Sunday 28 April 2019

Modul FIT



Modul ni dah dibangunkan agak lama. Cetusan daripada semangat muda ketika itu yang dibina hasil kerjasama dengan salah seorang rakan satu sekolah iaitu Ustaz Mohd Fathil bin Ismail. Ada 5 set soalan objektif dan ada 5 set soalan subjektif yang terdapat dalam modul ini, merangkumi tajuk-tajuk Pendidikan Islam tingkatan 4.

Apapun, saya agak beruntung kerana jumpa semula bahan ni dalam pendrive lama sejurus sebelum pendrive tersebut diformat semula. Jika tidak, hilanglah bahan ini buat selamanya tanpa sebarang jejak.

Bagi yang berminat untuk menggunakan bahan ini, bolehlah muat turun di sini:
>>> Modul FIT

Tuesday 16 April 2019

Siri Modul Interaktif Pendidikan Islam SPM


Antara kelebihan modul :
- Mengandungi 10 set soalan dengan setiap set ada 20 soalan objektif aneka pilihan
- Soalan berbentuk interaktif, iaitu respons segera bagi setiap soalan yang dijawab sama ada betul atau salah
- Masa untuk menyelesaikan setiap set soalan telah ditetapkan bagi melatih kecekapan menjawab soalan, iaitu 20 minit sahaja untuk 20 soalan
- Kedudukan soalan dan pilihan jawapan bagi soalan 1 hingga 20 akan berubah setiap kali latihan dibuat bagi memberikan pengalaman berbeza biarpun menjawab set soalan yang sama
- Markah keseluruhan akan ditunjukkan selepas semua soalan dijawab untuk menunjukkan prestasi dan pencapaian bagi set soalan tersebut


Sila isi borang berikut untuk mendapatkan contoh modul interaktif ini.
>>> Contoh Modul Interaktif Pendidikan Islam SPM