NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM
1 Bahasa : Laknat.
2 Sumpah suami yang disertakan dengan laknat
daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap
isteri atau untuk menafikan nasab.
3 Lian juga bermaksud sumpah isteri yang disertakan
dengan kemurkaan Allah untuk menolak tuduhan zina suaminya.
Sebab Berlaku Lian
1 Apabila suami menuduh isterinya berzina tanpa
membawa empat orang saksi untuk membenarkan tuduhannya, dia boleh disabitkan kesalahan
qazaf atau tuduhan zina dan dikenakan sebat lapan puluh rotan.
2 Untuk mengelakkan hukuman tersebut, suami
hendaklah bersumpah lian untuk membenarkan tuduhannya. Sementara isteri pula
hendaklah bersumpah lian bagi menolak tuduhan suaminya jika tidak mengaku
bersalah.
3 Tetapi jika dakwaan suami benar berdasarkan empat
orang saksi, isteri pula mengaku bersalah, dia dihukum rejam mengikut
undang-undang Islam.
Proses Lian
1 Para ulama menggariskan proses lian sebagaimana berikut:
a) Suami bersumpah di hadapan hakim.
-
Dengan lafaz: “Aku bersaksi dengan nama Allah
bahawa tuduhan zina terhadap isteriku adalah benar.”
-
Dia hendaklah mengulangi lafaz ini sebanyak empat
kali berturut-turut.
-
Jika hendak dinafikan keturunan anaknya, suami
hendaklah menambah pada keempat-empat sumpah lian dengan lafaz: “Sesungguhnya
anak yang dilahirkan oleh isteriku itu bukan daripadaku.”
- Pada sumpah yang kelima suami bersumpah dengan lafaz: “Sesungguhnya laknat Allah akan menimpa diriku jika aku berdusta dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku.”
b) Isteri bersumpah di hadapan hakim.
-
Dengan lafaz: “Aku bersaksi dengan nama Allah
bahawa tuduhan zina yang dibuat oleh suamiku terhadap diriku adalah dusta.”
-
Dia hendaklah mengulangi lkafaz ini sebnayak empat
kali berturut-turut.
-
Pada kali yang kelima, isteri bersumpah dengan
lafaz: “Sesungguhnya kemurkaan Allah akan menimpa diriku jika tuduhan suamiku
benar.”
Implikasi Lian Terhadap Suami Isteri
1 Sumpah lian memberi implikasi kepada suami isteri, antaranya ialah:
a) Suami isteri terpisah selepas sumpah lian.
b) Suami tidak lagi boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya itu selama-lamanya.
c) Suami yang membuat tuduhan dilepaskan daripada hukuman qazaf.
d) Isteri akan dikenakan had zina jika tidak menolak tuduhan dengan sumpah lian.
e) Anak yang dinafikan dalam sumpah lian ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah.
f) Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya.
Hikmah Disyariatkan Lian
1 Hikmah disyariatkan lian ialah:
a) Suami dapat mencari jalan penyelesaian secara adil dan diredhai Allah.
b) Isteri dapat menjaga maruahnya daripada tercemar dengan melakukan sumpah lian di hadapan orang ramai.
c) Suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya daripada dicemari oleh isteri yang melakukan perbuatan zina.
Muat turun di sini :
>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam
0 komen:
Post a Comment