada salasilah dan sejarahnya sendiri sebenarnya. Bagaikan cerita Imam Syafie berguru dengan pengasas mazhab Maliki iaitu Imam Malik bin Anas pun ada rasanya kadang-kadang tu. Kenapa? Seperti yang kita tahu, Imam Syafie (murid) berguru dengan Imam Malik bin Anas (guru) yang juga pengasas mazhab Maliki tetapi akhirnya Imam Syafie (murid) juga akhirnya mengasaskan mazhabnya sendiri iaitu mazhab Syafie. Jadi, asal-usul teknik ni pun begitulah juga. Teknik yang asalnya dari guru kepada guru (murid) yang akhirnya guru (murid) tadi boleh pula mengembangkan teknik tu jadi tekniknya sendiri. Pening? Kalau pening bahagian ni takpe. Tak jadi masalah. Jangan bahagian tekniknya pula yang pening.

Teknik ni seperti dalam tajuk ialah Teknik KABUS SUKA. Bendanya sama saja sebenarnya. Cuma sayangnya, sama ada KABUS atau SUKA, ramai calon yang mengabaikan teknik ini kerana memang tidak tahu atau kerana cuai hingga hilang sebahagian atau keseluruhan markah bagi soalan yang berkaitan.

Apa itu Teknik KABUS SUKA? Kedua-duanya merupakan akronim yang mewakili beberapa perkataan iaitu :

KABUS : K - Kerana     A - Agar     B- Bagi     U - Untuk     S - Supaya

manakala

SUKA : S - Supaya     U - Untuk     K - Kerana     A - Agar

Hampir sama kan kedua-duanya? Berbeza hanya pada "B - Bagi" sahaja. Apapun, jom sama-sama kita tengok dan kuasai teknik ini.

Muat turun di sini :

>>> Teknik KABUS SUKA

Thursday 20 August 2020

Salam Hijrah 1442H : Ummah Rabbani Negara Harmoni

 Assalamualaikum wbt...


Hari ni dah masuk hari baru dalam tahun baru 1442H. Alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus bernafas dan beramal ibadah. Semoga semua usaha dan amal kita dari yang sekecil-kecilnya akan dipandang dan bernilai di sisiNya. Amiin.

InsyaAllah, dalam fasa seterusnya ini kita akan terus berkongsi untuk manfaat dan kebaikan bersama. Bahan-bahan bersifat akademik atau tidak, yang pastinya biarlah semuanya boleh menjadi saham untuk kita di akhirat kelak.

Sempena tahun baru hijrah ini, jom kita dengar dan hayati sama-sama sebuah lagu nasyid lama berkaitan hijrah. Jom...