Monday 13 March 2023

NOTA T2P21 – HIJRAH DETIK BERSEJARAH

T2P21 – HIJRAH DETIK BERSEJARAH

 

Maksud Hijrah Rasulullah SAW

1 Hijrah dari segi bahasa ialah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

2 Maksudnya dari segi istilah pula ialah perpindahan Rasulullah SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah atau Yathrib yang terjadi pada tahun ke-13 kerasulan.

3 Penghijrahan umat Islam dilakukan secara beransur-ansur dan rahsia agar tidak diketahui oleh musyrikin Mekah selepas menerima arahan daripada Rasulullah SAW.

4 Tidak ada seorang pun sahabat yang berani berhijrah secara terang-terangan kecuali Umar bin al-Khattab.

5 Setelah hampir dua tahun beransur-ansur penghijrahan umat Islam ke Madinah, barulah Rasulullah SAW berhijrah setelah mendapat isyarat Allah SWT.

 

Faktor Yang Mendorong Berlakunya Hijrah

1 Isyarat Allah:

(a)    Allah memberikan isyarat kepada Rasulullah SAW supaya berhijrah.

Firman Allah SWT:

(Surah al-Anfal, 8:ayat 30)

Maksudnya: Dan ingatlah ketika orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka) kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.

2 Memelihara akidah:

(a)    Umat Islam mengorbankan tanahair dan harta mereka demi menyelamatkan akidah yang lebih berharga.

3 Pelawaan penduduk Yathrib:

(a)    Sekumpulan penduduk Yathrib telah mempelawa Rasulullah SAW menjadi pemimpin mereka.

(b)   Rasulullah SAW telah mengadakan baiah Aqabah pertama dan baiah Aqabah kedua dengan mereka dan menghantar Mus’ab bin Umair untuk berdakwah serta mengajar al-Quran kepada penduduk Yathrib.

(c)    Isi kandungan baiah di antara Rasulullah SAW dengan kumpulan penduduk Yathrib yang datang bertemu dengan baginda:

-        Isi kandungan baiah Aqabah pertama:

                                                    i.     Tidak menyekutukan Allah SWT.

                                                   ii.     Tidak mencuri.

                                                  iii.     Tidak berzina.

                                                  iv.     Tidak membunuh anak.

                                                   v.     Tidak mengada-adakan dusta.

                                                  vi.     Tidak menderhakai perkara yang baik.

-        Isi kandungan baiah Aqabah kedua:

                                                    i.     Melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW seperti melindungi keluarga sendiri.

4 Penentangan musyrikin Quraisy semakin kuat:

(a)    Pelbagai bentuk penentangan musyrikin Mekah termasuklah penyeksaan terhadap umat Islam.

(b)   Selepas kematian Abu Talib, tekanan ke atas Rasulullah SAW semakin hebat.

(c)    Kemuncaknya, mereka berpakat di Darul Nadwah untuk membunuh Rasulullah SAW.

 

Peristiwa Penting Semasa Hijrah Rasulullah SAW

1 27 Safar - Mekah:

(a)    Rasulullah SAW keluar bersama-sama Saidina Abu Bakar pada waktu tengah malam. Saidina Ali pula tidur berselimut di tempat baginda bagi mengelirukan musyrikin Quraisy.

(b)   Mereka menyusuri jalan yang tidak biasa dilalui orang ramai ke Madinah.

(c)    Putera Saidina Abu Bakar iaitu Abdullah bertugas sebagai peninjau dan melaporkan situasi yang berlaku di Mekah. Puteri Saidina Abu Bakar iaitu Asma pula bertugas menyediakan bekalan makanan. Hamba Saidina Abu Bakar iaitu Amir bin Fuhairah pula ditugaskan untuk membawa kambing ke pintu gua untuk menyediakan bekalan susu dan menghilangkan kesan jejak kaki Rasulullah SAW.

(d)   Musyrikin Mekah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW.

(e)    Kelompok Quraisy membuat operasi besar-besaran menjejaki Rasulullah SAW. Sebahagiannya tiba di Gua Tsur tetapi tidak menemui Rasulullah SAW. Baginda menenteramkan Saidina Abu Bakar RA dalam keadaan cemas itu, sebagaimana disebut dalam ayat 40 surah al-Taubah.

2 Gua Tsur:

(a)    Setelah tiga hari di Gua Tsur, Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar menuju ke Madinah bersama-sama seorang penunjuk jalan yang bernama Abdullah bin Uraiqit, iaitu seorang musyrik yang jujur.

(b)   Mereka berjaya dijejaki oleh Suraqah bin Malik tetapi apabila dia menghampiri Rasulullah SAW, kuda yang ditunggangnya terperosok ke dalam pasir sebanyak tiga kali. Rasulullah SAW memaafkan Suraqah dan memintanya merahsiakan pertemuan mereka lalu menjanjikan mahkota kisra untuknya.

3 8 Rabiul Awal – Quba:

(a)    Rasulullah SAW tiba di Quba, tinggal beberapa hari dan membina masjid di sana.

4 12 Rabiul Awal – Yathrib:

(a)    Ketibaan Rasulullah SAW di Yathrib disambut dengan gembira. Penduduk Madinah berlumba-lumba merebut tali unta tunggangan Rasulullah SAW dengan harapan baginda menetap di rumah mereka. Akhirnya unta Rasulullah SAW berhenti di rumah Abu Ayub al-Ansari.

 

Kesan Daripada Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW Ke Madinah

1 Kesan peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dilihat dalam beberapa aspek:

(a)    Agama.

Ajaran Islam semakin tersebar kerana dakwah dapat dilakukan secara lebih terbuka.

(b)   Sosial.

Sistem hidup masyarakat Madinah berubah kepada yang lebih baik dari segi akidah, syariat dan akhlak.

(c)    Politik.

Tertegaknya negara Islam pertama yang berdaulat di bawah pimpinan Rasulullah SAW.

(d)   Ekonomi.

Pelaksanaan sistem ekonomi Islam menjadikan kedudukan ekonomi umat Islam semakin kukuh.

 

Iktibar Daripada Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW Ke Madinah

1 Iktibar yang perlu diambil oleh umat Islam daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW:

(a)    Bijak membuat perancangan dan menyusun strategi sebelum melakukan sesuatu tindakan.

(b)   Sentiasa bersikap optimis dan yakin bahawa kejayaan pasti bersama-sama orang yang benar.

(c)    Mencari teman yang soleh, baik budi pekerti dan ikhlas membantu.

(d)   Sabar dan tabah menghadapi halangan dan cabaran.

(e)    Sentiasa bertawakal dan memohon pertolongan Allah SWT serta mematuhi segala perintah-Nya.

(f)     Sentiasa mengutamakan pemeliharaan kesucian akidah dan keselamatan nyawa.

 

 

 

0 komen:

Post a Comment