Carian Web




Sunday 3 April 2022

T2P10 – MENCARI YANG HALAL : Nota 1

T2P10 – MENCARI YANG HALAL : Nota 1

 

Hadis

 


Terjemahan:         Daripada Nukman bin Basyir RA dia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, antara kedua-duanya terdapat perkara syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa yang menghindari perkara syubhah dia telah membersihkan agama dan kehormatannya, dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhah maka dia terjerumus ke dalam perkara yang haram, seperti pengembala yang menggembala berdekatan kawasan larangan, kemungkinan dia akan masuk ke kawasan larangan tersebut. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja itu memiliki kawasan larangan. Ketahuilah! Sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah perkara yang haram. Ketahuilah! Sesungguhnya dalam tubuh itu ada seketul daging, jika daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya, jika daging itu rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati.”

 

Maksud Halal, Haram Dan Syubhah

1 Maksud halal ialah sesuatu yang dibenarkan oleh syarak.

          (a)    Contohnya:

-          Haiwan yang disembelh dengan cara Islam.

-          Pakaian yang menutup aurat.

2 Maksud haram ialah sesuatu yang dilarang oleh syarak.

          (a)    Contohnya:

-          Minum arak.

-          Mencuri pakaian.

3 Maksud syubhah ialah sesuatu yang tidak diyakini halal atau haram.

          (a)    Contohnya:

-          Membeli produk makanan luar negara yang tidak mempunyai logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM.

 

Hikmah Menjauhi Perkara Haram Dan Syubhah

1 Antara hikmah menjauhi perkara haram dan syubhah ialah:

          (a)    Menjaga kesucian dan kemuliaan agama kerana mematuhi segala perintah dan larangan Allah SWT.

        (b)    Memelihara kesihatan badan daripada kemudaratan kerana menjauhi makanan beracun dan perbuatan yang memudaratkan.

           (c)     Menjamin kewarasan akal daripada mabuk dan gila kerana tidak minum arak dan mengambil dadah.

           (d)    Menjaga nasab dan maruah daripada rosak kerana tidak berzina dan menjauhi perbuatan yang menjerumuskan diri kepada perbuatan zina.

             (e)    Memelihara harta daripada sumber yang haram dan diragui agar rezeki sentiasa diberkati.

 

Peranan Hati Dalam Kehidupan Manusia

1 Hati merupakan pemimpin bagi badan.

2 Terpeliharanya hati menyebabkan seluruh anggota badan turut terpelihara dan mudah untuk melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah SWT.

3 Perkara sebaliknya akan berlaku apabila hati tidak terpelihara, iaitu anggota badan akan mudah untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT.

4 Orang yang mempunyai hati yang bersih dan hati yang rosak dapat dikenali melalui ciri-ciri berikut:

          (a)    Aspek iman.

-          Hati yang bersih.

i.                     Patuh segala perintah Allah SWT.

ii.                   Sabar dan tenang dengan ujian.

iii.                 Gementar hatinya apabila disebutkan nama Allah SWT.

-          Hati yang rosak.

i.                     Kufur dan ingkar perintah Allah SWT.

ii.                   Berkeluh kesah.

iii.                 Sentiasa tertarik dengan nafsu keduniaan.

          (b)    Aspek ilmu.

-          Hati yang bersih.

i.                     Faham peringatan dan pengajaran yang diberikan oleh Allah SWT.

ii.                   Sentiasa berusaha untuk memahami kebenaran.

-          Hati yang rosak.

i.                     Tidak mahu menerima kebenaran.

ii.                   Tenggelam dengan kejahilan dan kelalaian.

 

Pengajaran Hadis

1 Pengajaran daripada hadis yang dapat dipelajari adalah:

(a) Kita hendaklah mencari yang halal kerana perbuatan tersebut adalah ketaatan kepada Allah SWT.

(b) Kita hendaklah menjauhi yang haram kerana perbuatan tersebut adalah satu larangan dan akan diazab di akhirat kelak.

(c) Kita hendaklah berusaha untuk menghindari perbuatan yang syubhah kerana perbuatan tersebut boleh membawa kepada perbuatan dosa.




Muat turun di sini :


>>> T2P10 – MENCARI YANG HALAL : Nota 1



Pautan lain yang berkaitan :

>>> T2P01 - ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH

>>> T2P02 - HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA

>>> T2P03 - LUASNYA KUASA ALLAH SWT

>>> T2P04 - MUDAHNYA TAJWID

>>> T2P04U1 - HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN

>>> T2P04U2 - HUKUM MIM SAKINAH

>>> T2P05 -  MANISNYA PERSAUDARAAN

>>> T2P06 – MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT

>>> T2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAW

>>> T2P08 – AMANAH TERHADAP HARTA DAN NYAWA

>>> T2P09 – MUNGKAR DICEGAH HIDUP BERKAT

>>> T2P10 – MENCARI YANG HALAL

>>> T2P11 – KEKUATAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT

>>> T2P11U1 – AL-QADIR

>>> T2P11U2 – AL-QOWIY

>>> T2P12 – KETAATAN MALAIKAT

>>> T2P13 – PANDUAN DARIPADA ALLAH SWT

>>> T2P14 – SOLAT BERJEMAAH PENGIKAT HATI

>>> T2P15 – SOLAT JUMAAT WADAH KESATUAN

>>> T2P15U1 – SOLAT JUMAAT

>>> T2P15U2 – KHUTBAH JUMAAT

>>> T2P16 – TAYAMUM DENGAN DEBU SUCI

>>> T2P17 – RUKHSOH ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT

>>> T2P17U1 – MENYAPU BALUTAN

>>> T2P17U2 – SOLAT JAMAK DAN QASAR

>>> T2P17U3 – SOLAT KETIKA SAKIT

>>> T2P18 – PUASA BENTENG DIRI

>>> T2P19 – SOLAT SUNAT MENAMPUNG KEFARDUAN

>>> T2P20 – TERBITNYA FAJAR DAKWAH

>>> T2P21 – HIJRAH DETIK BERSEJARAH

>>> T2P22 – KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

>>> T2P23 – WANITA SURI TELADAN UMMAH

>>> T2P24 – MALU PERISAI IMAN

>>> T2P25 – MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG

>>> T2P26 – MULIAKAN IBU BAPA BAHAGIAKAN KELUARGA

>>> T2P27 – SANTUNI JIRANMU

>>> T2P28 – MASJID DESTINASIKU

0 komen:

Post a Comment