Carian Web




Wednesday, 25 November 2020

NOTA KBSM - T5P19U1 - ANAK AMANAH ALLAH (ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P19 - ANAK AMANAH ALLAH
UNIT : UNIT 1 - ANAK ANGKAT MENURUT PANDANGAN ISLAM



Pengertian Anak Angkat

1 Anak angkat: Anak yang dipelihara oleh bukan ibubapa kandungnya.

2 Biasanya pasangan suami isteri megambil anak angkat kerana sebab tertentu seperti tidak mendapat zuriat.

 

Hukum Mengambil Anak Angkat

1 Diharuskan dalam Islam.

2 Rasulullah sendiri mengambil Zaid bin Harisah sebagai anak angkat baginda sebelum diutus sebagai rasul.

 

Peraturan Pengambilan Anak Angkat

1 Haram menasabkan anak angkat kepada bapa angkat. Ia bertujuan memelihara nasab keluarga daripada tercemar dan bercampur aduk.

2 Batas pergaulan anak angkat walaupun dipelihara sejak kecil tetap dikira sebagai ajnabi. Oleh itu ia perlu dijaga supaya tidak menimbulkan fitnah.

3 Anak angkat tidak boleh mewarisi harta pusaka keluarga angkatnya dan begitulah juga sebaliknya. Dia hanya boleh mendapat harta melalui hibah, hadiah dan wasiat dengan syarat tidak melebihi satu pertiga daripada harta keluarga angkat.

 

Hikmah Larangan Membin Dan Membintikan Anak Angkat Kepada Bapa Angkat

1 Mengiktiraf keluarga bapa kandung dan mengekalkan kemuliaan pertalian nasab antara mereka.

2 Memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa kandungnya.

3 Menjaga batas pergaulan supaya aurat antara anak angkat dan keluarga angkatnya terpelihara.

4 Memelihara harta pusaka bapa kandung dan salasilah keluarga supaya tidak bercampur dengn anak angkat yang tiada hubungan nasab dengan mereka.

5 Memelihara hak wali nikah oleh bapa kandungnya dan mereka yang berhak menjadi wali.

 

 


Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :












>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam




Related Posts:

  • T4P25 – WASATIAH MENJAMIN KECEMERLANGAN UMAT : NotaT4P25 – WASATIAH MENJAMIN KECEMERLANGAN UMAT : NotaBerikut merupakan koleksi nota bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 4.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapa… Read More
  • T5P14U1 - WASIAT DALAM ISLAMT5P14U1 - WASIAT DALAM ISLAMJom muat turun bahan yang boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing dan jadikan bilik darjah lebih mengujakan dengan kepelbagaian bahan yang dapat … Read More
  • T4P23 – KHAUF DAN RAJA’ : Cadangan eRPHT4P23 – KHAUF DAN RAJA’ : Cadangan eRPHBerikut merupakan cadangan eRPH bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 4 yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang berhajat. Bahan ini boleh dimuat turun dan diedit mengiku… Read More
  • T4P16U1 – KONSEP MUAMALAT ISLAM : LatihanT4P16U1 – KONSEP MUAMALAT ISLAM : LatihanBerikut merupakan koleksi latihan bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 4.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan dapat… Read More
  • T5P15 – JENAYAH DALAM ISLAM : NotaT5P15 – JENAYAH DALAM ISLAM : NotaBerikut merupakan koleksi nota bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 5.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan dapat memberi m… Read More

0 komen:

Post a Comment