Tuesday 8 January 2019

Koleksi Soalan ITK

Hari ni saya nak kongsikan bahan lama yang disediakan secara berjemaah oleh murid-murid tingkatan 5 tahun 2015 sekolah saya. Bahan ini asalnya adalah tugasan yang diberikan kepada mereka sebagai satu cara untuk menguji tahap kefahaman mereka tentang bentuk soalan yang terdapat dalam bahagian A, kertas 1 Pendidikan Islam SPM.

Oleh itu, ada di antara bentuk soalan yang dihasilkan sebenarnya agak lari daripada bentuk soalan yang sepatutnya. Apapun, satu gambaran yang agak jelas telah dapat disimpulkan tentang tahap kefahaman mereka terhadap perkara yang sedang diuji melalui tugasan yang diberikan ini.


Muat turun di sini : >>> Koleksi Soalan ITK Ting 5 v1.0

Coretan Seminggu

Sudah tujuh hari berlalu...

Perancangan masih diatur rapi agar dapat memberi manfaat sebanyak mungkin untuk diri, keluarga dan orang lain. Itu tujuan kita hidup. Bukan untuk diri sendiri semata-mata.

Mari kita berdoa agar segalanya dipermudahkan. Fikir yang baik-baik, bercakap perkara yang baik-baik dan buat perkara yang baik-baik sahaja. InsyaAllah.

Tuesday 1 January 2019

Permulaan Baharu

Alhamdulillah, tahun 2019 menjelma. Memberi peluang kepada kita semua untuk memulakan satu perjalanan baharu walaupun segalanya bersifat belum pasti. Namun kita sebagai manusia tentunya perlu merancang dan mengatur kehidupan kita sebaiknya agar dapat berjalan dengan lancar.

Bagaimana? Sudah tentulah dengan menggunakan segala sumber yang ada pada kita. Masa, kewangan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, perancangan tersebut perlu dan wajib ada rasa tawakal dan berserah diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja dan dipermudahkan. Aamiin.