Friday 24 May 2019

Cuti Pertengahan Tahun

Hmm...

Dah nak cuti rupanya. Koleksi beberapa soalan percubaan tahun 2017 dan 2018 masih belum berjaya dimuatnaik untuk perkongsian di  sini. Adakah ini bermakna bahan-bahan tersebut hanya akan dapat diakses selepas cuti? Satu persoalan yang masih belum ada jawapan yang pasti. Satu saja yang pastinya untuk cuti kali ini iaitu perlu menanda kertas-kertas jawapan murid yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan pertengahan tahun.

Apapun, doakan ada ruang masa yang dapat dicari untuk mengisi blog ini dengan bahan-bahan lainnya lagi sementara cuti sekolah ini agar dapat dimanfaatkan oleh banyak pihak.

Selamat bercuti semua. Serta jangan lupa untuk memanfaatkan cuti ini sebaiknya, lebih-lebih lagi kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadan dan tidak lama lagi akan masuk ke fasa 10 hari terakhir.😇

Sunday 19 May 2019

MUNAJAT 3 - Modul Tajwid

 munajat_3


Muat turun di sini : >>> Munajat 3

Thursday 16 May 2019

MUNAJAT 2 - Modul Jawi

 munajat_2


Muat turun di sini : >>> Munajat 2

Friday 10 May 2019

MUNAJAT 1 - Modul Al-Quran

 munajat_1


Muat turun di sini : >>> Munajat 1

Tuesday 7 May 2019

Ramadhan 1440H

Alhamdulillah, syukur lillah.

Masih dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi yang Ramadhan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Aamiin.

Ramadhan maknanya puasa di siang hari dan berterawih pada waktu malam. Bangun awal pagi untuk bersahur dan menunggu dengan sabar di hadapan hidangan sambil berdoa menunggu masa berbuka. Semua ni hanya ada dalam bulan Ramadhan. Seronoknya.

Jom sama-sama berazam untuk perbaiki amalan kita, sama ada yang fardhu mahupun yang sunat. InsyaAllah.

Saturday 4 May 2019

MUNAJAT - Modul Unggul Al-Quran Jawi dan Tajwid

InsyaAllah dalam bulan Ramadan nanti, saya merancang untuk memuatnaik modul MUNAJAT. Buat masa ini, saya sedang dalam proses mengubah format modul ini ke dalam bentuk pdf supaya settingnya tak lari apabila dimuatnaik ke blog ini untuk perkongsian.

Cumanya bahan-bahan tu mungkin akan dipecahkan jadi tiga bahagian supaya saiznya lebih kecil dan mudah untuk dimuat turun oleh sesiapa yang berkenan untuk menggunakannya. Tapi pecahan tu pun ikut pembahagian modul juga la, bukan main pecah ikut suka hati ye.

Rumusan mudahnya, pecahan tu akan jadi begini la lebih kurangnya:
a) MUNAJAT 1 - Modul Al-Quran
b) MUNAJAT 2 - Modul Jawi
c) MUNAJAT 3 - Modul Tajwid



Mudah-mudahan bahan-bahan ini akan digunakan dengan sebaiknya oleh guru ataupun murid agar objektif pembinaan modul ini iaitu untuk meningkatkan kemahiran menjawab kertas 1223/2 dapat dicapai sepenuhnya. InsyaAllah, aamiin.