Carian Web




Wednesday, 11 November 2020

NOTA KBSM - T5P15U2 - MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA (RUJUK PENAWAR BAGI TALAK)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P15 - MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA
UNIT : UNIT 2 - RUJUK PENAWAR BAGI TALAK


Pengertian Rujuk

1 Bahasa : Kembali.

2 Istilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke pangkuannya.

3 Suami boleh merujuk isterinya yang diceraikan dengan talak satu atau dua dalam tempoh idah.

 

Rukun Rujuk

1 Rukun rujuk menurut mazhab Syafie ada tiga, iaitu:

a) Orang yang merujuk, iaitu suami atau wakilnya.

b) Orang yang dirujuk, iaitu isteri.

c) Lafaz rujuk (sighah).

-        Jelas (soreh) : “Aku rujuk engkau.”

-        Sindiran (kinayah) : ”Aku pegang engkau kembali.”

2 Para ulama mazhab Hanafi tidak meletakkan sighah sebagai rukun rujuk kerana berpendapat rujuk boleh berlaku dengan setiap perbuatan yang tidak haram dilakukan bersama suami isteri seperti berkucup dan melakukan persetubuhan.

3 Kaifiat rujuk ialah suami melafazkan perkataan rujuk seperti di atas dan sunat disaksikan oleh dua orang saksi.

 

Syarat Rujuk

1 Syarat rujuk berdasarkan kepada rukun rujuk seperti yang berikut:

                a) Suami.

-        Islam.

-        Baligh.

-        Berakal.

-        Kemahuan sendiri.


b) Isteri.

-        Islam.

-        Telah disetubuhi oleh suami.

-        Bukan perceraian secara fasakh atau khuluk.

-        Bukan dijatuhkan talak tiga.

-        Masih dalam tempoh idah.


c) Sighah.

-        Menggunakan lafaz rujuk seperti kata suami, “Aku rujuk engkau.”

-        Tidak bertaklik. Jika suami berkata, “ Aku rujuk jika engkau bersetuju.”

Rujuk tersebut tidak sah.

-        Tidak ditentukan masa. Jika suami berkata, “ Aku rujuk engkau selama tiga bulan.”

Rujuk itu juga tidak sah.

 

Hikmah Rujuk

1 Antara hikmah rujuk ialah:

a) Bertepatan dengan fitrah manusia yang ingin kembali ke pangkal jalan apabila melakukan kesilapan.

b) Suami dan isteri diberi peluang untuk menyambung semula hubungan mereka dengan keazaman dan sikap yang baru.

c) Suami dan isteri berkesempatan untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang lalu.

d) Dapat memberi ketenteraman jiwa.

e) Dapat menyatukan semula keluarga.

 

Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :


>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam




Related Posts:

  • T2P03 – LUASNYA KUASA ALLAH SWT : Nota 1T2P03 – LUASNYA KUASA ALLAH SWT : Nota 1   Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran Ayat 26 Hingga 27   قُلِ اللّٰهُمَّ مٰلِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَاۤءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاۤءُۖ وَتُعِز… Read More
  • T2P03 - LUASNYA KUASA ALLAH SWT : NotaT2P03 - LUASNYA KUASA ALLAH SWT : NotaBerikut merupakan koleksi nota bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 2.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan dapat membe… Read More
  • T2P02 – HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA : Nota 1T2P02 – HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA : Nota 1 Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran Ayat 18 شَهِدَ اللّٰهُ اَنَّهٗ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۙ وَالْمَلٰۤىِٕكَةُ وَاُولُوا الْعِلْمِ قَاۤىِٕمًاۢ بِالْقِسْطِۗ لَآ اِلٰهَ اِلَّا ه… Read More
  • T2P01 - ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH : NotaT2P01 - ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH : NotaBerikut merupakan koleksi nota bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 2.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan dapat m… Read More
  • T2P02 - HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA : NotaT2P02 - HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA : NotaBerikut merupakan koleksi nota bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 2.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan dapat… Read More

0 komen:

Post a Comment