T2P09 – MUNGKAR DICEGAH HIDUP BERKAT
Hadis
Terjemahan: Daripada Abi Said al-Khudri RA, dia
berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa dalam kalangan
kamu melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya,
sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya,
sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya dan
(mengubah dengan hati) itulah selemah-lemah iman.
Maksud Kemungkaran
1 Maksud mungkar dari
segi bahasa ialah perbuatan atau perkataan yang dianggap buruk oleh akal yang
sihat. Dari segi istilah pula ialah perbuatan atau perkataan yang ditegah oleh
syarak atau yang melanggar perintah Allah SWT.
Hukum Menangani Kemungkaran
1 Setiap orang Islam
wajib menangani kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing.
2 Firman Allah SWT:
كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ
اُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ ۗ وَلَوْ اٰمَنَ اَهْلُ الْكِتٰبِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ
ۗ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُوْنَ وَاَكْثَرُهُمُ الْفٰسِقُوْنَ ١١٠
(Surah Ali Imran : Ayat 110)
Maksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta
kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah ahli
kitab (yahudi dan nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya) tentulah
(iman) itu menjadi baik bagi mereka. (tetapi) Antara mereka ada yang beriman
dan kebanyakan mereka ialah orang yang fasik.
Cara Menangani Kemungkaran
1 Kemungkaran perlu ditangani secara berhikmah, iaitu menggunakan pendekatan yang betul, sesuai dan berkesan agar pelakunya lebih mudah menerima teguran dan bersedia meninggalkan kemungkaran tersebut.
2 Firman Allah SWT:
اُدْعُ اِلٰى سَبِيْلِ رَبِّكَ
بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُۗ
اِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهٖ وَهُوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ
١٢٥
(Surah an-Nahl : Ayat 125)
Maksud: Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah bijaksana
dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang paling baik. Sesungguhnya tuhanmu Dialah jua yang
lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.
3 Cara-cara mencegah kemungkaran termasuklah:
(a)
Mencegah dengan tangan.
- Menggunakan kuasa yang ada mengikut kemampuan dan
bidang kuasa seperti ketua keluarga, ketua kelas, pengawas, ketua masyarakat
dan ketua negara.
(b)
Mencegah dengan lidah.
- Menegur, menasihati atau melaporkan kemungkaran
sama ada secara lisan atau tulisan.
(c)
Mencegah dengan hati
- Membenci dan menjauhi kemungkaran yang berlaku
serta berazam untuk tidak melakukannya. Dalam masa yang sama berharap dan
berdoa agar pelakunya diberi hidayah untuk bertaubat.
Hikmah Menangani Kemungkaran
1 Meningkatkan
kualiti diri melalui nasihat dan teguran.
2 Mewujudkan
masyarakat yang harmoni dengan sikap prihatin dan saling mengingatkan.
3 Negara aman sejahtera kerana mendapat keredaan Allah SWT.
Pengajaran Hadis
1 Pengajaran daripada hadis yang dapat
dipelajari adalah:
(a) Kita hendaklah mencegah kemungkaran dengan kuasa
dan kemampuan yang ada seperti menguatkuasakan undang-undang atau peraturan.
(b) Kita hendaklah menangani kemungkaran secara lisan
atau tulisan seperti nasihat dan teguran yang membina.
(c) Kita hendaklah membenci kemungkaran dalam hati dan
berusaha untuk menjauhinya.
Muat turun di sini :
>>> T2P09 – MUNGKAR DICEGAH HIDUP BERKAT : Nota 1
>>> T2P01 - ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH
>>> T2P02 - HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA
>>> T2P03 - LUASNYA KUASA ALLAH SWT
>>> T2P04U1 - HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN
>>> T2P04U2 - HUKUM MIM SAKINAH
>>> T2P05 - MANISNYA PERSAUDARAAN
>>> T2P06 – MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT
>>> T2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAW
>>> T2P08 – AMANAH TERHADAP HARTA DAN NYAWA
>>> T2P09 – MUNGKAR DICEGAH HIDUP BERKAT
>>> T2P10 – MENCARI YANG HALAL
>>> T2P11 – KEKUATAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT
>>> T2P13 – PANDUAN DARIPADA ALLAH SWT
>>> T2P14 – SOLAT BERJEMAAH PENGIKAT HATI
>>> T2P15 – SOLAT JUMAAT WADAH KESATUAN
>>> T2P16 – TAYAMUM DENGAN DEBU SUCI
>>> T2P17 – RUKHSOH ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT
>>> T2P17U2 – SOLAT JAMAK DAN QASAR
>>> T2P17U3 – SOLAT KETIKA SAKIT
>>> T2P18 – PUASA BENTENG DIRI
>>> T2P19 – SOLAT SUNAT MENAMPUNG KEFARDUAN
>>> T2P20 – TERBITNYA FAJAR DAKWAH
>>> T2P21 – HIJRAH DETIK BERSEJARAH
>>> T2P22 – KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH
>>> T2P23 – WANITA SURI TELADAN UMMAH
>>> T2P25 – MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG
0 komen:
Post a Comment