Carian Web




Wednesday, 25 November 2020

NOTA KBSM - T5P16 - POLIGAMI

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P16 - POLIGAMI



Pengertian Poligami Dan Hukumnya

1 Poligami: Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih empat orang isteri pada satu masa.

2 Hukum poligami ialah harus.

 


Syarat Berpoligami

1 Orang yang ingin berpoligami wajib memenuhi syarat-syarat berikut, iaitu:

                a) Tidak melebihi empat isteri.

-        Amalan berpoligami dalam Islam dibataskan kepada empat orang isteri.

-        Perkahwinan yang melebihi bilangan ini adalah terbatal.


b) Boleh berlaku adil.

-        Keadilan yang dimaksudkan ialah dari aspek lahiriah seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan giliran bermalam.

-        Kasih sayang tidak termasuk dalam pengertian keadilan kerana berada di luar kawalan manusia.

-        Suami tidak boleh menzahirkannya dalam bentuk tindakan agar tidak mengecilkan hati mana-mana pihak.


c) Mampu dari segi jasmani dan kewangan.

-        Orang yang hendak berpoligami mestilah mempunyai kemampuan dari segi jasmani dan kewangan.

-        Kekurangan dua aspek ini akan menyebabkan suami tidak dapat memenuhi keperluan keluarganya yang semakin bertambah.

 


Kesan Berpoligami Yang Tidak Mengikut Syarat

1 Mengundang kemurkaan Allah.

2 Timbul perasaan tidak puas hati antara isteri-isteri menyebabkan berlakunya pergaduhan.

3 Anak-anak tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada keluarga.

 


Hikmah Poligami

1 Antara hikmah poligami ialah:

                a) Menyambung keturunan.

-        Poligami merupakan jalan penyelesaian untuk mendapatkan zuriat dalam situasi isteri yang sakit, mandul atau sebab-sebab tertentu.


b) Membela anak yatim dan wanita.

-        Anak memerlukan pembelaan dan kasih sayang daripada seorang bapa. Wanita yang tidak bersuami sama ada janda atau gadis memerlukan perlindungan.

-        Pengabaian dua golongan ini akan menyebabkan timbul pelbagai masalah dalam masyarakat.


c) Mengelakkan diri daripada maksiat.

-        Maksiat dapat dielakkan oleh lelaki yang tidak memadai dengan seorang isteri.


d) Mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

-        Lelaki yang berpoligami dan melaksanakan tanggungjawab dengan adil akan mendapat ganjaran daripada Allah.

-        Keadilan yang diamalkan pula akan menjamin keadaan aman dan harmoni dalam rumahtangga.



Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :









>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam




Related Posts:

  • PDPR 2021 - 29 Oktober 2021 (2 IN)Assalamualaikum wbt...Tarikh : 29 Oktober 2021Masa : 11.30 - 1.00 petangKehadiran : Tingkatan 2 Ibnu NafisMedium PDPR : Google Meet dan Aplikasi TelegramBidang : FikahTajuk : Solat Jumaat Wadah KesatuanTugasan/Aktiviti : Pemb… Read More
  • Mujahadah Si Cilik - Kiamat"Bangun semua, bangun! Dah kiamat ni!" Jerit Ikram melalui pembesar suara."Wei, kau ni kenapa pula Ikram?" Tanya Zali kehairanan mendengar pengumuman kawannya yang tergesa-gesa masuk melalui pintu depan surau."Kau tak dengar … Read More
  • T2P14 – SOLAT BERJEMAAH PENGIKAT HATIT2P14 – SOLAT BERJEMAAH PENGIKAT HATIJom muat turun bahan yang boleh memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.Gunakan mengikut kesesuaian masing-masing dan jadikan bilik darjah lebih mengujakan dengan kepelbagaian bahan ya… Read More
  • T4P10U2 – AL-JABBAR : Cadangan eRPHT4P10U2 – AL-JABBAR : Cadangan eRPHBerikut merupakan cadangan eRPH bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 4 yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang berhajat. Bahan ini boleh dimuat turun dan diedit mengikut keperlu… Read More
  • T5P16 – KERAJAAN UTHMANIAH : InteraktifT5P16 – KERAJAAN UTHMANIAH : InteraktifBerikut merupakan koleksi bahan interaktif bagi subjek Pendidikan Islam KSSM tingkatan 5.Koleksi ini akan ditambah dari semasa ke semasa dalam pelbagai bentuk dan cara dengan harapa… Read More

0 komen:

Post a Comment