Carian Web




Sunday, 3 April 2022

T2P06 – MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT : Nota 1

T2P06 – MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT : Nota 1

 

Ayat Kefahaman: Surah Ali Imran Ayat 133 Hingga 136

 

۞ وَسَارِعُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْاَرْضُۙ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَۙ ١٣٣ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ فِى السَّرَّۤاءِ وَالضَّرَّۤاءِ وَالْكٰظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَۚ ١٣٤ وَالَّذِيْنَ اِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً اَوْ ظَلَمُوْٓا اَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللّٰهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْۗ وَمَنْ يَّغْفِرُ الذُّنُوْبَ اِلَّا اللّٰهُ ۗ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلٰى مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ ١٣٥ اُولٰۤىِٕكَ جَزَاۤؤُهُمْ مَّغْفِرَةٌ مِّنْ رَّبِّهِمْ وَجَنّٰتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَا ۗ وَنِعْمَ اَجْرُ الْعٰمِلِيْنَۗ ١٣٦

 

Terjemahan:         Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari tuhanmu dan (mendapat) syurga yang lebarnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa (133). Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain dan (ingatlah) Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik (134) Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri mereka (segera) ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa selain Allah. Mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah dilakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan kesalahan dan akibat) (135). Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan daripada tuhan mereka dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa batang sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang yang beramal (136).

 

Tuntutan Segera Bertaubat

1 Taubat bermaksud kembali mentaati Allah SWT setelah melakukan maksiat atau dosa.

2 Seseorang yang telah melakukan dosa dituntut untuk segera bertaubat.

3 Segala perbuatan dosa perlu dihentikan disamping berazam untuk tidak mengulanginya.

4 Kita dituntut untuk segera bertaubat kerana kita tidak tahu saat ajal kita akan tiba.

5 Dalam masa yang sama, kita hendaklah menjauhkan diri daripada sebarang perbuatan dosa dan membanyakkan amal soleh.

 

Ciri Orang Yang Bertakwa

1 Ciri orang yang bertakwa termasuklah:

         (a)    Memohon keampunan.

Bersegera memohon keampunan daripada Allah SWT apabila melakukan dosa.

         (b)    Menafkahkan harta.

Istiqomah dalam menyumbangkan harta ketika senang atau susah walaupun jumlahnya sedikit.

         (c)     Menahan kemarahan.

Memilih untuk menahan emosi marah walaupun boleh melepaskannya.

         (d)    Memaafkan.

Sentiasa memaafkan orang lain walaupun sebenarnya mampu untuk membalasnya.

 

 

Syarat Taubat

1 Bertaubat daripada sebarang dosa yang dilakukan adalah wajib.

2 Taubat perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan memenuhi syarat-syaratnya, iaitu:

         (a) Menyesal atas dosa yang dilakukan.

         (b) Beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT.

         (c) Berhenti melakukan dosa dan berazam tidak mengulanginya.

         (d) Jika berkait orang lain, minta maaf dan pulangkan haknya serta minta dihalalkan.

 

Pengajaran Ayat

1 Berdasarkan pengajaran daripada surah Ali Imran ayat 133 hingga 136 yang dapat dipelajari adalah:

(a) Kita hendaklah segera bertaubat dan melakukan amal soleh agar menjadi orang yang bertakwa.

(b) Kita hendaklah membelanjakan harta ke jalan Allah SWT seperti bersedekah dalam keadaan susah mahupun senang.

(c) Kita hendaklah menahan kemarahan agar pergaduhan dapat dielakkan.

(d) Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita agar hidup lebih harmoni.

(e) Kita hendaklah sentiasa memohon keampunan Allah SWT dengan beristighfar serta berzikir mengingati-Nya serta berazam tidak melakukan dosa lagi.

 


Muat turun di sini :


>>> T2P06 – MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT : Nota 1



Pautan lain yang berkaitan :

>>> T2P01 - ALLAH SWT PENGURNIA HIDAYAH

>>> T2P02 - HANYA ALLAH SWT YANG MAHA ESA

>>> T2P03 - LUASNYA KUASA ALLAH SWT

>>> T2P04 - MUDAHNYA TAJWID

>>> T2P04U1 - HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN

>>> T2P04U2 - HUKUM MIM SAKINAH

>>> T2P05 -  MANISNYA PERSAUDARAAN

>>> T2P06 – MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH SWT

>>> T2P07 – KESANTUNAN DAKWAH RASULULLAH SAW

>>> T2P08 – AMANAH TERHADAP HARTA DAN NYAWA

>>> T2P09 – MUNGKAR DICEGAH HIDUP BERKAT

>>> T2P10 – MENCARI YANG HALAL

>>> T2P11 – KEKUATAN DAN KEKUASAAN ALLAH SWT

>>> T2P11U1 – AL-QADIR

>>> T2P11U2 – AL-QOWIY

>>> T2P12 – KETAATAN MALAIKAT

>>> T2P13 – PANDUAN DARIPADA ALLAH SWT

>>> T2P14 – SOLAT BERJEMAAH PENGIKAT HATI

>>> T2P15 – SOLAT JUMAAT WADAH KESATUAN

>>> T2P15U1 – SOLAT JUMAAT

>>> T2P15U2 – KHUTBAH JUMAAT

>>> T2P16 – TAYAMUM DENGAN DEBU SUCI

>>> T2P17 – RUKHSOH ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT

>>> T2P17U1 – MENYAPU BALUTAN

>>> T2P17U2 – SOLAT JAMAK DAN QASAR

>>> T2P17U3 – SOLAT KETIKA SAKIT

>>> T2P18 – PUASA BENTENG DIRI

>>> T2P19 – SOLAT SUNAT MENAMPUNG KEFARDUAN

>>> T2P20 – TERBITNYA FAJAR DAKWAH

>>> T2P21 – HIJRAH DETIK BERSEJARAH

>>> T2P22 – KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

>>> T2P23 – WANITA SURI TELADAN UMMAH

>>> T2P24 – MALU PERISAI IMAN

>>> T2P25 – MENYEMAI KASIH MENUAI SAYANG

>>> T2P26 – MULIAKAN IBU BAPA BAHAGIAKAN KELUARGA

>>> T2P27 – SANTUNI JIRANMU

>>> T2P28 – MASJID DESTINASIKU

0 komen:

Post a Comment