Wednesday 15 March 2023

NOTA T2P22 – KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

T2P22 – KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

 

Kepimpinan Rasulullah SAW Di Madinah

1 Kerajaan Islam yang pertama di dunia tertubuhnya di Madinah.

2 Asas negara Islam Madinah telah dibina oleh Rasulullah SAW:

(a)    Membina masjid.

(b)   Mempersaudarakan Muhajirin dengan Ansar.

(c)    Menggubal piagam Madinah.

(d)   Membina pusat perniagaan.

3 Kepimpinan yang hebat ini dapat dilihat dari aspek ibadah, kemasyarakatan, politik dan ketenteraan.

 

Kehebatan Kepimpinan Rasulullah SAW

1 Dari aspek ibadah – Pengikat hubungan antara manusia dengan Allah SWT:

(a)    Rasulullah SAW menjadi imam pada setiap solat fardhu kecuali ketika baginda sakit.

(b)   Masjid sebagai syiar Islam dan tempat masyarakat beribadah, menuntut ilmu serta menyelesaikan segala masalah.

(c)    Rasulullah SAW mengutamakan solat fardhu kerana hubungan akidahnya yang rapat dengan Allah SWT.

(d)   Istiqomah baginda melaksanakan solat sunat dan qiamullail di rumah sebagai tanda syukur.

(e)    Kesempurnaan akidah dan ibadah Rasulullah SAW adalah kerana kesempurnaan akhlak baginda yang mengamalkan perintah Allah SWT.

2 Dari aspek kemasyarakatan – Ukhuwah teras kesatuan umat:

(a)    Rasulullah SAW berjaya menjadikan masyarakat Madinah hidup harmoni, saling membantu dan bersatu mempertahankan negara.

(b)   Terbentuknya sebuah masyarakat yang baharu gabungan daripada ansar, muhajirin dan yahudi.

(c)    Kejayaan ini dapat dilihat melalui usaha baginda, antaranya:

-        Persaudaraan sesama Islam.

                                                    i.     Mempersaudarakan muhajirin dan ansar dengan ikatan Islam iaitu, seorang ansar mengambil seorang muhajirin sebagai saudaranya serta berjanji untuk membantunya.

                                                   ii.     Orang ansar memberi pelbagai bantuan seperti tempat tinggal dan harta.

-        Jaminan keselamatan kaum bukan Islam.

                                                    i.     Mengadakan perjanjian dengan kaum yahudi dan musyrikin yang tinggal di Madinah. Mereka perlu bersama-sama menjaga keselamatan dan keamanan Madinah.

                                                   ii.     Hak kemasyarakatan dan kebajikan mereka dijaga dan tidak diceroboh.

3 Dari aspek politik – Memacu kestabilan negara:

(a)    Rasulullah SAW bijak menjaga keamanan dan kestabilan negara Madinah.

(b)   Strategi politik baginda:

-        Hubungan dalaman.

                                                    i.     Menggubal piagam Madinah iaitu perlembagan negara secara bertulis. Piagam ini dibina atas dasar tanggungjawab dan keadilan untuk memastikan hak setiap individu yang mematuhi piagam ini terpelihara.

                                                   ii.     Mengamalkan syura dalam pemerintahan. Baginda sentiasa berbincang dengan para sahabat, meminta pandangan dan menetapkan keputusan secara bersama.

-        Hubungan luaran.

                                                    i.     Mengadakan perundingan dengan sebanyak mungkin kabilah Arab di sekitar Madinah.

                                                   ii.     Mengikat perjanjian persahabatan dengan mereka atau sekurang-kurangnya perjanjian berkecuali supaya mereka tidak akan menyokong atau berperang untuk mana-mana pihak.

                                                  iii.     Rasulullah SAW sangat patuh kepada syarat-syarat perjanjian tersebut.

                                                  iv.     Mengutus surat kepada kerajaan luar sekitar Madinah untuk mengajak mereka beriman kepada Allah SWT.

4 Dari aspek ketenteraan – Menjulang maruah agama mempertahankan nyawa:

(a)    Kewibawaan Rasulullah SAW dalam aspek ketenteraan dapat menjaga maruah agama dan keselamatan umat Islam.

(b)   Antara tindakan baginda:

-        Umum.

                                                    i.     Mengutamakan perdamaian berbanding peperangan.

                                                   ii.     Menubuhkan pasukan peronda untuk mendapat maklumat musuh.

                                                  iii.     Memperkuat umat Islam dengan ilmu dan kemahiran ketenteraan.

                                                  iv.     Mengetuai hampir kesemua peperangan dengan kemahiran yang tinggi dan meminimumkan kehilangan nyawa dan harta.

                                                   v.     Mengamalkan peperangan yang beretika seperti tidak membunuh orang awam dan tidak merosakkan tanaman.

-        Strategi peperangan.

                                                    i.     Mempelbagaikan strategi peperangan untuk mengelirukan musuh.

                                                   ii.     Bergerak secara rahsia dan pantas sehingga tidak memberi peluang kepada musuh untuk menyerang balas dan akhirnya musuh menyerah atau melarikan diri.

                                                  iii.     Melancarkan serangan psikologi untuk melemahkan semangat musuh dan dapat mengelakkan pertumpahan darah.

                                                  iv.     Tidak panik walaupun berada dalam situasi genting malah terus bangkit menyusun strategi baharu.

 

Iktibar Daripada Kepimpinan Rasulullah SAW

1 Iktibar daripada kepimpinan Rasulullah SAW mengikut aspek:

(a)    Ibadah.

-        Mengajak anggota keluarga dan rakan untuk membudayakan ibadah dalam kehidupan kerana taat kepada Allah SWT.

-        Mengimarahkan masjid dengan menyertai aktiviti masjid seperti solat berjemaah dan majlis ilmu.

(b)   Kemasyarakatan.

-        Menyertai dan menggerakkan aktiviti kemasyarakatan dan sukarela seperti gotong-royong dan kenduri-kendara.

-        Memelihara hubungan baik dan bantu membantu sesama rakan tanpa mengira kaum dan agama.

-        Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi setempat seperti koperasi sekolah dan keusahawanan kecil.

(c)    Politik.

-        Berdisiplin dan mematuhi peraturan yang ditetapkan selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.

-        Menyumbangkan idea untuk pembangunan kelab atau persatuan yang disertai.

-        Tidak bersubahat dengan perlakuan jahat yang boleh memudaratkan diri, masyarakat, agama dan negara.

(d)   Ketenteraan.

-        Menanam sifat cinta negara dan patriotisme dalam diri serta sanggup berkorban demi agama dan negara.

-        Menjaga kekuatan fizikal dan mental dengan menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum.

-        Menyertai dan menggerakkan badan beruniform.

 

0 komen:

Post a Comment