Carian Web




Sunday, 3 April 2022

T2P05 – MANISNYA PERSAUDARAAN : Nota 1

T2P05 – MANISNYA PERSAUDARAAN  : Nota 1

 

Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran Ayat 103

 

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللّٰهِ جَمِيْعًا وَّلَا تَفَرَّقُوْا ۖوَاذْكُرُوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ اِذْ كُنْتُمْ اَعْدَاۤءً فَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهٖٓ اِخْوَانًاۚ وَكُنْتُمْ عَلٰى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَاَنْقَذَكُمْ مِّنْهَا ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَكُمْ اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ ١٠٣

 

Terjemahan:         Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepadamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu) lalu Allah menyatukan hati-hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam). Maka dengan nikmat Allah itu kamu menjadi orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah). Lalu Allah menyelamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya. Supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.

 

Asbabun Nuzul (Sebab Penurunan Ayat)

1 Suku Aus dan Khazraj saling bermusuhan semasa jahiliah tetapi Rasulullah berjaya menyatukan mereka melalui Islam.

2 Pada suatu masa, seorang Yahudi telah membangkitkan kembali permusuhan antara Aus dan Khazraj sehingga mereka hampir berbunuhan.

3 Rasulullah SAW telah mendamaikan permusuhan tersebut, lalu turunlah ayat 101 hingga 103 surah Ali Imran.

 

Maksud Berpegang Dengan Tali Allah SWT

1 Menurut Ibnu Mas’ud, tali Allah bermaksud agama Islam secara keseluruhannya.

2 Oleh itu, berpegang dengan tali Allah bermaksud berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Firman Allah SWT:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا ادْخُلُوْا فِى السِّلْمِ كَاۤفَّةً ۖوَّلَا تَتَّبِعُوْا خُطُوٰتِ الشَّيْطٰنِۗ اِنَّهٗ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِيْنٌ ٢٠٨

(Surah al-Baqarah : Ayat 208)

Maksud: Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya. Jangan kamu ikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya (syaitan itu) musuh yang nyata bagi kamu.

 

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Perumpamaan orang mukmin dalam saling berkasih sayang, persaudaraan dan berlemah lembut adalah seumpama satu badan. Apabila salah satu daripada anggota badan sakit, seluruh badan merasai kesakitan dan tidak lena tidur.


Cara Mengukuhkan Persaudaraan

1 Berikut adalah antara cara bagi mengukuhkan persaudaraan, iaitu:

           (a)    Hati:

i.  Ikhlas dan tidak ada sesuatu kepentingan melainkan kerana mentaati Allah dan rasul.

ii. Sentiasa bersangka baik dengan orang lain.

           (b)    Lisan:

i.  Sentiasa memberi dan menjawab salam setiap kali bersua muka dan ketika hendak berpisah.

ii. Bertanya khabar dan bertegur sapa setiap kali berjumpa.

           (c)    Perbuatan:

i.  Membantu mereka yang memerlukan.

ii. Menunaikan solat secara berjemaah.

 

Hikmah Persaudaraan Dalam Islam

1 Hikmah persaudaraan dalam Islam termasuklah:

           (a)    Individu:

i.  Memupuk rasa persaudaraan dan kasih sayang.

ii. Menenteramkan jiwa kerana saling menyayangi.

           (b)    Keluarga:

i.  Membentuk keluarga bahagia kerana saling menghormati.

ii. Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam keluarga.

           (c)    Masyarakat dan negara:

i.  Masyarakat bersatu padu kerana saling menjaga hati dan perasaan orang lain.

ii. Membentuk perpaduan dalam masyarakat kerana masing-masing menghindari perkara yang boleh menimbulkan perbalahan.

iii.Negara aman damai kerana masyarakatnya berdisiplin dan bertanggungjawab.

 

Pengajaran Ayat

1 Berdasarkan pengajaran daripada surah Ali Imran ayat 103 yang dapat dipelajari adalah:

(a) Kita hendaklah bertanggungjawab menjaga perpaduan dalam masyarakat kerana Islam menyuruh agar tidak berpecah-belah.

(b) Kita hendaklah menjaga imej umat Islam dengan sentiasa melakukan amar makruf dan nahi mungkar dalam kehidupan.

(c) Kita hendaklah kembali kepada ajaran Islam apabila berlaku perselisihan faham kerana al-Quran dan hadis adalah sebagai panduan hidup dalam semua aspek.

(d) Kita hendaklah mengeratkan persaudaraan dalam Islam kerana tuntutan agama dan menepati naluri manusia.

(e) Kita hendaklah sentiasa berdoa agar kekal dalam Islam setelah menerima hidayah.

 


Muat turun di sini :


>>> T2P05 – MANISNYA PERSAUDARAAN  : Nota 1



Pautan lain yang berkaitan :

>>> T2P01 - ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH

>>> T2P02 - HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA

>>> T2P03 - LUASNYA KUASA ALLAH SWT

>>> T2P04 - MUDAHNYA TAJWID

>>> T2P04U1 - HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN

>>> T2P04U2 - HUKUM MIM SAKINAH

>>> T2P05 -  MANISNYA PERSAUDARAAN

>>> T2P06 – MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT

>>> T2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAW

>>> T2P08 – AMANAH TERHADAP HARTA DAN NYAWA

>>> T2P09 – MUNGKAR DICEGAH HIDUP BERKAT

>>> T2P10 – MENCARI YANG HALAL

>>> T2P11 – KEKUATAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT

>>> T2P11U1 – AL-QADIR

>>> T2P11U2 – AL-QOWIY

>>> T2P12 – KETAATAN MALAIKAT

>>> T2P13 – PANDUAN DARIPADA ALLAH SWT

>>> T2P14 – SOLAT BERJEMAAH PENGIKAT HATI

>>> T2P15 – SOLAT JUMAAT WADAH KESATUAN

>>> T2P15U1 – SOLAT JUMAAT

>>> T2P15U2 – KHUTBAH JUMAAT

>>> T2P16 – TAYAMUM DENGAN DEBU SUCI

>>> T2P17 – RUKHSOH ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT

>>> T2P17U1 – MENYAPU BALUTAN

>>> T2P17U2 – SOLAT JAMAK DAN QASAR

>>> T2P17U3 – SOLAT KETIKA SAKIT

>>> T2P18 – PUASA BENTENG DIRI

>>> T2P19 – SOLAT SUNAT MENAMPUNG KEFARDUAN

>>> T2P20 – TERBITNYA FAJAR DAKWAH

>>> T2P21 – HIJRAH DETIK BERSEJARAH

>>> T2P22 – KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

>>> T2P23 – WANITA SURI TELADAN UMMAH

>>> T2P24 – MALU PERISAI IMAN

>>> T2P25 – MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG

>>> T2P26 – MULIAKAN IBU BAPA BAHAGIAKAN KELUARGA

>>> T2P27 – SANTUNI JIRANMU

>>> T2P28 – MASJID DESTINASIKU

0 komen:

Post a Comment