Tuesday 18 June 2019

Alhamdulillah... Jumpa Akhirnya...



Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya, dapatlah juga akhirnya saya mencari solusi kepada masalah sebelum ini iaitu untuk meng'upload' Modul Interaktif Pendidikan Islam SPM tanpa perlu pengguna membuat muat turun terlebih dahulu. Maklumlah, menggunakan ruang percuma ni, ada cabarannya yang tersendiri.

Namun begitu, mungkin ada beberapa pelayar web @ web browser tertentu sahaja yang boleh memaparkan modul ini dengan paparan yang terbaik berdasarkan percubaan yang telah dibuat beberapa kali.

Bagi sesiapa yang berhajat untuk membuat latihtubi menggunakan modul tersebut, bolehlah mengaksesnya melalui pautan berikut:
>>> Modul Interaktif Pendidikan Islam SPM

2 komen: