Wednesday 25 November 2020

NOTA KBSM - T5P19U2 - ANAK AMANAH ALLAH (HADHANAH - HAK DAN TANGGUNGJAWAB UNTUK ANAK)

NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM


TINGKATAN : TINGKATAN LIMA
BIDANG : IBADAH
TAJUK : T5P19 - ANAK AMANAH ALLAH
UNIT : UNIT 2 - HADHANAH - HAK DAN TANGGUNGJAWAB UNTUK ANAK



Pengertian Hadhanah

1 Hadhanah: Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

2 Merangkumi penjagaan jasmani, rohani dan akal mereka agar mampu menghadapi hidup dan memikul tanggungjawab apabila dewasa.

3 Hukum hadhanah bagi anak yang belum mampu berdikari adalah wajib.

4 Orang yang mengabaikan tanggungjawab ini adalah berdosa.

 


Hak Hadhanah

1 Ia wajib dilaksanakan walaupun berlaku perceraian antara suami dan isteri.

2 Ibu adalah orang yang paling berhak memelihara anaknya.

3 Jika ibu hilang kelayakan hak hadhanah, hak itu berpindah kepada individu berikut mengikut susunan keutamaan:

a) Nenek sebelah ibu hingga ke atas.

b) Bapa.

c) Nenek sebelah bapa hingga ke atas.

d) Datuk.

e) Saudara perempuan seibu sebapa.

f) Saudara perempuan seibu.

g) Saudara perempuan sebapa.

h) Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa.

i) Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu.

j) Anak perempuan kepada saudara perempuan sebapa.

k) Emak saudara sebelah ibu.

l) Emak saudara sebelah bapa.

m) Waris lelaki yang boleh menerima usbah.

4 Orang lelaki yang berhak dalam penjagaan kanak-kanak perempuan hanyalah mahram kepada kanak-kanak tersebut.

5 Sekiranya terdapat beberapa orang daripada peringkat yang sama mempunyai kelayakan untuk memelihara kanak-kanak tersebut, keutamaan diberikan kepada orang yang mempunyai sifat paling mulia dan pengasih.

 

Syarat Orang Yang Mendapat Hak Hadhanah

1 Orang yang diberi hak menjaga anak hendaklah mempunyai syarat berikut:

            a) Islam - Tidak sah hadhanah bagi orang kafir.

b) Sempurna akal - Tidak sah hadhanah bagi orang gila.


c) Dewasa - Berusia matang hingga melayakkan memberi jagaan dan kasih sayang yang diperlukan kanak-kanak.


d) Berakhlak mulia dan memelihara kehormatan diri.

 


Sebab-Sebab Gugur Hak Hadhanah

1 Seseorang yang layak mendapat hak hadhanah akan hilang kelayakannya dalam keadaan berikut:

a) Berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian nasab dengan kanak-kanak tersebut. Hak hadhanah akan kembali kepadanya apabila perkahwinannya dengan lelaki tersebut dibubarkan.

b) Berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terang-terangan.

c) Berpindah tempat kediaman untuk menghalang bapa kanak-kanak menziarahinya.

d) Cuai atau menganiaya kanak-kanak tersebut.

e) Murtad. Gugur hak hadhanah apabila keluar daripada Islam.

 

Tempoh Hadhanah

1 Ia berakhir apabila kanak-kanak tidak lagi memerlukan pemeliharaan disebabkan telah dewasa dan dapat berdikari serta mampu menguruskan segala keperluan asas seperti makanan, pakaian dan sebagainya.

2 Jika kanak-kanak tersebut mencapai umur mumaiyiz, dia berhak memilih untuk tinggal sama ada dengan ibunya atau bapanya.

 

 


Muat turun di sini :


>>> Nota MS Word


Pautan lain siri ini :


>>> T5P19 - Anak Amanah Allah












>>> T5P15 - Masalah Rumahtangga Dan Penyelesaiannya





>>> T5P13 - Kaifiat Perkahwinan Dalam Islam

>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam




 


0 komen:

Post a Comment