T2P03 – LUASNYA KUASA ALLAH SWT : Nota 1
Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran
Ayat 26 Hingga 27
قُلِ اللّٰهُمَّ مٰلِكَ الْمُلْكِ
تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَاۤءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاۤءُۖ وَتُعِزُّ
مَنْ تَشَاۤءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاۤءُ ۗ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۗ اِنَّكَ عَلٰى كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيْرٌ ٢٦ تُوْلِجُ الَّيْلَ فِى النَّهَارِ وَتُوْلِجُ النَّهَارَ فِى الَّيْلِ
وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ
مَنْ تَشَاۤءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ ٢٧
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad), wahai
tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah yang memberikan kuasa
pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut
kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah juga
yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina
sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala
kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (26).
Engkaulah (wahai tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang.
Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang
mengeluarkan sesuatu yang hidup daripada benda yang mati. Engkaulah yang
mengeluarkan benda yang mati daripada sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang
memberikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada hitungan
hisabnya (27).
Intisari Ayat
Ayat 26:
1 Memberikan dan
mencabut kuasa pemerintahan.
Allah SWT berkuasa memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa sahaja yang
dikehendaki-Nya tanpa ada yang dapat menghalangnya. Begitu juga keadaannya
sekiranya Allah SWT ingin mencabut kuasa pemerintahan yang ada pada seseorang,
maka Allah SWT berkuasa untuk melakukannya.
2 Memuliakan dan
menghina manusia.
Allah SWT berkuasa memuliakan sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan pelbagai
cara seperti dengan harta benda, pangkat, ilmu dan kesihatan. Begitu juga
apabila Allah SWT hendak menghina manusia, segala harta, kedudukan dan kesihatan
akan ditarik oleh Allah SWT.
Ayat 27:
1 Malam dan siang
dijadikan silih berganti.
Siang dan malam dijadikan agar manusia dapat menggunakannya dengan baik
untuk bekerja mencari rezeki dan bermasyarakat di siang hari manakala waktu
malam digunakan untuk berehat dan beribadah.
2 Menghidup dan
mematikan makhluk.
Kekuasaan Allah SWT tidak terbatas dan tidak ada kuasa lain yang dapat menghalangnya. Contohnya Allah SWT menghidupkan bayi daripada air mani dan Allah SWT akan mematikan sesiapa yang hidup apabila tiba ajalnya.
Muat turun di sini :
>>> T2P03 – LUASNYA KUASA ALLAH SWT : Nota 1
>>> T2P01 - ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH
>>> T2P02 - HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA
>>> T2P03 - LUASNYA KUASA ALLAH SWT
>>> T2P04U1 - HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN
>>> T2P04U2 - HUKUM MIM SAKINAH
>>> T2P05 - MANISNYA PERSAUDARAAN
>>> T2P06 – MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT
>>> T2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAW
>>> T2P08 – AMANAH TERHADAP HARTA DAN NYAWA
>>> T2P09 – MUNGKAR DICEGAH HIDUP BERKAT
>>> T2P10 – MENCARI YANG HALAL
>>> T2P11 – KEKUATAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT
>>> T2P13 – PANDUAN DARIPADA ALLAH SWT
>>> T2P14 – SOLAT BERJEMAAH PENGIKAT HATI
>>> T2P15 – SOLAT JUMAAT WADAH KESATUAN
>>> T2P16 – TAYAMUM DENGAN DEBU SUCI
>>> T2P17 – RUKHSOH ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT
>>> T2P17U2 – SOLAT JAMAK DAN QASAR
>>> T2P17U3 – SOLAT KETIKA SAKIT
>>> T2P18 – PUASA BENTENG DIRI
>>> T2P19 – SOLAT SUNAT MENAMPUNG KEFARDUAN
>>> T2P20 – TERBITNYA FAJAR DAKWAH
>>> T2P21 – HIJRAH DETIK BERSEJARAH
>>> T2P22 – KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH
>>> T2P23 – WANITA SURI TELADAN UMMAH
>>> T2P25 – MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG
0 komen:
Post a Comment