Carian Web




Sunday, 3 April 2022

T2P08 – AMANAH TERHADAP HARTA DAN NYAWA : Nota 1

T2P08 – AMANAH TERHADAP HARTA DAN NYAWA : Nota 1

 

Ayat Kefahaman: Surah An-Nisa’ Ayat 29

 

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَأْكُلُوْٓا اَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ اِلَّآ اَنْ تَكُوْنَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِّنْكُمْ ۗ وَلَا تَقْتُلُوْٓا اَنْفُسَكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيْمًا ٢٩

 

Terjemahan:         Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil (salah). Kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu.

 

Kepentingan Memelihara Dan Menghargai Harta Dan Nyawa

1 Harta dan nyawa adalah rahmat daripada Allah SWT. Segala yang kita miliki, semuanya daripada Allah SWT dan kita hendaklah menggunakannya untuk melaksanakan tanggungjawab dan peranan kita sebagai hamba dan khalifah di muka bumi.

2 Kedua-duanya termasuk dalam perkara yang dijaga dalam syariat Islam. Antaranya ialah peraturan seperti larangan mengambil dan menggunakan harta secara batil dan larangan membinasakan diri sendiri dan orang lain.

 

Larangan Mengambil Dan Menggunakan Harta Secara Batil

1 Antara sebab Islam melarang kita mendapatkan harta secara batil ialah:

          (a)    Melanggar perintah Allah SWT.

          (b)    Mendapat dosa dan dimurkai Allah SWT.

          (c)     Menghilangkan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

          (d)    Menyebabkan berlakunya kezaliman dan penindasan.

          (e)    Mencetuskan pergaduhan dan permusuhan.

2 Cara pengurusan harta secara batil yang perlu dielakkan termasuklah:

          (a)    Mencuri atau merompak.

          (b)    Terlibat dengan riba.

          (c)     Memberi atau menerima rasuah.

          (d)    Menipu dalam urusan jual beli.

          (e)    Bersikap boros dan kedekut.

 

Larangan Membinasakan Diri Dan Orang Lain

1 Islam melarang kita membinasakan diri dan orang lain kerana:

          (a)    Melanggar hak Allah SWT.

          (b)    Membawa kemudaratan kepada diri dan masyarakat.

          (c)     Menggugat keharmonian hidup.

2 Antara perbuatan tidak menghargai nyawa ialah:

          (a)    Membunuh diri sendiri.

          (b)    Membunuh orang lain.

          (c)     Menagih dadah.

          (d)    Ketagihan arak atau rokok.

          (e)    Membuli, merempit dan membuang bayi.

 

Pengajaran Ayat

1 Berdasarkan pengajaran daripada surah an-Nisa’ ayat 29 yang dapat dipelajari adalah:

(a) Kita hendaklah menghargai harta dengan cara membelanjakannya ke jalan Allah SWT sebagai tanda syukur.

(b) Kita hendaklah berusaha mendapatkan harta dengan cara yang halal dan diredai Allah SWT seperti berniaga dengan jujur.

(c) Kita hendaklah menghargai nyawa dan diri dengan menjaga kedua-duanya daripada melakukan perkara yang memudaratkan.

(d) Kita hendaklah mewujudkan hubungan baik sesama manusia dengan cara tidak mencederakan dan tidak saling membunuh.




Muat turun di sini :


>>> T2P08 – AMANAH TERHADAP HARTA DAN NYAWA : Nota 1



Pautan lain yang berkaitan :

>>> T2P01 - ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH

>>> T2P02 - HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA

>>> T2P03 - LUASNYA KUASA ALLAH SWT

>>> T2P04 - MUDAHNYA TAJWID

>>> T2P04U1 - HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN

>>> T2P04U2 - HUKUM MIM SAKINAH

>>> T2P05 -  MANISNYA PERSAUDARAAN

>>> T2P06 – MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT

>>> T2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAW

>>> T2P08 – AMANAH TERHADAP HARTA DAN NYAWA

>>> T2P09 – MUNGKAR DICEGAH HIDUP BERKAT

>>> T2P10 – MENCARI YANG HALAL

>>> T2P11 – KEKUATAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT

>>> T2P11U1 – AL-QADIR

>>> T2P11U2 – AL-QOWIY

>>> T2P12 – KETAATAN MALAIKAT

>>> T2P13 – PANDUAN DARIPADA ALLAH SWT

>>> T2P14 – SOLAT BERJEMAAH PENGIKAT HATI

>>> T2P15 – SOLAT JUMAAT WADAH KESATUAN

>>> T2P15U1 – SOLAT JUMAAT

>>> T2P15U2 – KHUTBAH JUMAAT

>>> T2P16 – TAYAMUM DENGAN DEBU SUCI

>>> T2P17 – RUKHSOH ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT

>>> T2P17U1 – MENYAPU BALUTAN

>>> T2P17U2 – SOLAT JAMAK DAN QASAR

>>> T2P17U3 – SOLAT KETIKA SAKIT

>>> T2P18 – PUASA BENTENG DIRI

>>> T2P19 – SOLAT SUNAT MENAMPUNG KEFARDUAN

>>> T2P20 – TERBITNYA FAJAR DAKWAH

>>> T2P21 – HIJRAH DETIK BERSEJARAH

>>> T2P22 – KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

>>> T2P23 – WANITA SURI TELADAN UMMAH

>>> T2P24 – MALU PERISAI IMAN

>>> T2P25 – MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG

>>> T2P26 – MULIAKAN IBU BAPA BAHAGIAKAN KELUARGA

>>> T2P27 – SANTUNI JIRANMU

>>> T2P28 – MASJID DESTINASIKU

0 komen:

Post a Comment