T2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAW
Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran
Ayat 159
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّٰهِ
لِنْتَ لَهُمْ ۚ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيْظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوْا مِنْ حَوْلِكَ
ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى الْاَمْرِۚ فَاِذَا عَزَمْتَ
فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِيْنَ ١٥٩
Terjemahan: Maka dengan sebab rahmat (yang
melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah
bersikap lemah lembut kepada mereka (para sahabat dan pengikutmu) dan kalaulah
engkau bersikap kasar lagi keras hati tentulah mereka lari dari kelilingmu.
Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu
dan pohonlah ampun bagi mereka serta bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan
(peperangan dan keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah
bermesyuarat untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah kerana
sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya.
Tuntutan Mencontohi Sifat-sifat
Rasulullah SAW
1 Umat Islam dituntut untuk mencontohi
sifat-sifat Rasulullah SAW, iaitu:
(a)
Lemah lembut.
- Baginda menggunakan tutur kata yang baik dan
intonasi suara yang sesuai walaupun ketika berada di pasar.
- Baginda membalas kejahatan orang lain terhadap
baginda dengan kebaikan.
(b)
Pemaaf.
- Baginda memaafkan perbuatan penduduk Mekah yang
pernah mencaci dan menghina baginda.
(c)
Memohon keampunan untuk orang lain.
- Baginda berdoa memohon keampunan untuk kaumnya
walaupun mereka sering menyakitinya.
(d)
Bermesyuarat.
- Dalam peperangan Khandak, Rasulullah SAW menerima
cadangan daripada Salman al-Farisi untuk menggali parit.
(e)
Berazam dan bertawakal kepada Allah SWT.
- Rasulullah SAW bertegas untuk menuju ke medan
perang Uhud setelah bermesyuarat dengan para sahabat dan bertawakal kepada
Allah SWT.
Pengajaran Ayat
1 Berdasarkan pengajaran daripada surah Ali
Imran ayat 159 yang dapat dipelajari adalah:
(a) Kita hendaklah bersifat lemah lembut agar dapat
menarik minat orang lain untuk mendekati Islam.
(b) Kita hendaklah memupuk sifat pemaaf kerana ia
dapat mengelakkan perpecahan.
(c) Kita hendaklah memohon keampunan untuk orang lain
sebagaimana mereka mahu didoakan sedemikian.
(d) Kita hendaklah bermesyuarat dalam organisasi agar
dapat mencapai keputusan terbaik dan berazam untuk melaksanakan segala
keputusan mesyuarat yang telah disepakati.
(e) Kita hendaklah bertawakal kepada Allah SWT kerana
hanya kepada Allah SWT diserahkan hasil daripada segala usaha yang telah
dilakukan.
Muat turun di sini :
>>> T2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAW : Nota 1
>>> T2P01 - ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH
>>> T2P02 - HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA
>>> T2P03 - LUASNYA KUASA ALLAH SWT
>>> T2P04U1 - HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN
>>> T2P04U2 - HUKUM MIM SAKINAH
>>> T2P05 - MANISNYA PERSAUDARAAN
>>> T2P06 – MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT
>>> T2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAW
>>> T2P08 – AMANAH TERHADAP HARTA DAN NYAWA
>>> T2P09 – MUNGKAR DICEGAH HIDUP BERKAT
>>> T2P10 – MENCARI YANG HALAL
>>> T2P11 – KEKUATAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT
>>> T2P13 – PANDUAN DARIPADA ALLAH SWT
>>> T2P14 – SOLAT BERJEMAAH PENGIKAT HATI
>>> T2P15 – SOLAT JUMAAT WADAH KESATUAN
>>> T2P16 – TAYAMUM DENGAN DEBU SUCI
>>> T2P17 – RUKHSOH ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT
>>> T2P17U2 – SOLAT JAMAK DAN QASAR
>>> T2P17U3 – SOLAT KETIKA SAKIT
>>> T2P18 – PUASA BENTENG DIRI
>>> T2P19 – SOLAT SUNAT MENAMPUNG KEFARDUAN
>>> T2P20 – TERBITNYA FAJAR DAKWAH
>>> T2P21 – HIJRAH DETIK BERSEJARAH
>>> T2P22 – KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH
>>> T2P23 – WANITA SURI TELADAN UMMAH
>>> T2P25 – MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG
0 komen:
Post a Comment