Tuesday 31 January 2023

NOTA T2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAW

T2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAW

 

Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran Ayat 159

 

Terjemahan:        Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (para sahabat dan pengikutmu) dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu dan pohonlah ampun bagi mereka serta bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.

 

Tuntutan Mencontohi Sifat-sifat Rasulullah SAW

1 Umat Islam dituntut untuk mencontohi sifat-sifat Rasulullah SAW:

(a)    Lemah lembut.

-        Baginda menggunakan tutur kata dan intonasi yang sesuai walaupun ketika di pasar.

-        Baginda membalas kejahatan orang lain dengan kebaikan.

(b)   Pemaaf.

-        Baginda memaafkan perbuatan penduduk Mekah yang pernah mencaci dan menghina baginda.

(c)    Memohon keampunan untuk orang lain.

-        Baginda memohon keampunan untuk kaumnya walaupun mereka sering menyakitinya.

(d)   Bermesyuarat.

-        Dalam perang Khandak, Rasulullah SAW menerima cadangan daripada Salman al-Farisi untuk menggali parit.

(e)    Berazam dan bertawakal kepada Allah SWT.

-        Rasulullah SAW bertegas untuk menuju ke medan perang Uhud setelah bermesyuarat dengan para sahabat dan bertawakal kepada Allah SWT.

 

Pengajaran Ayat

1 Berdasarkan pengajaran daripada surah Ali Imran ayat 159 yang dapat dipelajari:

(a)    Kita hendaklah bersifat lemah lembut agar menarik minat orang lain mendekati Islam.

(b)   Kita hendaklah memupuk sifat pemaaf kerana ia dapat mengelakkan perpecahan.

(c)    Kita hendaklah memohon keampunan untuk orang lain sebagaimana mereka mahu didoakan sedemikian agar hidup dalam keadaan harmoni.

(d)   Kita hendaklah bermesyuarat dalam organisasi agar dapat mencapai keputusan terbaik dan berazam melaksanakan segala keputusan mesyuarat yang disepakati.

(e)    Kita hendaklah bertawakal kepada Allah SWT kerana hanya kepada-Nya diserahkan hasil daripada segala usaha yang dilakukan.

 

 


0 komen:

Post a Comment