Carian Web




Thursday, 12 November 2020

NOTA KBSM - T5P15U4 - MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA (FASAKH MEMBENDUNG KEMUDARATAN DALAM RUMAHTANGGA)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P15 - MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA
UNIT : UNIT 4 - FASAKH MEMBENDUNG KEMUDARATAN DALAM RUMAHTANGGA



Pengertian Fasakh

1 Bahasa : Batal.

2 Istilah : Pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad nikah atau disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam rumahtangga.

3 Harus bagi isteri menuntut fasakh untuk menjaga kemaslahatan kedua-dua belah pihak.

 

Sebab Fasakh

1 Antara sebab yang membolehkan fasakh ialah:

                a) Suami tidak memberi nafkah.

-        Isteri berhak menuntut fasakh jika suami tidak mampu memberi nafkah zahir atau batin kepadanya.


b) Suami berpenyakit.

-        Untuk mengelakkan kemudaratan yang bakal dihadapi, isteri boleh menuntut fasakh sekiranya suami menghidap penyakit yang sukar diubati seperti mati pucuk, sopak, kusta dan aids.


c) Suami melakukan kezaliman terhadap isteri.

-        Isteri berhak menuntut fasakh sekiranya suami berlaku zalim ke atas isteri seperti memukul dan mengancam keselamatannya.


d) Suami hilang.

-        Fasakh boleh dituntut oleh isteri apabila suami hilang setelah enam bulan tempoh berlalu menurut pendapat mazhab Hanbali berdasarkan amalan Saidina Umar al-Khattab. Mazhab Maliki pula berpendapat tempohnya adalah setahun manakala mazhab Syafie berpendapat tempohnya empat tahun. Ini kerana kemudaratan yang disebabkan kehilangan suami adalah sama dengan kemudaratan yang disebabkan suami tidak memberi nafkah zahir dan batin.


e) Murtad.

-        Apabila suami atau isteri murtad, perkahwinan akan terbubar kerana Islam merupakan salah satu syarat sah perkahwinan.

 

Proses Menuntut Fasakh

1 Apabila isteri menuntut fasakh, pihak mahkamah akan menyiasat alasan dan bukti yang dikemukakan isteri.

2 Jika sabit kesalahan dan tiada jalan untuk perdamaian, mahkamah akan membubarkan perkahwinan mereka.

 

Kesan Fasakh

1 Kesan perpisahan secara fasakh ialah:

a) Suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh idah.

b) Mereka boleh berkahwin semula dengan akad nikah dan mahar yang baharu.

 

Hikmah Diharuskan Fasakh

1 Antara hikmah diharuskan fasakh ialah:

a) Memberi peluang kepada isteri membuat tuntutan pembatalan perkahwinan.

b) Mengelakkan daripada kemudaratan yang akan ditanggung oleh isteri sekiranya ikatan perkahwinan diteruskan.

c) Peringatan kepada suami agar bertanggungjawab dalam menunaikan hak-hak isteri dan keluarga.

d) Menghindarkan suasana yang tidak baik terhadap perkembangan fizikal, mental dan emosi anak-anak.

e) Menyelamatkan akidah isteri dan anak-anak ekoran daripada suami yang murtad.


 Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :




>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam




Related Posts:

  • T2P10 – MENCARI YANG HALAL : NotaT2P10 – MENCARI YANG HALAL : NotaBerikut merupakan koleksi nota bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 2.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapan dapat memberi ma… Read More
  • TEKNIK MENJAWAB : Teknik EZ JaK v2.0TEKNIK MENJAWAB : Teknik EZ JaK v2.0Bismillahi walhamdulillah.Akhirnya, dengan inayah dan ilham yang diberikan-Nya, dapat juga disiapkan Teknik EZ JaK v2.0 sebagai satu buah tangan khusus untuk memudahkan murid-murid sekalian… Read More
  • TEKNIK MENJAWAB : Teknik KABUS SUKA v2.0TEKNIK MENJAWAB : Teknik KABUS SUKA v2.0Alhamdulillah, terdapat sedikit pembaharuan dan kemaskini dalam teknik yang dinamakan Teknik KABUS SUKA ni setelah beberapa tahun.Pengunjung semua boleh muat turun teknik ni segera.Muat… Read More
  • TEKNIK MENJAWAB : Teknik MASTer JeN v2.0TEKNIK MENJAWAB : Teknik MASTer JeN v2.0Bismillahirrahmanirrahim.Kali ni ustaz ada membuat sedikit penambahan dalam teknik menjawab untuk bentuk soalan yang biasa ditanya dalam Pendidikan Islam SPM iaitu soalan dengan kata tu… Read More
  • TEKNIK MENJAWAB : Teknik Menjawab KBAT Dalam banyak-banyak soalan di tempat yang saya dijemput untuk memberikan ceramah dan perkongsian pada tahun lalu, cara menjawab KBAT masih lagi menjadi antara persoalan yang lazim walaupun sebenarnya perkara ini sudah… Read More

1 komen: