Carian Web




Wednesday, 15 April 2020

NOTA KBSM - T5P13U3 - KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM (RUKUN NIKAH)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P13 - KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM
UNIT : UNIT 3 - RUKUN NIKAH



Rukun Nikah
1 Rukun-rukun nikah ialah:
a) Bakal suami.
b) Bakal isteri.
c) Wali.
d) Saksi.
e) Sighah (ijab dan kabul).


Syarat-Syarat Bakal Suami Dan Isteri
1 Syarat-syarat bakal suami dan isteri adalah seperti berikut:
a) Bakal suami.
-        Islam.
-        Lelaki.
-        Tidak beristeri empat pada satu masa.
-        Bukan dalam ihram haji atau umrah.
-        Bukan mahram kepada isteri.

b) Bakal isteri.
-        Islam atau ahli kitab.
-        Perempuan.
-        Bukan isteri orang.
-        Bukan dalam idah talak raji.
-        Bukan dalam ihram haji atau umrah.
-        Bukan mahram kepada suami.


Wali Nikah
1 Wali nikah – orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.
2 Terbahagi kepada dua, iaitu:
a) Wali nasab (keturunan).
-        Terbahagi kepada wali mujbir dan wali bukan mujbir.
-        Wali mujbir: Bapa dan datuk. Mereka berhak mengahwinkan pengantin perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu dengan syarat bakal suami sekufu dengannya.
-        Wali bukan mujbir: Mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa.

b) Wali hakim.
-        Mereka yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganannya atau hilang kelayakan wali nasab untuk mengahwinkannya.


3 Syarat wali nikah:
a) Islam.
b) Lelaki.
c) Baligh.
d) Berakal.
e) Tidak dalam ihram haji.
f) Tidak ditegah kuasanya daripada membelanjakan harta.
g) Merdeka.


4 Susunan wali nikah:
a) Bapa (wali mujbir).
b) Datuk (wali mujbir).
c) Saudara lelaki seibu sebapa.
d) Saudara lelaki sebapa.
e) Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa dan ke atas.
f) Anak saudara lelaki daripada adik-beradik lelaki sebapa dan ke atas.
g) Bapa saudara seibu sebapa dan ke atas.
h) Bapa saudara daripada sebelah bapa.
i) Anak lelaki daripada bapa saudara seibu sebapa dan ke bawah (sepupu).
j) Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sepupu).
k) Wali hakim.


5 Perpindahan kuasa wali nasab kepada wali hakim adalah berdasarkan sebab-sebab yang berikut:
a) Tidak terdapat wali nasab mengikut susunan.
b) Wali akrab tidak dapat dikesan dan tidak diketahui sama ada hidup atau mati.
c) Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah.
d) Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat dihubungi.
e) Wali sedang dalam ihram haji atau umrah.
f) Wali menyembunyikan diri.
g) Wali setaraf bergaduh dan tidak dapat diselesaikan.
h) Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan tiada wali lain yang setaraf dengannya (sepupu).
i) Wali enggan mewalikan perempuan itu.


Hikmah Saksi Dalam Perkahwinan
1 Boleh memberi keterangan sekiranya berlaku sesuatu pertikaian.
2 Menjamin sesuatu perkahwinan itu sah.
3 Memuliakn perkahwinan.
4 Mengelakkan berlakunya fitnah.
5 Memuliakan majlis akad nikah.


Saksi Nikah
1 Syarat saksi nikah ialah:
a) Islam.
b) Baligh.
c) Adil. Tidak melakukan dosa besar.
d) Lelaki.
e) Memahami lafaz ijab dan kabul.
f) Sejahtera pancaindera iaitu tidak buta, pekak dan bisu.


Sighah Nikah (Ijab Dan Kabul)
1 Pengertian ijab: Lafaz yang diucapkan oleh wali seperti “aku nikahkan engkau dengan anakku ..........(nama pengantin perempuan).......... dengan mas kahwin ..........(kadar mahar).......... ringgit tunai.”
2 Pengertian kabul: Jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami seperti “aku terima nikah ..........(nama pengantin perempuan).......... dengan mas kahwin ..........(kadar mahar).......... ringgit tunai.”
3 Syarat sighah nikah:
a) Ijab.
-        Hendaklah dilafazkan oleh wali atau hakimnya.
-        Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis.
-        Tidak melafazkan dengan bahasa sindiran.
-        Lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi.
-        Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul.

b) Kabul.  
-        Tidak menyalahi ijab.
-        Tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan kabul.
-        Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya.
-        Menyebut nama bakal isteri atau ganti namanya.
-        Tidak dengan lafaz taklik.
-        Tidak dibataskan dengan tempoh masa.



Muat turun di sini :




0 komen:

Post a Comment