Carian Web




Friday, 4 February 2022

Mujahadah Si Cilik - Ganti Imam

"Ustaz, apa yang perlu makmum lakukan jika imam ada melakukan kesilapan semasa solat berjemaah?" Tanya Ikram memulakan bicara.

"Kesilapan yang bagaimana tu Ikram? Cuba berikan contoh atau situasi." Balas Ustaz Bakri.

"Contohnya, imam terlupa bilangan rakaat." Ikram memberikan contoh sama seperti yang berlaku pada waktu Zohor tadi.

"Oh, makmum perlu menyebut lafaz Subhanallah untuk memberi peringatan kepada imam. Sebab itulah kita galakkan makmum yang lebih faham tentang tatacara berjemaah untuk berdiri betul-betul di belakang imam atau sekurang-kurangnya berdekatan imam. Boleh lah dia nak tegur imam jika ada apa-apa hal yang berlaku. Nak gantikan imam pun boleh." Jelas Ustaz Bakri panjang lebar.

"Gantikan imam masa sedang solat pun boleh?" Serentak pertanyaan penuh kebingungan daripada Ikram dan Mail.

0 komen:

Post a Comment