Sunday 12 March 2023

NOTA T2P20 – TERBITNYA FAJAR DAKWAH

T2P20 – TERBITNYA FAJAR DAKWAH

 

Dakwah Secara Sulit

1 Mulanya dakwah Rasulullah SAW apabila turun wahyu daripada Allah SWT.


2 Firman Allah SWT:

(Surah al-Muddatsir : Ayat 1-5)

Maksud: Wahai orang yang berselimut, bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya. Dan bersihkanlah pakaianmu. Dan tinggalkanlah perbuatan yang keji.

 

3 Baginda melaksanakan dakwah secara sulit terlebih dahulu.

4 Pada peringkat ini:

(a)    Baginda menyeru individu daripada keluarga terdekat dan sahabat yang rapat.

-        Antaranya:

                                                    i.     Saidatina Khadijah, iaitu isteri baginda

                                                   ii.     Ali bin Abi Talib, iaitu sepupu baginda

                                                  iii.     Zaid bin Harisah, iaitu pembantu baginda

-        Diikuti Abu Bakar as-Siddiq, iaitu sahabat baik baginda yang kemudiannya berjaya berdakwah kepada orang berpengaruh dalam masyarakat seperti:

                                                    i.     Uthman bin Affan

                                                   ii.     Abdul Rahman bin Auf

(b)   Dakwah secara sulit ini mengambil masa hampir tiga tahun.

(c)    Umat Islam berjumpa dan solat secara bersembunyi di lorong atau di lembah yang jauh daripada pengetahuan awam dalam tempoh ini.

(d)   Rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam menjadi pusat penyebaran Islam pada masa itu.

 

Dakwah Secara Terang-Terangan

Dakwah secara terang-terangan boleh dibahagikan kepada dua:

1 Kepada kaum kerabat:

(Surah al-Syu’ara : Ayat 214)

Maksud: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang terdekat.

 

2 Kepada masyarakat awam:

(Surah al-Hijr : Ayat 94)

Maksud: Oleh itu sampaikanlah secara berterus-terang apa-apa yang diperintahkan kepada kamu (wahai Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrikin itu.

 

Strategi Dakwah

1 Berikut strategi dakwah Rasulullah SAW:

(a)    Ucapan awam.

-        Baginda naik ke bukit Safa dan mengajak masyarakat Mekah beriman kepada Allah SWT dan meyakini hari kiamat.

(b)   Mencari sokongan.

-        Rasulullah SAW bertemu kabilah-kabilah yang datang ke Mekah pada setiap musim haji pada waktu malam untuk mengelak gangguan kafir Quraisy.

(c)    Mencari tempat selamat.

-        Sebahagian umat Islam diperintahkan agar berhijrah ke Habsyah yang aman dan mempunyai raja yang baik.

(d)   Mengadakan jamuan.

-        Seluruh keluarga Bani Mutalib dijemput ke jamuan makan dan kemudian Rasulullah SAW menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.

 

Hikmah Strategi Dakwah

1 Secara sulit:

(a)    Memantapkan akidah umat Islam yang masih baru dengan ajaran Islam.

(b)   Memastikan ajaran Islam dapat diterima tanpa gangguan.

(c)    Untuk kemaslahatan dan menyelamatkan nyawa umat Islam yang menjadi penggerak dakwah.

2 Secara terang-terangan:

(a)    Menyuntik semangat berdakwah dalam diri umat Islam.

(b)   Menimbulkan rasa tanggungjawab umat Islam untuk menegakkan syiar Islam.

(c)    Kemaslahatan untuk menyelamatkan nyawa umat Islam yang menjadi penggerak dakwah.

 

Faktor Penentangan Kaum Musyrikin

1 Faktor penentangan mereka:

(a)    Agama.

-        Mereka percaya kepada tuhan yang berbilang iaitu kepercayaan nenek moyang mereka. Mereka menolak keesaan Allah SWT dan menafikan hari kebangkitan.

(b)   Sosial.

-        Mereka berpegang kuat dengan semangat perkauman dan mengamalkan perhambaan. Mereka menolak persamaan taraf dan keadilan masyarakat yang dibawa oleh Islam.

(c)    Politik.

-        Golongan bangsawan dan kaya melihat Islam sebagai ancaman yang membahayakan kepimpinan mereka.

(d)   Ekonomi.

-        Golongan pengukir dan peniaga berhala merasakan ekonomi mereka terjejas. Hal ini kerana Islam melarang penyembahan berhala.

 

Bentuk Penentangan Yang Dihadapi Oleh Rasulullah SAW

1 Penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW muncul apabila dakwah dibuat terang-terangan.

2 Bentuk penentangan:

(a)    Bertemu Abu Talib.

-        Abu Talib dipengaruhi pihak musyrikin agar menghalang dakwah baginda.

(b)   Memburuk-burukkan dakwah Islam.

-        Dakwah baginda dipesongkan melalui syair serta memburuk-burukkan baginda dan umat Islam.

(c)    Menyeksa umat Islam.

-        Para hamba diseksa oleh majikan seperti Bilal bin Rabah. Para pemuda Islam pula ditentang oleh keluarga mereka sendiri.

(d)   Tawaran.

-        Pangkat, harta dan wanita ditawarkan kepada Rasulullah SAW dengan syarat baginda menghentikan dakwah.

(e)    Kompromi.

-        Pihak musyrikin meminta tolak ansur agar dapat bergilir-gilir mengamalkan ajaran Islam dan ajaran mereka.

(f)     Pemulauan.

-        Memulaukan nabi, keluarga bani Hasyim dan bani Mutalib serta orang Islam dengan memutuskan segala bentuk perhubungan dengan mereka.

(g)    Bunuh.

-        Mengancam untuk membunuh nabi, sehingga turun wahyu untuk nabi berhijrah.

 

Keadaan Masyarakat Arab Setelah Menerima Dakwah Rasulullah SAW

1 Kedatangan Islam telah mengubah struktur masyarakat Arab berdasarkan prinsip semua manusia sama di sisi Allah SWT.

2 Perubahan yang berlaku selepas Islam:

(a)    Akidah.

-        Meninggalkan kepercayaan syirik kepada mentauhidkan Allah SWT dan mengakui nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.

-        Hanya Allah sahaja yang disembah dan menjadi tempat mengharap sesuatu hajat.

(b)   Akhlak.

-        Meninggalkan akhlak yang keji kepada berakhlak mulia dengan manjaga hubungan yang baik dan harmoni dengan Allah SWT dan makhluk.

-        Menghapuskan semangat perkauman dan mewujudkan persaudaraan yang menjadikan umat Islam hidup saling menghormati dan berkasih sayang.

(c)    Syariat.

-        Hidup berlandaskan panduan daripada al-Quran dan sunnah. Hukum yang diamalkan ini memelihara hak individu dan masyarakat.

 

Faktor Kejayaan Dakwah Rasulullah SAW

1 Faktor kejayaan dakwah Rasulullah SAW:

(a)    Keunggulan akhlak Rasulullah SAW.

-        Keperibadian unggul Rasulullah SAW menjadikan masyarakat Arab tertarik dengan seruan baginda.

(b)   Keadilan dan persamaan dalam Islam.

-        Ajaran Islam membawa keamanan dan kesejahteraan sehinggakan dapat memelihara hak setiap individu.

(c)    Kebijaksanaan Rasulullah SAW.

-        Baginda sentiasa berfikir positif dan yakin dengan kejayaan Islam. Baginda berdakwah secara teratur dan bijak dalam mengatur strategi seterusnya berjaya menjadikan Islam berkembang sempurna.

(d)   Semangat jihad yang tinggi.

-        Semangat jihad serta keyakinan yang tinggi umat Islam kepada Allah dan hari akhirat menyebabkan mereka sanggup menghadapi pelbagai rintangan untuk mempertahankan akidah.

 

Iktibar Daripada Dakwah Rasulullah SAW Di Mekah

1 Iktibar yang dapat diambil daripada dakwah Rasulullah SAW:

(a)    Kewajipan berdakwah.

-        Dakwah ialah sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu, umat Islam mesti berdakwah dan melaksanakannya bersungguh-sungguh agar Islam tersebar ke seluruh alam.

(b)   Menunjukkan contoh teladan yang baik.

-        Umat Islam mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kerana ini merupakan dakwah paling berkesan.

(c)    Memulakan dakwah kepada anggota keluarga.

-        Dakwah mesti bermula daripada rumah sendiri sebelum masyarakat kerana setiap umat Islam bertanggungjawab menyelamatkan anggota keluarganya daripada kekufuran dan kemaksiatan.

(d)   Merancang strategi dalam berdakwah.

-        Berdakwah perlu dilakukan secara terancang dan berstrategi supaya mendapat hasil yang lebih baik dan bukannya mengharapkan perkara yang luar biasa berlaku.

 

 

 

 

0 komen:

Post a Comment