Thursday 9 March 2023

NOTA T2P19 – SOLAT SUNAT MENAMPUNG KEFARDUAN

T2P19 – SOLAT SUNAT MENAMPUNG KEFARDUAN

 

Pengertian Solat Sunat Rawatib, Tarawih dan Witir

1 Solat sunat rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardu dan waktunya mengikut waktu solat fardu.

2 Solat sunat tarawih ialah solat sunat menghidupkan malam Ramadan.

3 Solat sunat witir ialah solat sunat yang dilakukan sebagai penutup bagi solat malam.

 

Turutan Pelaksanaan Solat Sunat Rawatib

1 Solat sunat rawatib terbahagi kepada solat sunat rawatib muakkadah dan ghairu muakkadah.

2 Berikut ialah turutan pelaksanaannya:

SOLAT SUNAT RAWATIB SEBELUM

(QOBLIAH)

SOLAT FARDU

SOLAT SUNAT RAWATIB SELEPAS

(BA’DIAH)

MUAKKADAH

GHAIRU MUAKKADAH

GHAIRU MUAKKADAH

MUAKKADAH

GHAIRU MUAKKADAH

2 Rakaat

-

-

SUBUH

-

-

2 Rakaat

2 Rakaat

-

ZOHOR / JUMAAT

2 Rakaat

2 Rakaat

-

2 Rakaat

2 Rakaat

ASAR

-

-

-

2 Rakaat

-

MAGHRIB

2 Rakaat

-

-

2 Rakaat

-

ISYAK

2 Rakaat

-

 

Kaifiat Menunaikan Solat Sunat Rawatib

1 Kaifiat solat sunat rawatib:

Bilangan rakaat

Dua rakaat dengan satu salam atau empat rakaat dengan dua salam.

Waktu

Sebelum solat fardu atau selepas solat fardu.

Bersendirian/berjemaah

Bersendirian.

Bacaan selepas al-Fatihah

- Dalam solat rawatib Subuh dan Isyak, Rasulullah SAW membaca surah al-Kafirun (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakaat kedua).

- Dalam solat yang lain tidak ditentukan surahnya.

 

Kaifiat Menunaikan Solat Tarawih

1 Kaifiat solat sunat tarawih:

Bilangan rakaat

20 rakaat tetapi boleh dilaksanakan dengan 8 rakaat, mengikut kemampuan.

Waktu

Di antara solat Isyak dan Subuh, sebelum solat witir pada malam-malam Ramadan.

Bersendirian/berjemaah

Afdal dilakukan secara berjemaah. Namun boleh juga secara bersendirian.

Bacaan selepas al-Fatihah

Tidak ditentukan bacaan surah. Sebaik-baiknya imam cuba mengkhatamkan bacaan al-Quran dalam masa sebulan.

 

Kaifiat Menunaikan Solat Sunat Witir

1 Kaifiat solat sunat witir:

Bilangan rakaat

Dengan bilangan ganjil, iaitu tiga rakaat dengan dua salam hingga sebelas rakaat dengan enam salam. Makruh dilaksanakan satu rakaat.

Waktu

Setiap malam, selepas solat Isyak dan solat-solat sunat yang lain sebelum terbit fajar. Sunat dilakukan pada akhir malam.

Bersendirian/berjemaah

Bersendirian jika ingin bangun malam atau berjemaah jika dilakukan semasa solat tarawih bersama imam.

Bacaan selepas al-Fatihah

Rakaat pertama surah al-A’la.

Rakaat kedua surah al-Kafirun.

Rakaat ketiga surah al-Ikhlas, surah al-Falak, surah an-Nas.

Qunut

Sunat membaca doa qunut selepas iktidal pada rakaat terakhir mulai malam keenam belas Ramadan.

 

Hikmah Solat Sunat

1 Menyempurnakan ibadah kepada Allah SWT kerana solat rawatib dapat menampung kekurangan ketika menunaikan solat fardu.

2 Membantu pembakaran tenaga yang terhasil daripada makanan yang dimakan ketika berbuka puasa kerana solat tarawih menyamai aktiviti senaman sederhana yang diperlukan oleh badan.

3 Menambah khusyuk ketika solat kerana solat rawatib mempersiapkan hati untuk melaksanakan solat fardu selepasnya.

4 Menambah kesihatan badan melalui peningkatan aktiviti otot badan, peningkatan kadar metabolisme badan dan penurunan berat badan kerana pergerakan tambahan yang ada semasa solat sunat.

 

 

 

 


0 komen:

Post a Comment