Wednesday 25 November 2020

NOTA KBSM - T5P18 - UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P18 - UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM



Maksud Undang-Undang Keluarga Islam

1 Undang-undang keluarga Islam di Malaysia bermaksud undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keduanya di kalangan orang Islam.

2 Setiap negeri di Malaysia mempunyai undang-undang keluarga Islam yang tersendiri yang terpakai di negeri berkenaan sahaja.

3 Undang-undang tersebut ditadbir oleh enakmen pentadbiran hukum syarak atau undang-undang Islam di negeri masing-masing.

 

Sejarah Ringkas Penubuhan Mahkamah Syariah

1 Undang-undang Islam telah lama diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris. Buktinya kewujudan Hukum Kanun Melaka yang meliputi bidang jenayah, muamalat, keluarga, acara keterangan serta undang-undang pentadbiran dan pemerintahan.

2 Apabila Inggeris menjajah Tanah Melayu, mereka memisahkan aspek kenegaraan dengan keagamaan. Undang-undang Islam hanya terpakai dalam aspek kekeluargaan dan tertakluk dalam bidang kuasa pemerintah Inggeris.

3 Tahun 1980 – Inggeris mewujudkan Ordinan Perkahwinan Muhammad yang membolehkan penubuhan mahkamah syariah.

4 Sekitar tahun 40an – Kuasa pentadbiran hal ehwal orang Islam diletakkan di bawah majlis agama Islam negeri-negeri.

5 Tahun 1989 – Pentadbiran mahkamah syariah dipisahkan daripada majlis agama Islam negeri.

6 1 Mac 1998 – Bagi penyusunan semula mahkamah syariah, maka Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ditubuhkan dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

 

Undang-Undang Keluarga Islam Yang Terdapat Di Malaysia

1 Enakmen keluarga Islam negeri-negeri yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut:

a) Enakmen undang-undang keluarga Islam Johor, No. 5/1990.

b) Enakmen keluarga Islam Kedah, Bil. 1/1984.

c) Enakmen keluarga Islam Kelantan, No. 1/1983.

d) Enakmen keluarga Islam Melaka, No. 8/1983.

e) Enakmen undang-undang keluarga Islam Negeri Sembilan, No. 7/1983.

f) Enakmen undang-undang keluarga Islam Pahang, No.3 /1991.

g) Enakmen undang-undang keluarga Islam Perak, Bil. 13/1991.

h) Enakmen pentadbiran undang-undang keluarga Islam Perlis, Bil. 2/1992.

i) Enakmen undang-undang keluarga Islam negeri Pulau Pinang, Bil. 2/1985.

j) Undang-undang keluarga Islam Sabah, No. 15/1992.

k) Ordinan undang-undang keluarga Islam Sarawak, No. 5/1991.

l) Enakmen undang-undang keluarga Islam Selangor, No. 4/1984.

m) Enakmen undang-undang pentadbiran keluarga Islam Terengganu, Bil. 12/1985.

n) Akta undang-undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan, (A303) 1984 pindaan (A828).

 

Bidang Kuasa Mahkamah Syariah

1 Bidang kuasa mal.

a) Mendengar dan memutuskan prosiding di kalangan orang Islam yang berkaitan dengan perkara-perkara berikut:

i.       Pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan (fasakh) atau perpisahan.

ii.      Sebarang pelupusan atau tuntutan kepada harta yang wujud daripada perkara-perkara tersebut (perkara i)

iii.     Nafkah, kesahtarafan atau penjagaan kanak-kanak.

iv.     Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian.

v.      Wasiat atau pemberian ketika hampir mati seseorang Islam.

vi.     Pemberian semasa hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan dengan wang atau nilai wang oleh seseorang Islam.

vii.   Wakaf dan nazar.

viii.  Menentu atau membahagikan harta berwasiat dan tidak berwasiat orang Islam.

ix.     Perkara lain yang berkaitan dengan bidang kuasa yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

2 Bidang kuasa jenayah.

a) Berdasarkan akta mahkamah syariah (bidang kuasa jenayah) 1984, mahkamah syariah diberi kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5000 atau sebat enam rotan atau kedua-duanya sekali.

 

 

Struktur Organisasi Mahkamah Syariah

1 Berikut adalah tiga peringkat mahkamah syariah di Malaysia, iaitu:

a) Mahkamah rendah syariah.

b) Mahkamah tinggi syariah.

c) Mahkamah rayuan syariah.

 

Peranan Mahkamah Syariah

1 Khidmat nasihat.

a) Mahkamah syariah menyediakan khidmat runding cara, perdamaian dan pertemuan antara suami isteri yang bertelingkah. Sebahagian kes dapat diselesaikan melalui cara ini.

2 Menyelesaikan kes.

a) Kes-kes yang berada di bawah bidang kuasa mahkamah syariah akan diselesaikan secara adil dan saksama.

3 Memberi maklumat perundangan kepada orang ramai.

a) Berusaha memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat tentang maklumat perundangan dari semasa ke semasa.



Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :











>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam




0 komen:

Post a Comment