Thursday 12 January 2023

NOTA T2P02 – HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA

T2P02 – HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA

 

Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran Ayat 18

 

Terjemahan:        Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil dan bukti) bahawasanya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia dan malaikat serta orang yang berilmu yang menegakkan keadilan. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Maha perkasa lagi maha bijaksana.

 

Intisari Ayat

1 Allah SWT menegaskan keesaan, keagungan dan kebijaksanaan-Nya kepada semua makhluk.

2 Keesaan, keagungan dan kebijaksanaan Allah SWT diakui oleh para malaikat dan orang berilmu.

3 Allah SWT menjelaskan bahawa Dialah yang memerintah seluruh alam dengan penuh keadilan.

4 Alam semesta dan dalil ayat-ayat al-Quran merupakan bukti dan dalil keesaan, keagungan dan kebijaksanaan Allah SWT.

 

 

0 komen:

Post a Comment