Thursday 12 November 2020

NOTA KBSM - T5P15U3 - MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA (IDAH PENANTIAN BAGI WANITA)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P15 - MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA
UNIT : UNIT 3 - IDAH PENANTIAN BAGI WANITA

Pengertian Idah

1 Bahasa : Tempoh pengiraan.

2 Istilah : Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.

 

Jenis Dan Tempoh Idah

1 Terbahagi kepada dua jenis, iaitu idah kematian suami dan idah perceraian.

2 Berikut adalah perincian bagi kedua-dua jenis idah:

Idah disebabkan perceraian hidup

Idah disebabkan kematian suami

Status isteri

Tempoh idah

Status isteri

Tempoh idah

Hamil

Hingga melahirkan anak

Hamil

Hingga melahirkan anak

Tidak hamil

Tiga kali suci

Tidak hamil

Empat bulan sepuluh hari

Putus haid

Tiga bulan

Putus haid

Empat bulan sepuluh hari

Belum disetubuhi

Tiada idah

Belum disetubuhi

Empat bulan sepuluh hari

 

Sebab Perbezaan Tempoh Jenis-Jenis Idah

1 Tempoh jenis-jenis idah dibezakan kerana sebab-sebab berikut:

                a) Idah bagi perempuan bercerai hidup.

-        Tempoh idah selama tiga kali suci dapat membersihkan rahim perempuan daripada benih hasil hubungan dengan bekas suaminya.

-        Bagi perempuan yang hamil, tempoh hingga melahirkan anak adalah cukup untuk menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kandungannya.


b) Idah bagi perempuan bercerai mati.

-        Tempoh idah selama empat bulan sepuluh hari sebagai tanda perkabungan dan kesedihan.


c) Idah bagi perempuan yang belum disetubuhi.

-        Rahimnya bersih daripada benih suaminya.

 

Hikmah Idah

1 Hikmah disyariatkan idah ialah:

a) Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya untuk mengelak daripada berlaku percampuran keturunan apabila isteri berkahwin dengan lelaki lain.

b) Memberi peluang kepada suami isteri untuk berfikir dan menyesal terhadap perbuatannya, mudah-mudahan dia merujuk kembali isterinya.

c) Menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan yang tinggi nilainya di sisi agama dan masyarakat.

d) Memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dan menjaga perasaan keluarganya terutama isteri. Tempoh idah dapat menenangkan fikiran isteri sebelum memulakan hidup baru.

 

Hak Dan Status Isteri Semasa Dan Selepas Idah

1 Hak semasa idah:

a) Isteri yang diceraikan dengan talak satu atau dua masih di bawah tanggungjawab suami. Dia berhak mendapat nafkah zahir, pakaian, tempat tinggal dan harta perwarisan. Semasa tempoh idah, isteri dilarang keluar dari rumah yang disediakan oleh suami tanpa keizinannya.

b) Isteri yang dalam tempoh idah talak bain tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal dan tidak mendapat hak perwarisan menurut jumhur ulama.

c) Isteri yang kematian suami berhak diberi tempat tinggal selama tempoh idahnya oleh waris terdekat dengan si mati, iaitu suaminya.

2 Hak selepas idah:

a) Isteri yang tamat tempoh idahnya tidak lagi mempunyai hubungan dengan bekas suaminya dan bebas menentukan kehidupannya sendiri. Mereka berhak berkahwin semula dan boleh dipinang oleh lelaki-lelaki yang ingin memperisterikannya.

 

Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Idah

1 Perkara-perkara yang dilarang semasa idah adalah seperti berikut:

Perkara-perkara yang dilarang

Semasa tempoh idah talak

Semasa tempoh idah kematian suami

Peminangan

Haram peminangan oleh lelaki lain secara terang dan sindiran.

Haram peminagan oleh lelaki lain secara terang. Harus secara sindiran.

Keluar dari rumah yang disediakan oleh suami

Tidka boleh keluar dari rumah tanpa izin suami kecuali keperluan yang dibenarkan oleh syarak.

Tidak boleh keluar rumah kecuali kerana keperluan yang dibenarkan oleh syarak.

Menghias diri

Perempuan dalam tempoh idah raji diharuskan berhias. Perempuan dalam tempoh idah bain disunatkan tidak berhias.

Haram berhias.

Perkahwinan

Haram berkahwin dengan lelaki bukan suaminya.

Haram berkahwin.

 

 

 Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :



>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam




0 komen:

Post a Comment