Monday 20 April 2020

SIRI ULANGKAJI SPM KBSM - BAHAGIAN TAMADUN TINGKATAN 4 (SET 5)

SIRI ULANGKAJI SPM KBSM - BAHAGIAN TAMADUN TINGKATAN 4 (SET 5)

InsyaAllah, siri ulangkaji SPM KBSM ini akan diisi dengan beberapa set latihan secara atas talian bagi kegunaan guru, murid, ibu bapa atau sesiapa sahaja.

Sila guna dan kongsikan dengan rakan yang lain sekiranya anda rasa siri ini dapat membantu anda membuat ulangkaji agar rakan yang lain juga boleh mendapat manfaatnya.

Terima kasih, jazakallahu khairal jazak atas sokongan anda.

Muat turun di sini :

Pautan lain siri ini :

>>> Bahagian Ibadah Tingkatan 4 (Set 2) - SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

>>> Bahagian Ibadah Tingkatan 4 (Set 1) - HAJI DAN UMRAH

Sunday 19 April 2020

SIRI ULANGKAJI SPM KBSM - BAHAGIAN TAMADUN TINGKATAN 4 (SET 4)

>>> BahagianTamadun Tingkatan 4 (Set 4)

Pautan lain siri ini :

>>> Bahagian Ibadah Tingkatan 4 (Set 2) - SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

>>> Bahagian Ibadah Tingkatan 4 (Set 1) - HAJI DAN UMRAH

Saturday 18 April 2020

SIRI ULANGKAJI SPM KBSM - BAHAGIAN TAMADUN TINGKATAN 4 (SET 3)

SIRI ULANGKAJI SPM KBSM - BAHAGIAN TAMADUN TINGKATAN 4 (SET 3)

InsyaAllah, siri ulangkaji SPM KBSM ini akan diisi dengan beberapa set latihan secara atas talian bagi kegunaan guru, murid, ibu bapa atau sesiapa sahaja.

Sila guna dan kongsikan dengan rakan yang lain sekiranya anda rasa siri ini dapat membantu anda membuat ulangkaji agar rakan yang lain juga boleh mendapat manfaatnya.

Terima kasih, jazakallahu khairal jazak atas sokongan anda.

Muat turun di sini :

>>> Bahagian Tamadun Tingkatan 4 (Set 3)

Pautan lain siri ini :

>>> Bahagian Ibadah Tingkatan 4 (Set 2) - SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

>>> Bahagian Ibadah Tingkatan 4 (Set 1) - HAJI DAN UMRAH

Friday 17 April 2020

SIRI ULANGKAJI SPM KBSM - BAHAGIAN TAMADUN TINGKATAN 4 (SET 2)

SIRI ULANGKAJI SPM KBSM - BAHAGIAN TAMADUN TINGKATAN 4 (SET 2)

InsyaAllah, siri ulangkaji SPM KBSM ini akan diisi dengan beberapa set latihan secara atas talian bagi kegunaan guru, murid, ibu bapa atau sesiapa sahaja.

Sila guna dan kongsikan dengan rakan yang lain sekiranya anda rasa siri ini dapat membantu anda membuat ulangkaji agar rakan yang lain juga boleh mendapat manfaatnya.

Terima kasih, jazakallahu khairal jazak atas sokongan anda.

Muat turun di sini :

>>> Bahagian Tamadun Tingkatan 4 (Set 2)

Pautan lain siri ini :

>>> Bahagian Ibadah Tingkatan 4 (Set 2) - SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

>>> Bahagian Ibadah Tingkatan 4 (Set 1) - HAJI DAN UMRAH

Thursday 16 April 2020

SIRI ULANGKAJI SPM KBSM - BAHAGIAN TAMADUN TINGKATAN 4 (SET 1)

SIRI ULANGKAJI SPM KBSM - BAHAGIAN TAMADUN TINGKATAN 4 (SET 1)

InsyaAllah, siri ulangkaji SPM KBSM ini akan diisi dengan beberapa set latihan secara atas talian bagi kegunaan guru, murid, ibu bapa atau sesiapa sahaja.

Sila guna dan kongsikan dengan rakan yang lain sekiranya anda rasa siri ini dapat membantu anda membuat ulangkaji agar rakan yang lain juga boleh mendapat manfaatnya.

Terima kasih, jazakallahu khairal jazak atas sokongan anda.

Muat turun di sini :

>>> Bahagian Tamadun Tingkatan 4 (Set 1)

Pautan lain siri ini :

>>> Bahagian Ibadah Tingkatan 4 (Set 2) - SEMBELIHAN, KORBAN DAN AKIKAH

>>> Bahagian Ibadah Tingkatan 4 (Set 1) - HAJI DAN UMRAH

Wednesday 15 April 2020

NOTA KBSM - T5P13U3 - KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM (RUKUN NIKAH)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM

TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P13 - KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM
UNIT : UNIT 3 - RUKUN NIKAH

Rukun Nikah
1 Rukun-rukun nikah ialah:
a) Bakal suami.
b) Bakal isteri.
c) Wali.
d) Saksi.
e) Sighah (ijab dan kabul).

Syarat-Syarat Bakal Suami Dan Isteri
1 Syarat-syarat bakal suami dan isteri adalah seperti berikut:
a) Bakal suami.
-        Islam.
-        Lelaki.
-        Tidak beristeri empat pada satu masa.
-        Bukan dalam ihram haji atau umrah.
-        Bukan mahram kepada isteri.

b) Bakal isteri.
-        Islam atau ahli kitab.
-        Perempuan.
-        Bukan isteri orang.
-        Bukan dalam idah talak raji.
-        Bukan dalam ihram haji atau umrah.
-        Bukan mahram kepada suami.

Wali Nikah
1 Wali nikah – orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.
2 Terbahagi kepada dua, iaitu:
a) Wali nasab (keturunan).
-        Terbahagi kepada wali mujbir dan wali bukan mujbir.
-        Wali mujbir: Bapa dan datuk. Mereka berhak mengahwinkan pengantin perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu dengan syarat bakal suami sekufu dengannya.
-        Wali bukan mujbir: Mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa.

b) Wali hakim.
-        Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganannya atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya.

3 Syarat wali nikah:
a) Islam.
b) Lelaki.
c) Baligh.
d) Berakal.
e) Tidak dalam ihram haji.
f) Tidak ditegah kuasanya daripada membelanjakan harta.
g) Merdeka.

4 Susunan wali nikah:
a) Bapa (wali mujbir).
b) Datuk (wali mujbir).
c) Saudara lelaki seibu sebapa.
d) Saudara lelaki sebapa.
e) Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa dan ke atas.
f) Anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa dan ke atas.
g) Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas.
h) Bapa saudara daripada sebelah bapa.
i) Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa dan ke bawah (sepupu).
j) Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sepupu).
k) Wali hakim.

5 Perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakim adalah berdasarkan sebab-sebab yang berikut:
a) Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan.
b) Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati.
c) Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah.
d) Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi.
e) Wali sedang dalam ihram haji atau umrah.
f) Wali menyembunyikan diri.
g) Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan.
h) Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya (sepupu).
i) Wali enggan mewalikan perempuan itu.

Hikmah Saksi Dalam Perkahwinan
1 Boleh memberi keterangan sekiranya berlaku sesuatu pertikaian.
2 Menjamin sesuatu perkahwinan itu sah.
3 Memuliakn perkahwinan.
4 Mengelakkan berlakunya fitnah.
5 Memuliakan majlis akad nikah.

Saksi Nikah
1 Syarat saksi nikah ialah:
a) Islam.
b) Baligh.
c) Adil. Tidak melakukan dosa besar.
d) Lelaki.
e) Memahami lafaz ijab dan kabul.
f) Sejahtera pancaindera iaitu tidak buta, pekak dan bisu.

Sighah Nikah (Ijab Dan Kabul)
1 Pengertian ijab: Lafaz yang diucapkan oleh wali seperti “aku nikahkan engkau dengan anakku ..........(nama pengantin perempuan).......... dengan mas kahwin ..........(kadar mahar).......... ringgit tunai.”
2 Pengertian kabul: Jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami seperti “aku terima nikah ..........(nama pengantin perempuan).......... dengan mas kahwin ..........(kadar mahar).......... ringgit tunai.”
3 Syarat sighah nikah:
a) Ijab.
-        Hendaklah dilafazkan oleh wali atau hakimnya.
-        Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis.
-        Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran.
-        Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi.
-        Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul.

b) Kabul.  
-        Tidak menyalahi ijab.
-        Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul.
-        Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya.
-        Menyebut nama bakal isteri atau ganti namanya.
-        Tidak dengan lafaz taklik.
-        Tidak dibataskan dengan tempoh masa.

Muat turun di sini :

Tuesday 14 April 2020

NOTA KBSM - T5P13U2 - KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM (PEMINANGAN DAN BATAS-BATAS PERGAULAN)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM

TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P13 - KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM
UNIT : UNIT 2 - PEMINANGAN DAN BATAS-BATAS PERGAULAN

Pengertian Merisik Dan Meminang
1 Merisik : Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang.
-        Harus seseorang lelaki dan perempuan melihat bakal tunangnya.
-        Menurut Imam Syafie, disunatkan melihat bakal pasangan masing-masing berulang-ulang kali.
-        Anggota yang disunatkan dilihat ialah muka dan tangan.

2 Meminang : Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri.
-        Peminangan boleh dilakukan dengan kata-kata berterus-terang (soreh) seperti menggunakan perkataan meminang atau melamar. Bahasa kiasan (kinayah) juga boleh digunakan seperti menyunting.
-        Peminangan hendaklah dinyatakan kepada wali perempuan atau melalui orang perantaraan.
-        Pihak lelaki biasanya memberikan hadiah kepada pihak perempuan sebagai tanda pertunangan.
-        Amalan ini sudah menjadi adat dan tidak bertentangan dengan syarak, malah merupakan satu amalan yang baik dengan syarat tidak berlaku pembaziran dan tidak ada unsur maksiat.

Batas Pergaulan Dalam Tempoh Pertunangan
1 Dalam tempoh pertunangan, perhubungan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan masih sebagai orang asing (ajnabi).
2 Haram bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa mahram seperti yang banyak berlaku kini.

Muat turun di sini :

>>> Nota PDF

>>> Nota MS Word

Pautan lain siri ini :

>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

Monday 13 April 2020

NOTA KBSM - T5P13U1 - KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM (PEMILIHAN CALON SUAMI DAN ISTERI)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM

TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P13 - KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM
UNIT : UNIT 1 - PEMILIHAN CALON SUAMI DAN ISTERI

Ciri-Ciri Bakal Suami Dan Isteri
1 Islam telah menggariskan beberapa ciri utama sebagai panduan memilih calon untuk mendirikan rumahtangga. Antaranya ialah bertaqwa, beriman, berilmu, bertanggungjawab dan bertimbang rasa.
2 Berikut adalah ciri-ciri lain seperti yang dinyatakan dalam hadis nabi iaitu berdasarkan:
a) Harta.
b) Keturunan.
c) Kecantikan.
d) Agama.

Wanita Yang Haram Dikahwini
1 Perempuan haram dikahwini disebabkan beberapa faktor iaitu:
a) Faktor keturunan.
-        Ibu, nenek dan ke atas.

-        Anak perempuan, cucu dan ke bawah.
-        Adik-beradik perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu sahaja.
-        Emak saudara sebelah bapa dan sebelah ibu ke atas.
-        Anak-anak saudara daripada adik-beradik seibu sebapa, seibu dan ke bawah.

b) Faktor penyusuan.
-        Ibu susuan dan ke atas.

-        Anak susuan dan ke bawah.
-        Adik-beradik susuan.
-        Emak saudara susuan dan ke atas (adik-beradik ibu susuan dan adik-beradik suamninya).
-        Anak saudara susuan dan ke bawah (anak kepada adik-beradik susuan).

c) Faktor persemendaan (musaharah).
-        Ibu tiri dan ke atas sama ada disetubuhi atau tidak.
-        Isteri anak (menantu perempuan) dan isteri cucu lelaki dan ke bawah sama ada disetubuhi atau tidak.
-        Ibu mertua dan ke atas.
-        Anak tiri dan ke bawah apabila disetubuhi ibunya.

2 Perempuan yang haram dikahwini secara sementara pula ialah:
a) Perempuan yang ditalak tiga.
b) Perempuan yang bersuami.
c) Perempuan yang masih dalam idah.
d) Perempuan yang sedang hamil hasil perzinaan.
e) Perempuan yang tidak beragama samawi.
f) Mengumpul isteri dengan mahramnya dalam satu masa seperti saudara perempuan atau anak saudara perempuan.
g) Perempuan kelima untuk lelaki yang mempunyai empat orang isteri.

Sunday 12 April 2020

NOTA KBSM - T5P12 - PERKAHWINAN DALAM ISLAM

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM

TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P12 – PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Konsep Perkahwinan Dalam Islam
1 Menepati fitrah manusia yang memerlukan pasangan.
2 Untuk mendapatkan zuriat yang soleh.
3 Bagi memupuk sikap bertanggungjawab.

Pengertian Perkahwinan
1 Bahasa : Cantum atau himpun.
2 Istilah : Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.

Hukum Perkahwinan
1 Para ulama telah menetapkan hukum perkahwinan berubah-ubah mengikut keadaan individu, iaitu:
Hukum
Keterangan
Harus
Orang yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tidak ada perkara yang mengharamkannya berkahwin.
Wajib
Orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta dikhuatiri terjerumus kepada zina kerana tidak dapat mengawal nafsu.
Sunat
Orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak dikhuatiri terjerumus kepada zina atau melakukan kezaliman terhadap pasangannya.
Makruh
Orang yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri.
Haram
Orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyakini akan melakukan kezaliman terhadap pasangannya.

Galakan Berkahwin Dalam Islam
1 Islam menggalakkan penganutnya berumahtangga kerana Allah memberi jaminan bahawa orang yang mendirikan rumahtangga akan dikurniakan rezeki.
2 Perkahwinan juga dapat menjauhkan seseorang itu daripada maksiat.

Hikmah Perkahwinan
1 Pensyariatan perkahwinan mempunyai beberapa hikmah, antaranya:
a) Menjamin kesihatan.
b) Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani.
c) Memupuk kasih sayang.
d) Menjalinkan silaturrahim.
e) Memberi ketenteraman kepada suami dan isteri.

Implikasi Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam
1 Terdapat sistem perkahwinan yang digubal secara teratur di bawah undang-undang khusus dan wajib dipatuhi oleh setiap orang Islam di Malaysia yang dinamakan undang-undang keluarga Islam.
2 Perkahwinan yang tidak mengikut peruntukan undang-undang tersebut akan memberi implikasi buruk, iaitu:
a) Diri
-        Dikenakan tindakan undang-undang.
-        Dipandang serong oleh masyarakat.

b) Keluarga
-        Nama baik kedua belah pihak tercemar.
-        Kedua-dua belah keluarga akan bermusuhan kerana saling menyalahkan.

c) Masyarakat
-        Masyarakat menjadi kucar-kacir kerana ada anggota masyarakat yang tidak patuh kepada undang-undang.

Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-Undang
1 Perhatian ibu bapa dan masyarakat – pastikan perkahwinan sah mengikut syarak dan undang-undang.
2 Program ilmu – seminar dan kursus berkaitan untuk memberi penjelasan kepada masyarakat.
3 Tindakan undang-undang – bagi yang melanggar syariat dan undang-undang yang ditetapkan.

Muat turun di sini :

>>> Nota PDF

>>> Nota MS Word