Sunday 19 February 2023

NOTA T2P13 – PANDUAN DARIPADA ALLAH SWT

T2P13 – PANDUAN DARIPADA ALLAH SWT

 

Maksud Beriman Kepada Kitab Allah SWT

1 Beriman kepada kitab Allah SWT ialah yakin bahawa Allah SWT menurunkan kitab dan suhuf kepada para nabi dan rasul AS sebagai panduan hidup manusia.

2 Wajib beriman dengan kitab-kitab Allah SWT.


3 Firman Allah SWT:

(Surah an-Nisak : Ayat 136)

Maksud: Wahai orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan rasul-Nya, dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada rasul (Muhammad), dan juga kepada kitab (wahyu) yang telah diturunkan dahulu daripada itu ...

 

Nama-nama Kitab Dan Penerimanya

1 Berikut ialah nama-nama kitab dan penerimanya:

Nama kitab

Rasul yang menerima

Bahasa

Zabur

Nabi Daud AS

Siryani

Taurat

Nabi Musa AS

Ibrani

Injil

Nabi Isa AS

Ibrani

Al-Quran

Nabi Muhammad SAW

Arab

 

Suhuf Dan Penerima

1 Suhuf ialah kalamullah yang mengandungi hukum dasar, kata-kata hikmah dan pengajaran kepada manusia.

2 Wajib mengakui bahawa suhuf diturunkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul AS.


3 Firman Allah SWT:

(Surah al-A’la : Ayat 18-19)

Maksud: Sesungguhnya (keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam kitab terdahulu. (Iaitu) kitab nabi Ibrahim dan Musa.

4 Menurut Imam Ibnu Katsir, berikut adalah nabi penerima suhuf:

Nabi

Bilangan suhuf

Nabi Musa AS

10

Nabi Ibrahim AS

10

Nabi Idris AS

30

Nabi Syits AS

50

 

Keistimewaan Al-Quran Berbanding Kitab Samawi Yang Lain

1 Kandungan yang lengkap dan mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.

Firman Allah SWT:

(Surah al-Maidah : Ayat 3)

Maksud: ... pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu kepada kamu. Telah Aku reda akan Islam itu sebagai agama kamu ...

 

2 Allah SWT menjamin akan menjaga dan memelihara kesucian al-Quran hingga hari kiamat.

Firman Allah SWT:

(Surah al-Hijr : Ayat 9)

Maksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kami yang memelihara dan menjaganya.

 

3 Al-Quran menasakhkan kitab-kitab yang terdahulu.

Firman Allah SWT:

(Surah al-Maidah : Ayat 48)

Maksud: Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab suci yang telah ada di hadapannya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum antara mereka (ahli kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu).

 

Tujuan Al-Quran Diturunkan

1 Petunjuk kepada orang bertakwa.

Firman Allah SWT:

(Surah al-Baqarah : Ayat 1-2)

Maksud: Alif Lam Mim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang keraguan (syak) padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa.

 

2 Bukti kerasulan nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT:

(Surah ar-ra’du : Ayat 43)

Maksud: Dan orang kafir itu berkata, “ Engkau bukanlah seorang rasul (daripada Allah).” Katakanlah: (kepada mereka) Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dengan kamu. Dan juga disaksikan oleh orang yang ada pengetahuan mengenai kitab Allah.

 

3 Mukjizat kepada Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT:

(Surah al-Israk : Ayat 88)

Maksud: Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya. Walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.

 

Penemuan Sains Dalam Al-Quran

1 Proses kejadian manusia.

(a)    Berikut adalah proses kejadian manusia:

-        Sperma (nutfah)  >>  Segumpal darah (a’laqoh)  >>  Seketul daging (mudghoh)  >>  Tulang (i’dzom)  >>  Tulang yang dibaluti daging (i’dzom lahma)  >>  Janin yang ditiup roh  >>  Bayi

 

(b)   Firman Allah SWT:

(Surah al-Mukminun : Ayat 14)

Maksud: Kemudian Kami ciptakan sperma itu menjadi segumpal darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang. Kemudian Kami balut tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik pencipta.

 

2 Kulit manusia.

(a)    Penemuan sains mendapati bahawa medium penghantar rasa sakit terletak pada kulit manusia.

(b)   Ia sesuai dengan firman Allah SWT:

(Surah an-Nisak : Ayat 56)

Maksud: Sesungguhnya orang yang kufur ingkar kepada ayat (keterangan) Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasakan azab sengsara itu. Dan (ingatlah) Allah adalah maha kuasa lagi maha bijaksana.

(c)    Kulit yang terbakar diganti dengan kulit yang baharu supaya penghuni neraka merasakan azab yang berterusan.

(d)   Menurut sains, proses tersebut dinamakan metosis, iaitu proses pertumbuhan kulit yang baharu setelah kulit sedia ada rosak.

 

Hikmah Beriman Kepada Al-Quran

1 Menjaga jiwa, keturunan dan harta kerana al-Quran melarang perbuatan yang merosakkan seperti minum arak dan membunuh.

2 Meningkatkan keyakinan kepada Allah SWT dan kerasulan nabi Muhammad SAW kerana al-Quran menjelaskan pengutusan Rasulullah SAW sebagai rahmat ke seluruh alam.

3 Membentuk masyarakat yang berperibadi mulia kerana al-Quran mengajar manusia melakukan kebaikan dan melarang perkara yang membawa keburukan.

4 Merapatkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan menjaga hubungan baik dengan bukan Islam kerana Islam menganjurkan berakhlak mulia sesama manusia.

5 Memajukan ekonomi negara kerana al-Quran menggalakkan manusia berusaha dan bekerja mencari rezeki yang halal.

6 Negara menjadi aman dan maju kerana al-Quran menyeru manusia membuat makruf dan menjauhi kemungkaran.

 

 

 

 

 

 


0 komen:

Post a Comment