Carian Web




Thursday, 12 November 2020

NOTA KBSM - T5P15U5 - MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA (KHULUK BUKTI KEADILAN ISLAM TERHADAP WANITA)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P15 - MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA
UNIT : UNIT 5 - KHULUK BUKTI KEADILAN ISLAM TERHADAP WANITA


Pengertian Khuluk Dan Hukumnya

1 Bahasa : Mencabut atau menanggalkan.

2 Istilah : Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluk. Kedua-dua lafaz tersebut dikaitkan dengan bayaran tertentu.

3 Contohnya isteri meminta diceraikan dengan tebus talak sebanyak RM1000, dan suaminya berkata, “Aku talak engkau dengan bayaran sebanyak itu.”

4 Suami tidak boleh merujuk semula isterinya kecuali dengan cara berkahwin semula dengan akad nikah dan mahar yang baharu.

5 Hukum khuluk adalah harus.

 

Hikmah Disyariatkan Khuluk

1 Antara hikmah disyariatkan khuluk ialah:

a) Penghormatan kepada isteri supaya boleh bertindak mengikut undang-undang syarak serta melepaskan diri daripada ikatan perkahwinan.

b) Mengelakkan kemungkinan berlaku penderhakaan atau nusyuz daripada pihak isteri seandainya dia terpaksa hidup bersama suami yang tidak disukainya.

c) Mengelakkan sifat ego suami yang suka menyalahgunakan kuasa sebagai ketua keluarga untuk bertindak sesuka hati.


Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :





>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam





Related Posts:

  • T2P17U3 – SOLAT KETIKA SAKIT : NotaT2P17U3 – SOLAT KETIKA SAKIT : NotaBerikut merupakan koleksi nota bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 2.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan dapat memberi … Read More
  • PDPR 2021 - 12 Oktober 2021 (2 AB)Assalamualaikum wbt...Tarikh : 12 Oktober 2021Masa : 11.30 - 1.00 petangKehadiran : Tingkatan 2 Al BiruniMedium PDPR : Google Meet dan Aplikasi TelegramBidang : FikahTajuk : Suci Daripada NajisTugasan/Aktiviti : Menyediakan s… Read More
  • T2P15U1 – SOLAT JUMAATT2P15U1 – SOLAT JUMAATJom muat turun bahan yang boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing dan jadikan bilik darjah lebih mengujakan dengan kepelbagaian bahan yang dapat memban… Read More
  • T4P23 – KHAUF DAN RAJA’ : NotaT4P23 – KHAUF DAN RAJA’ : NotaBerikut merupakan koleksi nota bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 4.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan dapat memberi manfa… Read More
  • T2P04U1 - HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN : InteraktifT2P04U1 - HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN : InteraktifBerikut merupakan koleksi bahan interaktif bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 2.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara d… Read More

0 komen:

Post a Comment