Saturday 30 July 2022

Salam Hijrah 1444H

Bismillahi walhamdulillah...

Assalamualaikum wbt...

Syukur ke hadrat-Nya kerana memberi kesempatan untuk kita terus menghirup udara 1444H. Tahun baru hijrah yang mengingatkan kita sirah baginda SAW yang berhijrah dari Mekah ke Yathrib atas perintah Allah SWT.

Semoga dengan kehadiran tahun ini akan membawa satu semangat dan keazaman yang baru bagi kita semua, insyaAllah.

Wednesday 23 February 2022

E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 2

E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 2


Berikut ialah pautan e-pentaksiran yang disediakan mengikut kelas.
Sila pastikan anda memilih kelas yang betul.

Klik pautan berikut dan patuhi arahan yang diberikan selanjutnya.




E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 2 2021 (FEBRUARI 2022) >>> TINGKATAN 2 IS

E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 2 2021 >>> TINGKATAN 2 IS



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Berikut ialah pautan bagi e-pentaksiran tingkatan 2 2021 bagi kelas 2 IS.
Sila jawab semua soalan dengan jujur dalam masa yang ditetapkan.






E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 2 2021 (FEBRUARI 2022) >>> TINGKATAN 2 IN

E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 2 2021 >>> TINGKATAN 2 IN



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Berikut ialah pautan bagi e-pentaksiran tingkatan 2 2021 bagi kelas 2 IN.
Sila jawab semua soalan dengan jujur dalam masa yang ditetapkan.






E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 2 2021 (FEBRUARI 2022) >>> TINGKATAN 2 AF

E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 2 2021 >>> TINGKATAN 2 AF



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Berikut ialah pautan bagi e-pentaksiran tingkatan 2 2021 bagi kelas 2 AF.
Sila jawab semua soalan dengan jujur dalam masa yang ditetapkan.






E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 2 2021 (FEBRUARI 2022) >>> TINGKATAN 2 AB

E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 2 2021 >>> TINGKATAN 2 AB



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Berikut ialah pautan bagi e-pentaksiran tingkatan 2 2021 bagi kelas 2 AB.
Sila jawab semua soalan dengan jujur dalam masa yang ditetapkan.






Thursday 17 February 2022

E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 1

E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 1


Berikut ialah pautan e-pentaksiran yang disediakan mengikut kelas.
Sila pastikan anda memilih kelas yang betul.

Klik pautan berikut dan patuhi arahan yang diberikan selanjutnya.




E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 1 2021 (FEBRUARI 2022) >>> TINGKATAN 1 IS

E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 1 2021 >>> TINGKATAN 1 IS



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Berikut ialah pautan bagi e-pentaksiran tingkatan 1 2021 bagi kelas 1 IS.
Sila jawab semua soalan dengan jujur dalam masa yang ditetapkan.






E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 1 2021 (FEBRUARI 2022) >>> TINGKATAN 1 IN

E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 1 2021 >>> TINGKATAN 1 IN



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Berikut ialah pautan bagi e-pentaksiran akhir tingkatan 1 2021 bagi kelas 1 IN.
Sila jawab semua soalan dengan jujur dalam masa yang ditetapkan.






E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 1 2021 (FEBRUARI 2022) >>> TINGKATAN 1 AF

E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 1 2021 >>> TINGKATAN 1 AF



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Berikut ialah pautan bagi e-pentaksiran tingkatan 1 2021 bagi kelas 1 AF.
Sila jawab semua soalan dengan jujur dalam masa yang ditetapkan.






E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 1 2021 (FEBRUARI 2022) >>> TINGKATAN 1 AB

E-PENTAKSIRAN TINGKATAN 1 >>> TINGKATAN 1 AB



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Berikut ialah pautan bagi e-pentaksiran tingkatan 1 2021 bagi kelas 1 AB.
Sila jawab semua soalan dengan jujur dalam masa yang ditetapkan.






Friday 11 February 2022

Salam Jumaat (11/02/2022)

 Salam Jumaat (11/02/2022)



Friday 4 February 2022

Mujahadah Si Cilik - Ganti Imam

"Ustaz, apa yang perlu makmum lakukan jika imam ada melakukan kesilapan semasa solat berjemaah?" Tanya Ikram memulakan bicara.

"Kesilapan yang bagaimana tu Ikram? Cuba berikan contoh atau situasi." Balas Ustaz Bakri.

"Contohnya, imam terlupa bilangan rakaat." Ikram memberikan contoh sama seperti yang berlaku pada waktu Zohor tadi.

"Oh, makmum perlu menyebut lafaz Subhanallah untuk memberi peringatan kepada imam. Sebab itulah kita galakkan makmum yang lebih faham tentang tatacara berjemaah untuk berdiri betul-betul di belakang imam atau sekurang-kurangnya berdekatan imam. Boleh lah dia nak tegur imam jika ada apa-apa hal yang berlaku. Nak gantikan imam pun boleh." Jelas Ustaz Bakri panjang lebar.

"Gantikan imam masa sedang solat pun boleh?" Serentak pertanyaan penuh kebingungan daripada Ikram dan Mail.

Salam Jumaat (04/02/2022)

 Salam Jumaat (04/02/2022)



Thursday 3 February 2022

Mujahadah Si Cilik - Tugas Makmum

Usai solat Zohor, Zali dan Ikram bersama-sama menuju ke dewan makan untuk makan tengahari.

"Ikram, aku ada soalan ni." Kata Zali tiba-tiba memulakan bicara.

"Tentang apa tu Zali?" Balas Ikram.

"Masa kita solat Zohor yang mula-mula tadi tu, korang berdua ikut juga ke aku solat dua rakaat?" Tanya Zali.

"Mesti la. Kau kan imam. Makmum mesti la ikut semua perbuatan imam." Jawab Ikram penuh keyakinan.

"Patut la. Hm, korang pun tak jalankan tugas sebagai makmum tadi rupanya." Kata Zali.

"Tugas makmum? Makmum kan memang kena ikut imam je kerjanya. Apa lagi tugasnya?" Tanya Ikram kehairanan.

"Nanti kita tanya ustaz je la malam ni masa kuliah Maghrib." Jawab Zali sambil tersenyum nakal.

Wednesday 2 February 2022

Mujahadah Si Cilik - Dua Rakaat

"Assalamualaikum warahmatullah."
"Assalamualaikum warahmatullah."

"Zali, tadi kita solat apa ya?" Tanya Ikram.

"Kan waktu Zohor, jadi solat Zohor la. Kenapa kau tanya?" Balas Zali kehairanan.

"Jadi, kenapa kau jadi imam tadi solat dua rakaat sahaja?" Tanya Mail pula.

"Eh, dua rakaat je?" Balas Zali keliru.

"Tinggal nak tambah doa qunut je lagi tu." Tambah Ikram sambil ketawa bersama-sama Mail.

Zali membisu dan berlalu meninggalkan kawan-kawannya ke tempat wuduk dengan perasaan malu.

Tuesday 1 February 2022

Mujahadah Si Cilik - Kiamat

"Bangun semua, bangun! Dah kiamat ni!" Jerit Ikram melalui pembesar suara.

"Wei, kau ni kenapa pula Ikram?" Tanya Zali kehairanan mendengar pengumuman kawannya yang tergesa-gesa masuk melalui pintu depan surau.

"Kau tak dengar ke azan Subuh tadi? Lepas tu kau tak tengok ke suasana sekarang ni? Cerahnya lain macam. Entah-entah matahari dah terbit dari barat." Jawab Ikram.

"Astaghfirullah al-Azim. Matahari terbit dari barat apanya pula. Aku yang azan tadi tu. Saja aku tambah lafaz azan tu. Lagipun dah lama aku tak azan Subuh." Balas Zali sambil tertawa kecil tanpa sebarang rasa bersalah.

Mendengarkan jawapan tersebut, Ikram memandang Zali sambil menahan perasaan yang bercampur-baur.

Monday 31 January 2022

Mujahadah Si Cilik - Azan Zohor

"Dah masuk waktu tu. Aku gi azan ya." Pinta Zali.

"Silakan. Lagipun dari tadi lagi aku tengok kau berlatih vokal tu." Balas Mail.

Zali segera ke bahagian hadapan surau mencapai mikrofon dan mula melaungkan azan seperti biasa.

Tiba-tiba...

"Assolatu khairum minannaum. Assolatu khairum minannaum."
"Allahuakbar Allahuakbar."
"Lailahaillallah."

"Zali, kenapa kau azan Subuh tadi tu?" Tanya Mail meminta kepastian.

"Azan Zohor lah. Cuma tadi tu aku teringat kawan-kawan kita kat asrama tengah tidur lagi tu. Sebab tu aku azan macam tu." Jawab Zali penuh keyakinan.

Mendengarkan jawapan tersebut, Mail memandang Zali sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Sunday 30 January 2022

Mujahadah Si Cilik - Cubaan Suara

Pada satu tengahari, Ahad minggu lepas.

Kedengaran suara seseorang berkumandang di corong pembesar suara surau sekolah.

"Percubaan suara satu, dua, tiga."
"Testing testing."
"Soundcheck one, two, three."
"Helo helo hai hai bye bye. Dengar tak suara saya ni?"

"Zali! Kamu buat apa tu?" Tegur Mail.

"Aku tengah testing mikrofon ni la. Apa lagi? Dah nak masuk waktu dah kan." Jawab Zali.

"Sekarang baru jam 10.30 pagi lah." Kata Mail.

"Eh, ye ke?" Balas Zali tersipu-sipu malu sambil membetulkan jam di tangannya.

Friday 28 January 2022

Salam Jumaat (28/01/2022)

 Salam Jumaat (28/01/2022)







Saturday 1 January 2022

Ayat Hafazan SPM KSSM



Berikut ialah ayat hafazan SPM KSSM yang perlu dihafal oleh calon-calon SPM.

Muat turun di sini :