NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM
Pengertian Zihar
1 Bahasa : Belakang.
2 Istilah : Suami menyamakan isterinya atau
mana-mana anggotanya dengan ibunya atau dengan mana-mana perempuan mahram
baginya.
3 Perkataan ini digunakan oleh orang Arab sebagai
kiasan bagi hubungan kelamin. Apabila suami melafazkan perkataan ini, dia telah
menyamakan isterinya dengan mahramnya dari segi pengharaman hubungan kelamin.
Hukum Zihar
1 Perbuatan zihar adalah haram dan berdosa besar.
2 Peristiwa zihar pernah berlaku pada zaman
Rasulullah SAW.
Rukun Dan Syarat Zihar
1 Berikut adalah rukun dan syarat zihar:
Rukun |
Syarat |
Suami |
1.
Baligh. Tidak sah zihar yang dilakukan oleh
kanak-kanak. 2.
Berakal. Tidak sah zihar yang dilakukan oleh
orang gila. 3.
Sah talak. Tidak sah zihar kepada isteri yang
berada dalam idah talak bain. 4.
Kemahuan sendiri. Tidak sah zihar yang dilakukan
kerana terpaksa. |
Isteri |
1.
Isteri yang sah. Tidak sah menzihar perempuan
yang bukan isteri sendiri. 2.
Zihar disandarkan kepada isterinya atau
mana-mana anggotanya. |
Orang
yang diserupakan dalam zihar |
1.
Perempuan. Tidak sah zihar jika diserupakan
dengan lelaki atau khunsa. 2.
Perempuan yang mahram dengan sebab nasab,
penyusuan atau persemendaan. |
Sighah |
1.
Jika lafaz yang digunakan jelas dan khusus,
tidak perlu kepada niat. Contohnya kata suami: “Engkau bagiku seperti
belakang ibuku.” 2.
Jika lafaz yang digunakan tidak jelas dan tidak
khusus, ia perlu kepada niat. Contohnya kata suami: “Engkau bagiku seperti
mata atau kepala ibuku.” |
Langkah Mengelak Daripada Berlaku Zihar
1 Langkah-langkah menghindari zihar ialah:
a) Tidak mengikut sifat Arab jahiliah apabila marah dan berselisih faham dengan isteri seperti menyamakan isteri dengan ibu atau mana-mana mahramnya.
b) Memahami konsep zihar sebenar.
c) Suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak tergesa-gesa menzihar isteri seperti yang diamalkan oleh orang-orang Arab jahiliah.
Kifarah Zihar
1 Perhubungan suami isteri menjadi haram apabila
suami melafazkan zihar sehingga suami membayar kifarah zihar.
2 Kifarah zihar adalah mengikut tertib berikut:
a) Memerdekakan seorang hamba mukmin.
b) Jika tidak mampu, suami wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut.
c) Jika tidak mampu berpuasa, suami wajib memberi makan kepada enam puluh orang miskin dengan kadar secupak bagi setiap orang. Makanan ini disyaratkan daripada jenis yang sah dikeluarkan zakat seperti beras.
Muat turun di sini :
>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam
0 komen:
Post a Comment