Carian Web




Friday, 5 June 2020

NOTA KBSM - T5P13U4 - KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM (MAHAR DAN WALIMATUL URUS)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P13 - KAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM
UNIT : UNIT 4 - MAHAR DAN WALIMATUL URUS



Mahar Dan Kepentingannya
1 Pengertian mahar: Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah.
2 Hukum pemberian mahar adalah wajib. Ia sebagai tanda penghargaan, tanggungjawab dan kasih sayang.
3 Mahar terbahagi kepada dua, iaitu:
(         Mahar musamma.
-        Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
         Mahar misil.
-        Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri.
4 Kadar mahar – Islam tidak menentukan kadar mahar. Ia bergantung kepada persetujuan dan budi bicara kedua belah pihak bakal suami dan isteri. Kedudukan isteri dan kemampuan bakal suami diambilkira sebagai asas penentuannya.
5 Syarat mahar – Para ulama mazhab Syafie dan Hanbali menyatakan bahawa semua barang atau manfaat yang boleh dijadikan bayaran atau upah boleh dijadikan mahar. Contohnya wang, emas, perak, pengajaran al-Quran dan pekerjaan yang halal.
6 Hikmah diwajibkan mahar ialah:
(a    -    Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup bersama.
(b    -    Sebagai tanda kesanggupan suami untuk membina rumahtangga.
(c    -    Sebagai persiapan pertama bagi suami untuk memikul tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri.
(d    -    Menggembirakan hati isteri yang sanggup meninggalkan keluarga untuk memulakan hidup baru bersama suami.
(e    -    Memulia dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita.

Walimatul Urus
1 Pengertian walimatul urus: Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.
2 Hukum mengadakannya adalah sunat muakkad.
3 Adab walimatul urus, iaitu:
(a   -    Jamuan diadakan secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan sehingga membawa kepada pembaziran.
(b   -    Menjauhi amalan berlumba-lumba mengadakan walimatul urus sehingga menimbulkan riak dan bangga diri.
(c   -    Mengelakkan unsur-unsur maksiat dan khurafat seperti upacara tepung tawar untuk menolak bala.
(d   -    Mengelakkan percampuran bukan mahram tanpa batasan.
4 Hikmah walimatul urus ialah:
(a   -    Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat membina rumahtangga.
(b   -    Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
(c   -    Tanda tahniah dan selamat kepada pasangan pengantin.
(d   -    Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
(e   -    Mengikut ajaran agama dan sunnah Rasulullah SAW.



Related Posts:

  • SOALAN PERCUBAAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2021 - NEGERI SEMBILANSOALAN PERCUBAAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2021 - NEGERI SEMBILANBerikut merupakan soalan percubaan negeri-negeri yang diperolehi daripada pelbagai sumber.P/S : Terima kasih, jazakumullah kepada yang telah sudi berkongsi soalan pe… Read More
  • T2P10 – MENCARI YANG HALAL : InteraktifT2P10 – MENCARI YANG HALAL : InteraktifBerikut merupakan koleksi bahan interaktif bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 2.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapa… Read More
  • T5P12U1 - PERKAHWINANT5P12U1 - PERKAHWINANJom muat turun bahan yang boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing dan jadikan bilik darjah lebih mengujakan dengan kepelbagaian bahan yang dapat membant… Read More
  • Mujahadah Si Cilik - Ganti Imam"Ustaz, apa yang perlu makmum lakukan jika imam ada melakukan kesilapan semasa solat berjemaah?" Tanya Ikram memulakan bicara."Kesilapan yang bagaimana tu Ikram? Cuba berikan contoh atau situasi." Balas Ustaz Bakri."Contohnya… Read More
  • T2P24 – MALU PERISAI IMANT2P24 – MALU PERISAI IMANJom muat turun bahan yang boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing dan jadikan bilik darjah lebih mengujakan dengan kepelbagaian bahan yang dapat mem… Read More

0 komen:

Post a Comment