Sunday 22 January 2023

NOTA T2P05 – MANISNYA PERSAUDARAAN

T2P05 – MANISNYA PERSAUDARAAN

 

Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran Ayat 103

 

Terjemahan:        Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepadamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu) lalu Allah menyatukan hati-hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam). Maka dengan nikmat Allah itu kamu menjadi orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah). Lalu Allah menyelamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga) .Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya. Supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.

 

Asbabun Nuzul (Sebab Turun Ayat)

1 Rasulullah berjaya menyatukan suku Aus dan Khazraj yang saling bermusuhan semasa jahiliah melalui Islam.

2 Suatu masa, seorang Yahudi telah membangkitkan kembali permusuhan antara Aus dan Khazraj sehingga hampir berbunuhan.

3 Rasulullah SAW telah mendamaikan permusuhan tersebut, lalu turunlah ayat 101 hingga 103 surah Ali Imran.

 

Maksud Berpegang Dengan Tali Allah SWT

1 Menurut Ibnu Mas’ud, tali Allah bermaksud agama Islam secara keseluruhannya.

2 Oleh itu, berpegang dengan tali Allah bermaksud berpegang teguh dengan ajaran Islam.


Firman Allah SWT:

(Surah al-Baqarah : Ayat 208)

Maksud: Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya. Jangan kamu ikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya (syaitan itu) musuh yang nyata bagi kamu.

 

Nukman bin Basyir meriawayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksud: Perumpamaan orang mukmin dalam saling berkasih sayang, persaudaraan dan berlemah lembut adalah seumpama satu badan. Apabila salah satu daripada anggota badan sakit, seluruh badan merasai kesakitan dan tidak lena tidur.

 

Cara Mengukuhkan Persaudaraan

1 Berikut adalah cara mengukuhkan persaudaraan:

(a)    Hati:

i.                 Ikhlas dan tidak mempunyai kepentingan melainkan kerana mentaati Allah dan rasul.

ii.                Selalu bersangka baik dengan orang lain.

(b)   Lisan:

i.                 Memberi dan menjawab salam setiap kali berjumpa dan ketika berpisah.

ii.                Bertanya khabar dan bertegur sapa setiap kali berjumpa.

(c)    Perbuatan:

i.                 Membantu mereka yang memerlukan.

ii.                Mendirikan solat secara berjemaah.

 

Hikmah Persaudaraan Dalam Islam

1 Hikmah persaudaraan dalam Islam:

(a)    Individu:

i.                 Memupuk persaudaraan dan perasaan kasih sayang.

ii.                Menenteramkan jiwa kerana saling menyayangi.

(b)   Keluarga:

i.                 Membentuk keluarga bahagia kerana saling menghormati.

ii.                Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam keluarga.

(c)    Masyarakat dan negara:

i.                 Masyarakat bersatu padu kerana saling menjaga hati dan perasaan orang lain.

ii.        Membentuk perpaduan dalam masyarakat kerana masing-masing menghindari perkara  yang boleh menyebabkan perbalahan.

iii.             Negara menjadi aman kerana masyarakatnya berdisiplin dan bertanggungjawab.

 

Pengajaran Ayat

1 Berdasarkan pengajaran daripada surah Ali Imran ayat 103 yang dapat dipelajari:

(a) Kita hendaklah bertanggungjawab menjaga perpaduan dalam masyarakat kerana Islam menganjurkan agar tidak berpecah-belah.

(b)  Kita hendaklah menjaga imej umat Islam dengan sentiasa melakukan amar makruf dan nahi mungkar dalam kehidupan agar terpelihara daripada membuat maksiat.

(c)  Kita hendaklah kembali kepada ajaran Islam sekiranya berlaku perselisihan kerana al-Quran dan hadis adalah panduan hidup dalam semua segi.

(d) Kita hendaklah mengeratkan persaudaraan dalam Islam kerana tuntutan agama dan menepati naluri manusia.

(e)  Kita hendaklah sentiasa berdoa memohon hidayah Allah SWT agar kekal dalam Islam setelah menerima hidayah daripada-Nya.

 

 


0 komen:

Post a Comment