Sunday 8 January 2023

NOTA T2P01 – ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH

T2P01 – ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH

 

Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran Ayat 8

 

Terjemahan:      Wahai tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati-hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk (hidayah) kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah tuhan yang maha pemberi kurnia.

 

Intisari Ayat

1 Umat Islam hendaklah sentiasa berdoa agar hati ditetapkan dalam hidayah.

2 Teguhnya hati mukmin dalam keimanan merupakan tanda rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

3 Allah SWT suka memberikan hidayah dan rahmat kepada hamba-Nya agar kekal dalam keimanan.

4 Sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya akan diberikan hidayah kerana ia adalah milik mutlak Allah SWT.

5 Tiada jaminan seseorang kekal dalam hidayah Allah SWT kerana bila-bila masa sahaja mereka boleh terkeluar daripada landasan iman.

 

 

0 komen:

Post a Comment