Friday 30 October 2020

NOTA KBSM - T5P14 - TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P14 - TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI



Tanggungjawab Suami Dan Isteri

1 Tanggungjawab suami.

                a) Memberi nafkah zahir dan batin.

-        Nafkah yang diwajibkan ke atas suami merangkumi nafkah zahir dan batin.

-        Nafkah zahir ialah keperluan-keperluan asas seperti tempat tinggal yang sesuai, makanan, perubatan dan pakaian.

-        Nafkah batin pula ialah suami wajib menunaikan keperluan-keperluan seks isteri menurut syarak.


b) Memberi didikan.

-        Suami wajib memberi asuhan dan didikan agama secukupnya kepada isteri agar dapat membentuk isteri menjadi solehah serta mewujudkan rumahtangga yang bahagia.

-        Pendidikan yang diberi meliputi ilmu fardhu ain seperti solat, bersuci, puasa dan sebagainya.

-        Bagi suami yang tidak mampu mengajar isterinya, dia hendaklah membenarkan isterinya keluar untuk belajar dengan pengawasannya.

-        Suami juga berkewajipan untuk melengkapkan isterinya dengan pengetahuan-pengetahuan yang berkaitan dengan urusan kehidupan kekeluargaan dan kemasyarakatan.


c) Memberi layanan yang baik.

-        Suami mesti bersikap lemah lembut, pengasih dan ramah mesra terhadap isteri.

2 Tanggungjawab isteri.

               a) Mentaati suami.

-        Isteri wajib mentaati suami dalam semua perkara kecuali yang berlawanan dengan syariat.


b) Memelihara kehormatan diri.

-        Maruah dan kehormatan hendaklah sentiasa dijaga dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah.

-        Isteri dilarang membenarkan orang lain memasuki rumah semasa ketiadaan suaminya dan tanpa keizinannya.

-        Isteri wajib menjaga akhlak, aurat dan berhias hanya untuk suami.

-        Haram menceritakan aib suami dan rahsia rumahtangga kepada orang lain.


c) Menjaga harta suami.

-        Mereka hendaklah bijaksana dalam perbelanjaan rumahtangga, tidak boros dan mendapat keizinan suami terlebih dahulu untuk membelanjakan harta suami.


d) Memberi layanan yang baik kepada suami.

-        Isteri wajib memberi layanan baik dan mesra kepada suaminya agar kehidupan rumahtangga menjadi aman dan tenteram.

-        Isteri hendaklah bijak mengambil hati suami dalam melaksanakan kehidupan berumahtangga.


e) Tinggal di rumah suami.

-        Isteri dilarang tinggal berasingan daripada suaminya.

-        Isteri juga dilarang keluar dari rumah tanpa keizinan suami walaupun untuk menunaikan fardhu haji atau umrah.

 

Tanggungjawab Bersama

1 Tanggungjawab bersama.

a) Memelihara dan mendidik anak.

b) Menghubungkan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

c) Memenuhi keperluan masing-masing menurut kehendak syarak seperti keperluan kasih sayang.

d) Saling menghormati dan menjaga keaiban.

e) Saling menasihati dengan lembut dan berhikmah.

2 Tanggungjawab ini wajib dilaksanakan dengan sempurna supaya rumahtangga yang dibina berkekalan dan aman bahagia.

 

Kesan Pengabaian Tanggungjawab Terhadap Keluarga

1 Persefahaman antara suami dan isteri akan hilang dan boleh mencetuskan pertelingkahan.

2 Berlaku perceraian sebagai jalan penyelesaian masalah.

3 Anak-anak menjadi mangsa  keruntuhan rumahtangga dan menyebabkan mereka hidup dalam keadaan terbiar tanpa penjagaan dan didikan yang sewajarnya.

 

Kesan Kerukunan Rumahtangga Terhadap Pembangunan Umat

1 Para pemimpin dan ilmuan yang berjaya kebiasaannya datang daripada latar belakang kekeluargaan yang baik dan didikan yang sempurna.

2 Kanak-kanak yang terdidik dalam keluarga yang harmoni dan bahagia akan melahirkan generasi yang bijak dan cemerlang.

3 Generasi inilah yang akan menjadi pemimpin tonggak pembangunan umat yang menjadi harapan agama, bangsa dan tanahair pada masa hadapan.

 

Persiapan Ke Arah Keluarga Bahagia

1 Ilmu pengetahuan.

-        Suami dan isteri hendaklah mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan ilmu berkaitan kekeluargaan agar menjamin perkahwinan yang bahagia dan berkekalan.

2 Ekonomi.

-        Perancangan awal dari sudut ekonomi perlulah ada agar tidak menjadi beban kepada pasangan suami isteri.

3 Akhlak.

-        Nilai-nilai murni hendaklah dipupuk dan disemai dalam diri, lebih-lebih lagi suami agar menjadi ikutan  isteri dan anak-anak.




Muat turun di sini :

>>> Nota PDF

>>> Nota MS Word

Thursday 29 October 2020

Salam Maulidurrasul 1442H : Ummah Rabbani Negara Harmoni

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda seluruhnya.

Hari ni 12 Rabiul Awwal 1442H, bersamaan dengan 29 Okober 2020 merupakan hari keputeraan Rasulullah SAW. Penutup segala nabi dan rasul, pembawa rahmat ke serata alam.

Bersempena dengan hari yang berbahagia ini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas baginda SAW sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada baginda di samping sama-sama kita menelusuri semula sirah perjuangan baginda dalam menegakkan Islam di muka bumi ini yang akhirnya sampai sinarnya kepada kita pada hari ini. Tanpa pengorbanan dan kegigihan baginda dalam menyampaikan dakwah, sudah tentu kita tidak akan merasai nikmat iman dan juga Islam seperti mana yang ada dan dapat kita lihat ketika ini.

Sollu alan Nabi.

صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم



Wednesday 28 October 2020

Modul Kecemerlangan SPM

 Muat Turun di sini: Modul Kecemerlangan SPM