Tuesday 21 March 2023

NOTA T2P24 – MALU PERISAI IMAN

T2P24 – MALU PERISAI IMAN

 

Maksud Malu

1 Malu dari segi bahasa ialah kembali kepada perasaan fitrah dan rasa segan. Maksudnya dari segi istilah pula ialah berasa aib atau perasaan tidak selesa untuk melakukan sesuatu yang buruk kerana tidak mahu dihina.

 

Dalil Nakli Berkenaan Malu

1 Firman Allah SWT:

(Surah al-Qasas : Ayat 25)

Maksud: Kemudian salah seorang perempuan dua beradik itu datang mendapatkan Musa dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu malu sambil berkata “Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu kerana memberi minum binatang ternakan kami”...

 

2 Sabda Rasulullah SAW:

(a)    Hadis daripada Anas RA:

Maksud: Sesungguhnya bagi setiap agama itu ada akhlak, akhlak Islam itu adalah malu.

 

 

(b)   Daripada Basyir bin Kaab dalam kitab Al-Hikmah:

Maksud: Sesungguhnya orang yang mempunyai sifat malu ada kemuliaan dan ketenangan jiwa.

 

 

(c)    Daripada Abu Mas’ud al-Ansari al-Badri RA:

Maksud: ... apabila kamu tidak malu maka buatlah apa-apa yang kamu suka.

 

3 Hadis ini menunjukkan bahawa sifat malu merupakan cerminan maruah diri seseorang. Tiadanya perasaan malu menyebabkan seseorang akan mudah melakukan dosa kerana telah hilang maruah diri.

4 Malu ialah adab yang baik, mempunyai kelebihan dan menunjukkan sifat mulia seseorang.

 

Contoh Sifat Malu Amalan Rasulullah SAW

1 Rasulullah SAW mengamalkan banyak ibadah kerana sifat malu kepada Allah SWT dan untuk menjadi hamba yang bersyukur.

2 Ini dapat dilihat daripada jawapan Rasulullah SAW apabila ditanya tentang kegigihan baginda menunaikan solat malam sehingga bengkak kedua-dua belah kaki:

Maksud: Adakah aku ini hamba yang tidak bersyukur?

 

Sifat Malu Yang Dituntut

1 Malu melakukan maksiat dan perkara haram. Contohnya malu berjudi, mengumpat dan mengutuk rakan.

2 Malu melanggar perintah Allah. Contohnya tidak menunaikan solat fardu, makan di khalayak ramai pada siang hari bulan Ramadhan.

3 Malu meninggalkan perkara sunat. Contohnya tidak menunaikan solat sunat rawatib, tidak menderma ketika rakan ditimpa musibah.

4 Malu melakukan perkara makruh. Contohnya makan dengan tangan kiri, berbual kosong dan bercakap tidak sopan.

 

Sifat Malu Yang Dilarang

1 Malu belajar:

(a)    Malu berada di hadapan dalam kelas.

(b)   Malu membaca di khalayak ramai.

(c)    Malu ke majlis ilmu.

(d)   Malu bertanya guru.

(e)    Malu mendampingi ulama.

2 Malu melakukan perintah agama:

(a)    Malu menjadi imam solat.

(b)   Malu berucap di hadapan khalayak.

(c)    Malu mengaku ibu yang tua dan miskin.

3 Malu melakukan kebaikan:

(a)    Malu bertanya.

(b)   Malu berada dalam majlis ilmu.

 

Hubungan Sifat Malu Dengan Iman

1 Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda:

Maksud: Malu itu sebahagian daripada iman.

 

2 Hadis di atas menjelaskan bahawa tahap iman seseorang berkait rapat dengan sifat malu.

3 Malu yang dimaksudkan ialah malu yang menepati kehendak syarak dan yang membawa kebaikan.

4 Orang beriman sentiasa malu untuk melakukan larangan Allah SWT dan meninggalkan suruhan-Nya.

5 Sebaliknya orang yang tidak ada sifat malu akan melakukan maksiat tanpa segan silu.

6 Oleh itu, keimanan dan ketaatan seseorang itu berkait rapat dengan sifat malu.

 

Kepentingan Sifat Malu

1 Wujud perasaan takut dan segan untuk melakukan maksiat kepada Allah yang Maha Melihat.

2 Benteng keimanan agar maruah diri terjaga dan terhindar daripada terjebak dengan gejala tidak bermoral.

3 Berlumba-lumba mentaati Allah SWT dan rasul serta mengharapkan redha-Nya.

4 Kecantikan akhlak dan kemuliaan insan seseorang yang pemalu akan terserlah.

5 Sentiasa terhindar daripada melakukan maksiat.

 

 

0 komen:

Post a Comment