Saturday 18 March 2023

NOTA T2P23 – WANITA SURI TELADAN UMMAH

T2P23 – WANITA SURI TELADAN UMMAH

 

Saidatina Khadijah RA Permaisuri Hati Nabi SAW

1 Riwayat hidup:

(a)    Nama sebenar : Khadijah binti Khuwailid.

(b)   Keturunan : Bangsawan Quraisy daripada suku bani Asad.

(c)    Gelaran : Al-Tohirah, bermaksud suci maruah diri.

(d)   Perkahwinan : Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada usia 40 tahun dan dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu, Qasim, Abdullah, Ruqayyah, Zainab, Ummu Kulsum dan Fatimah.

(e)    Kerjaya : Tokoh perniagaan yang kaya dan berjaya.

(f)     Keislaman : Orang pertama masuk Islam.

(g)    Kewafatan : Tahun ke-10 kerasulan, usia 65 tahun.

2 Sifat utama:

(a)    Bijak bertindak : Beliau merujuk Waraqah bin Naufal, seorang yang berilmu serta memberi kata-kata semangat kepada Rasulullah SAW ketika baginda menerima wahyu pertama di Gua Hira’.

(b)   Semangat pengorbanan yang tinggi : Banyak menghabiskan harta untuk membantu umat Islam pada awal Islam, termasuk keluarga bani Hashim semasa dipulau oleh musyrikin Quraisy. Saat kematian beliau, keseluruhan hartanya telah dibelanjakan ke jalan Allah SWT.

3 Sumbangan:

(a)    Saidatina Khadijah sentiasa bersama-sama dengan suami tercinta dan memberi sokongan penuh dalam semua tindakan Rasulullah SAW. Contohnya menyediakan bekalan untuk baginda sewaktu di Gua Hira’.

(b)   Pendorong dan penyokong perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islam.

(c)    Semua hartanya telah dibelanjakan untuk Islam. Beliau membantu orang yang kesusahan dengan hasil perniagaannya.

4 Iktibar yang boleh diambil:

(a)    Bertindak dengan bijak.

(b)   Mendermakan harta di jalan Allah SWT.

(c)    Suka membantu.

(d)   Istiqomah memperjuangkan agama Islam.

(e)    Sentiasa menyokong anggota keluarga yang berdakwah di jalan Allah SWT.

 

Saidatina Aisyah RA Srikandi Ilmu

1 Riwayat hidup:

(a)    Nama sebenar : Aishah binti Abu Bakar.

(b)   Keturunan : Bangsawan Quraisy, suku bani Taim.

(c)    Gelaran : Al-Siddiqah yang bermaksud wanita yang berkata benar dan al-Humaira’ yang bermaksud putih kemerah-merahan.

(d)   Perkahwinan : Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada bulan Syawal, tiga tahun sebelum hijrah.

(e)    Kewafatan : Tahun 58 hijrah, usia 67 tahun.

2 Sifat utama:

(a)    Cerdas dan pintar : Mendapat didikan daripada ayahandanya dan daripada Rasulullah SAW. Beliau rajin bertanya dan selalu mengikuti majlis ilmu Rasulullah SAW. Antara ilmu yang dikuasainya termasuklah al-Quran, hadis, bahasa Arab, syair dan perubatan.

(b)   Sabar dan tabah : Apabila difitnah oleh golongan munafik dalam peristiwa Hadisu al-Ifk, beliau berserah diri kepada Allah SWT sehingga akhirnya turun ayat al-Quran membersihkannya daripada fitnah tersebut.

(c)    Pemurah dan lembut hati : Saidatina Aisyah RA sangat dermawan dan suka bersedekah apa sahaja yang ada di tangannya. Pernah memberikan sebiji kurma kepada seorang wanita bersama dengan dua orang anaknya, sedangkan itu sahajalah makanan yang beliau ada.

3 Sumbangan:

(a)    Meriwayatkan tidak kurang daripada 2210 hadis Rasulullah SAW dalam pelbagai bidang.

(b)   Tempat rujukan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW terutamanya dalam hal kewanitaan dan kekeluargaan.

(c)    Pakar dalam pelbagai bidang ilmu antaranya termasuklah ilmu al-Quran, hadis, fiqh terutamanya fiqh kewanitaan, bahasa Arab dan syair.

4 Iktibar yang boleh diambil:

(a)    Belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi pakar dalam bidang yang dipelajari.

(b)   Bersabar dan berdoa serta berserah diri kepada Allah SWT.

(c)    Bersedekah dan suka membantu.

 

Saidatina Fatimah RA Ratu Syurga

1 Riwayat hidup:

(a)    Nama sebenar : Fatimah binti Muhammad SAW.

(b)   Gelaran : Al-Zahra yang bermaksud putih berseri-seri.

(c)    Perkahwinan : Berkahwin dengan Saidina Ali RA dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Hasan, Husin, Zainab dan Ummu Kulsum.

(d)   Kedudukan dalam keluarga : Puteri bongsu Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah RA.

(e)    Keislaman : Kanak-kanak perempuan pertama yang menerima Islam.

(f)     Kewafatan : Enam bulan selepas kewafatan Rasulullah SAW pada usia 28 tahun.

2 Sifat utama:

(a)    Kasih dan taat kepada ayahandanya : Selain menyokong usaha dakwah Rasulullah SAW, beliau turut mengurus keperluan makan dan minum ayahandanya selepas kematian ibunya sehingga digelar Ummu Abiha yang bermaksud ibu kepada ayahnya.

(b)   Reda dan tabah terhadap perkara yang berlaku pada anggota keluarganya : Reda dengan dugaan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dan tabah menghadapi kehidupan yang serba kekurangan.

3 Sumbangan:

(a)    Pendorong kepada Rasulullah SAW ketika baginda ditentang oleh kafir Quraisy.

(b)   Mengambil berat terhadap ayahandanya dengan memberi khidmat bakti dalam menyediakan keperluan harian.

(c)    Berjaya mendidik anak-anaknya menjadi muslim yang soleh.

4 Iktibar yang boleh diambil:

(a)    Menjadi anak yang soleh dan solehah.

(b)   Berkhidmat kepada ibu bapa di rumah.

(c)    Mendorong mewujudkan keluarga yang mentaati Allah SWT.

 

Saidatina Sumaiyah RA Saiyidatul Syuhada (Penghuluwati Para Syahid)

1 Riwayat hidup:

(a)    Nama sebenar : Sumaiyah binti Khubbat.

(b)   Status : Bekas hamba kepada Abu Huzaifah al-Makhzumi.

(c)    Perkahwinan : Berkahwin dengan Yasir bin Amir. Anaknya bernama Ammar.

(d)   Kelebihan : Wanita pertama mati syahid.

(e)    Keislaman : Keluarga Sumaiyah antara golongan terawal memeluk Islam.

(f)     Kewafatan : Disula dengan tombak oleh Abu Jahal.

2 Sifat utama:

-        Kesabaran yang tinggi dalam mempertahankan akidah : Sumaiyah dan anggota keluarganya diseksa dengan kejam di tengah kepanasan padang pasir. Mereka dipaksa untuk kembali kepada agama asal tetapi mereka tetap beriman kepada Allah SWT. Sumaiyah akhirnya mati diseksa oleh Abu Jahal manakala suaminya syahid akibat diseksa. Anaknya Ammar pula terus bertahan walaupun diseksa dengan pelbagai cara sehingga akhirnya dia terpaksa berpura-pura mengikut kehendak kafir Quraisy.

3 Sumbangan:

(a)    Menjadi contoh dalam mempertahankan agama Islam.

(b)   Sanggup menggadaikan nyawanya demi Islam.

(c)    Memberi imej yang baik dalam memperjuangkan akidah Islam.

4 Iktibar yang boleh diambil:

(a)    Menghargai akidah dan iman.

(b)   Memelihara iman daripada perkara yang boleh merosakkannya.

(c)    Tegas menegakkan kebenaran.

(d)   Bercita-cita untuk mati syahid.

 

 


0 komen:

Post a Comment