NOTA PENDIDIKAN ISLAM KBSM
1 Tanggungjawab suami.
a) Memberi nafkah zahir dan batin.
-
Nafkah yang diwajibkan ke atas suami merangkumi
nafkah zahir dan batin.
-
Nafkah zahir ialah keperluan-keperluan asas
seperti tempat tinggal yang sesuai, makanan, perubatan dan pakaian.
-
Nafkah batin pula ialah suami wajib menunaikan
keperluan-keperluan seks isteri menurut syarak.
b) Memberi didikan.
-
Suami wajib memberi asuhan dan didikan agama
secukupnya kepada isteri agar dapat membentuk isteri menjadi solehah serta
mewujudkan rumahtangga yang bahagia.
-
Pendidikan yang diberi meliputi ilmu fardhu ain
seperti solat, bersuci, puasa dan sebagainya.
-
Bagi suami yang tidak mampu mengajar isterinya,
dia hendaklah membenarkan isterinya keluar untuk belajar dengan pengawasannya.
- Suami juga berkewajipan untuk melengkapkan isterinya dengan pengetahuan-pengetahuan yang berkaitan dengan urusan kehidupan kekeluargaan dan kemasyarakatan.
c) Memberi layanan yang baik.
-
Suami mesti bersikap lemah lembut, pengasih dan
ramah mesra terhadap isteri.
2 Tanggungjawab isteri.
a) Mentaati suami.
- Isteri wajib mentaati suami dalam semua perkara kecuali yang berlawanan dengan syariat.
b) Memelihara kehormatan diri.
-
Maruah dan kehormatan hendaklah sentiasa dijaga
dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah.
-
Isteri dilarang membenarkan orang lain memasuki
rumah semasa ketiadaan suaminya dan tanpa keizinannya.
-
Isteri wajib menjaga akhlak, aurat dan berhias
hanya untuk suami.
- Haram menceritakan aib suami dan rahsia rumahtangga kepada orang lain.
c) Menjaga harta suami.
- Mereka hendaklah bijaksana dalam perbelanjaan rumahtangga, tidak boros dan mendapat keizinan suami terlebih dahulu untuk membelanjakan harta suami.
d) Memberi layanan yang baik kepada suami.
-
Isteri wajib memberi layanan baik dan mesra kepada
suaminya agar kehidupan rumahtangga menjadi aman dan tenteram.
- Isteri hendaklah bijak mengambil hati suami dalam melaksanakan kehidupan berumahtangga.
e) Tinggal di rumah suami.
-
Isteri dilarang tinggal berasingan daripada
suaminya.
-
Isteri juga dilarang keluar dari rumah tanpa
keizinan suami walaupun untuk menunaikan fardhu haji atau umrah.
Tanggungjawab Bersama
1 Tanggungjawab bersama.
a) Memelihara dan mendidik anak.
b) Menghubungkan silaturrahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak.
c) Memenuhi keperluan masing-masing menurut kehendak syarak seperti keperluan kasih sayang.
d) Saling menghormati dan menjaga keaiban.
e) Saling menasihati dengan lembut dan berhikmah.
2 Tanggungjawab ini wajib dilaksanakan dengan sempurna supaya rumahtangga yang dibina berkekalan dan aman bahagia.
Kesan Pengabaian Tanggungjawab Terhadap Keluarga
1 Persefahaman antara suami dan isteri akan hilang dan boleh mencetuskan
pertelingkahan.
2 Berlaku perceraian sebagai jalan penyelesaian masalah.
3 Anak-anak menjadi mangsa
keruntuhan rumahtangga dan menyebabkan mereka hidup dalam keadaan
terbiar tanpa penjagaan dan didikan yang sewajarnya.
Kesan Kerukunan Rumahtangga Terhadap
Pembangunan Umat
1 Para pemimpin dan ilmuan yang berjaya
kebiasaannya datang daripada latar belakang kekeluargaan yang baik dan didikan
yang sempurna.
2 Kanak-kanak yang terdidik dalam keluarga yang
harmoni dan bahagia akan melahirkan generasi yang bijak dan cemerlang.
3 Generasi inilah yang akan menjadi pemimpin
tonggak pembangunan umat yang menjadi harapan agama, bangsa dan tanahair pada
masa hadapan.
Persiapan Ke Arah Keluarga Bahagia
1 Ilmu pengetahuan.
-
Suami dan isteri hendaklah mempersiapkan diri
dengan ilmu agama dan ilmu berkaitan kekeluargaan agar menjamin perkahwinan
yang bahagia dan berkekalan.
2 Ekonomi.
-
Perancangan awal dari sudut ekonomi perlulah ada
agar tidak menjadi beban kepada pasangan suami isteri.
3 Akhlak.
- Nilai-nilai murni hendaklah dipupuk dan disemai dalam diri, lebih-lebih lagi suami agar menjadi ikutan isteri dan anak-anak.
>>> T5P12 - Perkahwinan Dalam Islam