Tuesday 21 February 2023

NOTA T2P14 – SOLAT BERJEMAAH PENGIKAT HATI

T2P14 – SOLAT BERJEMAAH PENGIKAT HATI

 

Maksud Dan Hukum Solat Berjemaah

1 Solat berjemaah dari segi bahasa diambil daripada perkataan jama’a iaitu berkumpul. Maksudnya dari segi istilah pula ialah solat makmum bersama-sama dengan solat imam dengan sekurang-kurangnya seorang menjadi imam dan seorang lagi sebagai makmum mengikut syarat-syarat tertentu.

2 Hukumnya sunat muakkad bagi individu dan fardu kifayah bagi sesebuah masyarakat.

 

Dalil Solat Berjemaah

1 Firman Allah SWT:

(Surah al-Baqarah : Ayat 43)

Maksud: Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama dengan orang yang rukuk.

 

2 Menurut Imam al-Qurtubi, maksud rukuklah kamu bersama-sama dengan orang yang rukuk ialah solatlah kamu secara berjemaah.

3 Rasulullah SAW bersabda, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA:

Maksud: Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian dengan kelebihan 27 darjat.

 

Syarat Menjadi Imam

1 Imam boleh membaca al-Fatihah dengan bacaan yang betul.

2 Imam lelaki bagi semua makmum. Perempuan hanya dibolehkan menjadi imam jika semua makmum perempuan.

3 Makmum yakin solat imam sah.

 

Ciri Keutamaan Orang Yang Dipilih Sebagai Imam

1 Berikut merupakan kriteria mengikut keutamaan jika terdapat dua atau lebih ahli jemaah yang mencukupi syarat imam:

(a)    Pemimpin.

(b)   Imam yang dilantik oleh pemerintah.

(c)    Tuan rumah.

(d)   Orang yang lebih alim dan berpengetahuan.

(e)    Orang yang lebih fasih bacaan al-Quran.

(f)     Orang yang lebih warak dan soleh.

(g)    Orang yang lebih baik akhlaknya.

(h)   Orang yang lebih bersih badannya dan kemas pakaiannya.

(i)     Orang yang lebih merdu suaranya.

(j)     Orang yang telah berkahwin.

(k)    Orang yang lebih tua.

 

Kedudukan Imam Dan Makmum

1 Kedudukan imam dan makmum:

(a)    Imam dan seorang makmum yang sama jantina. 

(b)   Sekumpulan makmum lelaki sahaja. 

(c)    Imam perempuan dan dua makmum perempuan. 

(d)   Imam dan makmum berbeza jantina. 

(e)    Imam perempuan dan tiga atau lebih makmum perempuan. 

(f)     Sekumpulan makmum lelaki dan seorang makmum perempuan. 

(g)    Seorang makmum lelaki dan sekumpulan makmum perempuan. 

(h)   Sekumpulan makmum lelaki dan sekumpulan makmum perempuan. 

 

Syarat Solat Berjemaah

1 Syarat solat berjemaah:

(a)    Makmum berniat mengikut imam.

(b)   Makmum mengetahui pergerakan imam.

(c)    Kedudukan makmum di belakang imam, iaitu tumit makmum mesti berada di belakang tumit imam.

(d)   Pergerakan makmum mengikut semua rukun fe’li imam selepas sempurna pergerakan imam.

(e)    Jarak di antara saf terakhir di dalam masjid dengan saf pertama di luar masjid tidak boleh melebihi 150 meter atau 300 hasta.

 

 

Makmum Muwafik Dan Makmum Masbuk

1 Makmum muwafik:

(a)    Sempat membaca al-Fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum imam rukuk pada rakaat pertama.

(b)   Makmum muwafik hendaklah menyempurnakan rakaat bersama-sama dengan imam.

2 Makmum masbuk:

(a)    Tidak sempat membaca al-Fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum imam rukuk pada rakaat pertama.

(b)   Jika sempat rukuk dan tomakninah bersama-sama dengan imam, makmum mendapat rakaat tersebut.

(c)    Makmum masbuk hendaklah menyempurnakan rakaat yang tertinggal selepas imam memberi salam.

 

Kaifiat Solat Bagi Makmum Masbuk

1 Tidak tergesa-gesa mendapatkan rakaat bersama-sama imam.

2 Berdiri tegak, berniat, takbiratul ihram dan tomakninah serta terus mengikut pergerakan imam.

3 Tidak memberi salam bersama-sama dengan imam, sebaliknya berdiri selepas imam memberi salam untuk menyempurnakan rakaat yang tertinggal.

4 Menyempurnakan semua rukun solat sehingga salam.

 

Hikmah Solat Berjemaah

1 Hikmah solat berjemaah:

(a)    Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan patuh kepada arahan pemimpin kerana melazimkan diri mengikut segala pergerakan imam.

(b)   Menyatukan hati umat Islam kerana sentiasa solat dalam saf yang teratur.

(c)    Melatih diri menjadi pemimpin yang berkualiti kerana mengikut kaifiat solat berjemaah yang betul.

(d)   Ganjaran pahala dengan kelebihan 27 kali ganda berbanding solat bersendirian kerana ada dinyatakan dalam hadis.

(e)    Menjadikan tubuh badan lebih segar dan bertenaga kerana solat berjemaah menyeimbangkan cas positif dan negatif dalam badan.

 

 

 

 


0 komen:

Post a Comment