Carian Web




Wednesday, 25 November 2020

NOTA KBSM - T5P17 - KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P17 - KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN



Konsep Kemahiran Keibubapaan

1 Ibubapa wajib menjaga, mendidik dan menunaikan segala hak anak-anak sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

2 Ibubapa berkemahiran akan dapat membentuk anak-anak menjadi soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

3 Hasil usaha dan pengorbanan yang dilakukan untuk mencapai matlamat ini akan dibalas oleh Allah melalui doa anak-anak mereka yang soleh.

 

Hukum Melaksanakan Tanggungjawab

1 Ibubapa wajib melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak.

2 Tanggungjawab ini akan dipersoalkan pada hari akhirat kelak.

 

Cara Melaksanakan Tanggungjawab

1 Semasa mengandung.

a) Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ketaatan dan menjauhi maksiat.

b) Menunaikan kewajipan agama dan bersabar serta melazimi membaca al-Quran.

c) Bapa hendaklah sentiasa menjaga akhlak dan berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.

d) Bapa bertanggungjawab memastikan keselamatan isteri dan kandungannya.

e) Ibu dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa sebagaimana dinasihatkan oleh ahli perubatan.

f) Makan makanan seimbang dan dari sumber yang halal.

g) Ibu hendaklah banyak berehat untuk mengelakkan tekanan perasaan di samping memelihara kesihatan janin serta menjauhinya daripada pengaruh negatif.

 

2 Selepas memperoleh anak.

                a) Tanggungjawab terhadap bayi yang baru lahir.

-        Azan dan iqamah di telinga bayi.

-        Mentahnik.

-        Menamakannya dengan nama yang baik.

-        Mencukur rambutnya serta memberi sedekah sekadar nilai emas atau perak yang sama berat dengan timbangan seluruh rambutnya.

-        Melakukan akikah.


b) Pendidikan Islam.

-        Mengajar anak-anak sejak kecil dengan asas keimanan seperti rukun-rukun iman, Islam dan prinsip syariat serta membiasakan mereka mentaati perintah Allah.


c) Pendidikan moral.

-        Menanamkan prinsip-prinsip akhlak dan budi luhur ke dalam diri anak-anak semenjak usia mumaiyiz hingga baligh dan hingga dewasa.

-        Mengasuh anak-anak dengan adab-adab seperti bercakap benar, amanah, suka membantu orang yang memerlukan bantuan, menghormati orang tua, menghormati tetamu, berbuat baik kepada jiran dan saling menyayangi sesama manusia.

-        Menjauhkan anak-anak daripada sifat-sifat tercela seperti memaki hamun, berdusta, mencuri dan sebagainya.


d) Pendidikan jasmani.

-        Ia meliputi penjagaan kesihatan tubuh badan seperti menjaga makan dan minum, tidur, kebersihan dan bersukan.


e) Pendidikan intelektual.

-        Ia bermaksud pendidikan yang berkaitan akal dan pemikiran yang bertujuan membentuk pemikiran anak-anak dengan pelbagai ilmu seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.


f) Pendidikan rohani.

-        Mendidik anak-anak dengan sifat berani, sabar, cekal dan tekun.

-        Menjauhkan anak-anak daripada sifat negatif seperti malu yang tidak bertempat, takut, rendah diri, dengki dan pemarah.

-        Matlamat pendidikan rohani ialah membentuk keperibadian anak agar mereka dapat menjalankan tugas dan kewajipan dengan sempurna, berfikiran matang, bercita-cita tinggi dan berani.


g) Pendidikan sosial.

-        Anak-anak hendaklah diajar tentang konsep persaudaraan sesama Islam, adab berziarah, menghormati hak orang lain dan sebagainya.

-        Antara perkara yang mesti ditekankan ialah batas-batas aurat dan peraturan pergaulan antara lelaki dan wanita sebagaimana yang digariskan oleh Islam.




Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :










>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam




0 komen:

Post a Comment