Saturday 18 February 2023

NOTA T2P12 – KETAATAN MALAIKAT

T2P12 – KETAATAN MALAIKAT

 

Maksud Beriman Kepada Malaikat

1 Beriman kepada malaikat maksudnya yakin bahawa malaikat merupakan makhluk Allah SWT yang dijadikan daripada cahaya.

2 Mereka sangat taat perintah Allah SWT dan tidak pernah melanggar larangan-Nya.

 

Dalil Nakli Kewajipan Beriman Kepada Malaikat

1 Firman Allah SWT:

(Surah al-Baqarah : Ayat 177)

Maksud: Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu berimannya seseorang kepada Allah, hari Akhirat, malaikat dan kitab ...

 

2 Sabda Rasulullah SAW ketika baginda ditanya oleh malaikat Jibril AS tentang iman yang diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab RA:

Maksud: Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat, kitab, para rasul dan hari Akhirat dan beriman dengan ketentuan Allah yang baik dan yang buruk.

 

Nama Dan Tugas Malaikat

1 Malaikat mempunyai nama dan tugas khusus yang tersendiri:

 

Malaikat

Tugas

1

Jibril

Menyampaikan wahyu kepada para rasul.

2

Mikail

Mengurus rezeki, menurunkan hujan dan menumbuhkan tanaman.

3

Israfil

Meniup sangkakala.

4

Izrail

Mencabut nyawa semua makhluk yang bernyawa.

5

Raqib

Mencatat amalan baik manusia.

6

Atid

Mencatat amalan jahat manusia.

7

Munkar

Menyoal orang yang telah meninggal dunia.

8

Nakir

Menyoal orang yang telah meninggal dunia.

9

Ridhwan

Menjaga syurga.

10

Malik

Menjaga neraka.

 

2 Tugas lain malaikat:

(a)    Menanggung Arasy.

(b)   Mendoakan kesejahteraan dan keampunan kepada umat Islam yang taat.

(c)    Bertasbih memuji Allah SWT.

(d)   Menghamparkan sayap kepada orang yang menuntut ilmu.

(e)    Membisikkan kebaikan ke dalam hati manusia.

 

Perbezaan Antara Malaikat Dengan Manusia

1 Perbezaan malaikat dengan manusia:

 

Manusia

Malaikat

Aspek fizikal

Dicipta daripada tanah (nabi Adam AS) dan air mani.

 

Dicipta daripada cahaya.

 

Berjantina.

 

Tidak berjantina.

 

Tidak memiliki sayap.

Memiliki sayap.

Aspek sifat

Bernafsu seperti kahwin.

Tidak bernafsu.

Makan dan minum.

Tidak makan dan minum.

Mati.

Tidak mati hingga kiamat.

Aspek tanggungjawab

Ada yang taat dan ada yang ingkar kepada perintah Allah SWT.

Sentiasa taat.

Mendapat pahala dan dosa bagi setiap tindakan.

Menjalankan tanggungjawab tanpa balasan pahala.

 

Hikmah Beriman Kepada Malaikat

1 Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT kerana sedar akan kehebatan-Nya mencipta malaikat.

2 Menggalakkan seseorang agar sentiasa memperbanyak amal soleh kerana yakin malaikat mencatat segala amalan baik.

3 Menambahkan rasa gerun untuk melakukan perkara buruk kerana yakin bahawa malaikat mencatat segala amalan buruk dan akan dihisab pada hari kiamat.

4 Menjadikan seseorang sentiasa berwaspada kerana setiap amalan yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat.

5 Membentuk peribadi muslim yang sejati dengan cara melakukan suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya agar selamat di dunia dan di akhirat.

 

 

 

 

 


0 komen:

Post a Comment